“Boss, tengok tu..” kata seseorang sambil menunjuk ke arah rumah ketua kampung yang dipenuhi orang . Dan semestinya masing-masing pandai berlawan tak kira lelaki atau perempuan. Ada yang berbadan kekar dan ada yang kuat memegang senjata.
Kedudukan kumpulan Lee yang berdekatan dengan rumah itu memudahkan mereka memerhati.
Lee mendengus.
“Aiyyaa.. Banyak lancau aa. Hmm, takpa gua ade plan....”
Sementara kumpulan Lee berbincang , ada seseorang yang berhoodie hitam tersenyum sinis.
Pertunjukan yang menarik.....
Dia terus pergi dari situ .
************************************
Di rumah Nek Wan“Mark tak lapor apa-apa ke, El?” soal Elvisya ketika mereka berada dalam bilik.
Elvira yang sedang menyikat rambutnya terus mengeleng. Elvisya menghela nafas.
Elfira yang baru sahaja masuk terus duduk di atas katil.
“El, Visya. Lee ade dah dekat kampung ni...” kata Elfira.
Mereka berdua terus memandang Elfira dan menunggu dia menyambung lagi kata-katanya.
“Felix kata bukan diaorang je ade dekat sini. Ada seseorang ikut diaorang. Kalau tak silap Ira, sekarang diaorang ade dekat rumah ketua kampung.” sambung Elfira .
“Ade orang ikut Lee? ”
Elfira mengangguk.
“Nampaknya malam ni ade show..” kata Elvira lalu mengukir senyuman.
************************************
“Visya, Ira , El. Kalau nak balik, call abang tau. Nanti abang tunggu korang dekat sini.” pesan Lutfi setelah sampai di padang untuk menghantar mereka bertiga .
“Ye, ye. Kitaorang ingat. Don't worry lah. ” balas Elvisya .
Lutfi mengangguk. Kereta yang dipandunya mulai bergerak meninggalkan mereka.
“El, Visya. Jom pergi jalan-jalan.” ajak Elfira . Mereka berdua mengangguk.
Terdapat banyak gerai makanan dan minuman di sekitar itu . Ramai juga yang datang pada malam itu dan menambahkan lagi suasana meriah di situ.
Tetapi tak lama kemudian suasana tiba-tiba menjadi gelap, aliran elektrik tiba-tiba terputus.
Kerana keadaan yang gelap, mereka terpisah. Elvisya yang menyedari kembarnya hilang mulai memanggil mereka. Bukan mereka sahaja tetapi keluarga yang lain juga turut terpisah.
Setelah itu, suasana menjadi cerah kembali.
Di tengah padang munculnya beberapa orang yang lengkap bersenjata yang seperti sedang mengawal sesuatu.
Setelah itu, ramai yang menyedari ahli keluarga mereka ada yang hilang.
Bang!
Bunyi tembakan itu menarik perhatian orang ramai. Ahli keluarga mereka yang hilang berada di tengah padang dikawal oleh orang yang bersenjata itu.
“Aku nak korang datang dekat sini. Kalau tak, aku tembak sorang-sorang yang dekat sini. ” ancam ahli kumpulan mereka.
Melihat ramai yang tidak mengikut arahan nya. Dia bertindak mengambil seorang budak perempuan lalu mengacu pistol ke kepala nya. Jelas budak itu menggigil ketakutan.
“Mama! Papa!” jerit budak itu .
Ibu bapa kepada budak itu terus takut melihat anak mereka dijadikan tebusan.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...