Tuk Tuk Tuk
“Assalamualaikum , Akak ooo akak. ” ujar Mimi di luar rumah. Di sisinya Makcik Mila sedang memegang beberapa plastik yang berisi barang basah.
Elfira membuka pintu dan tersenyum.
“Waalaikumsalam, makcik Mila, Mimi. Sekejap Ira buka pagar. ” kata Elfira. Tangannya cepat menekan butang lalu pagar terbuka secara automatik.
Makcik Mila dan Mimi terus memasuki rumah itu. Sebaik saja Elfira menekan butang itu sekali lagi pagar itu tertutup. Dia memasuki rumahnya.
“Makcik bawak apa ni? ” soal Elvisya .
“Makcik bawak ayam dengan udang je ni. Nanti masak guna lah ayam dengan udang ni. ” jawab Makcik Mila.
Mimi pula sedang bermain dengan Elfira di ruang tamu .
Elvisya mengangguk.
“Ok, nanti Visya masak guna bahan-bahan ni. Terima kasih, makcik. Makcik duduk lah dulu. ”
kata Elvisya.“Takpe lah Visya. Biar makcik tolong Visya. ” kata Makcik Mila ikhlas.
“Hmm, ok lah macam tu. Jom pergi dapur. ” ajak Elvisya.
Makcik Mila tersenyum lalu mengikuti Elvisya ke dapur.
“Akak Ira. Mana Akak El? Mimi tak nampak pun. ” matanya meliar mencari Elvira.
“Akak El ade dalam bilik dia lah. Nanti dia turun lah tu. ”
Mimi mengangguk lalu sambung bermain.
Di bilik Elvira
“Sedap nya bau. ” gumam Elvira. Dia yang sedang membaca novel terus berasa lapar apabila terbau makanan.
Dia menyimpan novel nya di atas rak lalu keluar menuju ke tingkat bawah.
“Hmmm, sedap nya bau. Masak apa tu? ” tanya Elvira yang melihat Elvisya dan Makcik Mila sedang memasak.
“Muncul pun, El. Kan Visya dah kata makcik, El mesti turun selepas bau makanan. Hehehe” gurau Elvisya.
Makcik Mila ketawa kecil. Elvira tersengih.
“Makcik dengan Visya masak tomyam, ayam masak kicap , dengan telur dadar . Nanti makan ada ulam sayur. ” kata Makcik Mila.
Elvira terus terliur mendengar lauk yang dimasak. Perut nya mulai berbunyi. Elvira menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersengih.
“Nampaknya El menambah lah makan nanti. ” usik Elvisya. Makcik Mila mengeleng lalu tersenyum.
“Hehehe, ada El boleh tolong?” tanya Elvira.
Makcik Mila memandang sekeliling.
“Hmmm, El tolong buat air Sunquick lah. Boleh? ” minta Makcik Mila.
Elvira mengangguk lalu mulai membuat air.
Setelah 15 minit menyiapkan makanan dan minuman, mereka membaca doa lalu makan bersama.
******************************
Di clubBunyi lagu yang dipasang oleh DJ menguasai club malam itu. Orang yang tak kira muda atau tua, perempuan atau lelaki leka menari mengikut rentak lagu itu.
“Wei, Nico. Pehal panggil kitaorang kat sini. Dah takde tempat lain ke? ” tanya Leo.
Nico smirk.
“Bukan selalu pun. Kau ingat aku tak perasan ke mata kau dari tadi pandang kat situ. ”
Badboy yang lain terus melihat ke arah yang ditunjuk oleh Nico.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...