Bab 18

507 46 4
                                    

“Visya tolong lah... Ira mengantuk. ” pujuk Elfira.

Disebabkan perkara semalam, mereka bertiga tidur lewat dan keletihan. Semasa hendak ke sekolah ,mereka sedikit kalut kerana motorbike berada di bengkel. Kelmarin mereka ke penthouse dengan menaiki kereta yang dipandu oleh anak buah Elfira.

Akhirnya mereka menyuruh anak buah mereka menghantar sebuah kereta untuk ke sekolah.

“Ira pergi lah bawak kereta tu. Visya pun mengantuk. ” kata Elvisya. Elfira mengeleng. Mereka berdua yang masih mengantuk, meletakkan kepala mereka di atas meja.

“Biar El lah bawak kereta. Confirm Visya dan Ira tak ngantuk dah. ” kata Elvira yang sedang mengikat rambutnya.

Elvisya dan Elfira terus mengeleng. Wajah mereka yang mengantuk itu terus hilang.

“Alah susahkan El je. Biar Ira lah bawak. ”

“Haah, jom lah. Nanti lewat. ”

Mereka berdua terus berlari masuk ke dalam kereta yang berwarna putih.

Elvira yang masih lagi berada di hadapan pintu menahan ketawa. Dia sengaja berkata macam itu kerana dia tahu mereka berdua tidak akan naik kereta yang dipandu olehnya. Berbahaya.... Tak silap hari bulan memang melayang nyawa mereka.

Elvira terus berjalan memasuki perut kereta itu.

“Let's go! ” ujar Elfira lalu dia memandu kereta itu menuju ke sekolahnya .

***********************
Di Crystal Highschool

“Gempak ah kereta tu. ”
“Tu lah. Cantik macam kereta The Prince. ”
“Tu kereta kembar tu ke? ”
“Yup ”

Bisikan para pelajar itu tidak dipedulikan oleh mereka bertiga. Sejak mereka sampai, kereta mereka menarik perhatian pelajar yang lain.

Mereka terus menuju ke dewan. Beg mereka ditinggalkan di pondok.

Setelah setengah jam berada di dewan, akhirnya giliran pengetua sekolah itu, Tengku Mustafa untuk memberi ucapan.

“Assalamualaikum, para pelajar sekalian. Saya tidak akan mengambil masa yang lama. Sempena kem disiplin pada bulan hadapan, pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan. Perkhemahan ini akan disertai oleh dua buah sekolah, iaitu Flower Highschool dan Sri Perdana Highschool. Penyertaan perkhemahan ini dibuka kepada murid tingkatan 4 dan 5. Boleh maklum kepada guru kelas masing-masing jika ingin menyertai. Tingkatan yang lain akan menyertai aktiviti yang diadakan di sekolah. Terima kasih. ” Tengku Mustafa kembali ke tempat duduknya setelah selesai memberi ucapan.

‘Flower Highschool dan Sri Perdana Highschool? ’ getus hati Elvira.

Mereka bertiga memandang satu sama lain setelah mendengar nama sekolah yang akan menyertai perkhemahan itu.

***********************
“Eh, aku dengarkan yang Flower Highschool tu sekolah untuk perempuan je. ”

“Aku pun dengar yang Sri Perdana Highschool ni ramai lelaki handsome tau. Taknak try ke?”

“Taknak ah aku. Bagi aku The Prince handsome lagi. ”

Elvisya, Elvira dan Elfira yang rehat di kantin itu hanya mengeleng setelah mendengar gosip yang hampir kesemua pelajar di sekolah itu bicara.

“El, tahukan pasal sekolah tu? ” soal Elfira. Elvira mengangguk.

“Flower Highschool. Salah satu sekolah elit yang kesemuanya perempuan. Sri Perdana walaupun bukan sekolah elit tapi ia salah satu sekolah sukan yang cemerlang. ” ujar Elvira.

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now