Tuk! Tuk! Tuk!
“Assalamulaikum, El.. Buka pintu. ” ujar Elvisya setelah mengetuk pintu.
“Waalaikumsalam. Cepat masuk.” jawab Elvira lalu menuju ke dapur. Elvisya dan Elfira terus memasuki rumah itu.
“So macam mana? ” tanya Elvira di dapur yang sedang membuatkan air kepada mereka .
“Macam biasa lah, El. Okay je. ”
balas Elfira. Elvisya mengangguk.“Okay ke? Tak meraung ke ‘mereka’ tu? ” tanya Elvira lagi.
“Err, alah.. Macam lah El tak kenal kitaorang macam mana. ”
“Hmm, kenal dari dalam perut lagi dah. Nah air, El nak naik dulu ni. Jangan nak tidur lewat.”
pesan Elvira setelah dua gelas air diberikan kepada mereka berdua. Dia terus menuju ke bilik nya.*******************
Kring! Kring!“Bising lah! Nak tidur pun tak senang. ” gumam Elfira yang masih mamai. Dia menutup telinganya dengan bantal.
“Elfira Qistina! Cepatlah bangun! Budak ni. Lewat dah ni. ” jerit Elvisya di luar pintu bilik.
Elfira menggosok matanya melihat jam. Jarum jam yang menunjukkan pukul 7.05 pagi.
Terbeliak matanya.‘Mak ai, lewat sangat ke aku tidur malam tadi.’
“Elfira!” jeritan Elvisya berjaya membuatkan Elfira bergerak menuju ke bilik air.
Elvisya berjalan menuju ke dapur setelah terdengar bunyi air dari dalam bilik air di bilik Elfira.
“So, macam mana? Bangun dah Ira? ” soal Elvira yang sedang makan roti bakar.
“Bangun dah. Dia tengah mandi lah tu..” balas Elvisya lalu mengambil tempat di hadapan Elvira.
Elvira mengangguk lalu makan sarapannya.
“Sorry , I'm late .. ” ujar Elfira selepas 15 minit . Dia siap memakai baju sekolah nya dan rambutnya dilepaskan begitu saja. Dia berlari mengambil roti bakar itu lalu keluar memakai kasut.
Elvisya mengeleng kepalanya. Elvira mengemas meja makan itu dibantu oleh Elvisya. Setelah selesai, mereka keluar untuk memakai kasut.
Mereka pun menuju ke sekolah setelah memastikan rumah dikunci.
*******************
Di Crystal Highschool“Kan.Dah.Kene.Tahan. Nasib hari ni ada perhimpunan mamat-mamat senget tu takde dekat bilik tahanan.” ujar Elvira merujuk kepada The Prince. Elfira membuat muka tak bersalah. Elvisya pula buat-buat tidak mendengarnya.
Sebaik saja sampai di bilik tahanan , Elvira terus merempuh bilik itu lalu duduk di kerusi yang paling belakang diikuti oleh mereka berdua.
Mata-mata yang memandang mereka tidak dipedulikannya. Nasib tiada cikgu dalam bilik itu kalau tak, rasanya memang kena ceramah lah.
Aidan yang datang lewat juga terus duduk di hadapan mereka bertiga. Badboy juga mengikuti ketuanya. Pelajar-pelajar yang lain tidak mengendahkan mereka kerana kehadiran Badboy di situ.
“Tak de, tempat lain ke nak duduk? ” soal Elvira dingin. Pagi-pagi mood swing sebab kena masuk bilik tahanan, dia tak suka sebab SEMUANYA LELAKI!!
Anti betullah..“Alah, relax lah El.. Bukan selalu.”
balas Aidan tersengih. Bukan selalu boleh jumpa kembar ni.“Aidan, aku rasa lebih baik kau jangan usik El sekarang. Kalau tak... ” Elvisya mengeleng. Aidan yang faham maksud Elvisya hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Aksiyon#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...