Bab 27

399 45 3
                                    

Ketika Elvira dan Elfira sedang tidur, Elvisya mengambil peluang untuk berjalan-jalan sekitar rumah itu.

“Visya kan? ” tegur mak kepada Makcik Mila.

Elvisya mengangguk.

“Visya lapar ke? Oh lupa, Visya panggil makcik, Nek Wan je. ” ujar Nek Wan.

“Ok Nek Wan. Visya tak lapar, tadi Visya saja je jalan-jalan. ” kata Elvisya ramah.

“Oklah Visya. Nek Wan masuk dulu lah. Kalau nak cari Nek Wan, cari dekat dapur ye. ” pesan Nek Wan lalu dia menuju ke dapur.

Elvisya hanya mengangguk. Dia menuju ke arah pondok lalu duduk di situ.

Sebuah kereta Exora berwarna kelabu yang baru sahaja tiba di situ membuatkan dia tertanya-tanya. Tetapi dia tidak mengendahkan ia dan menikmati pemandangan sawah padi.

Tiba-tiba bahunya di tepuk oleh seseorang. Dia menoleh ke arah orang itu.

“Err, Visya kan? Boleh saya duduk? ” tanya perempuan itu .

Elvisya mengangguk.

“Boleh. Awak siapa eh? ” tanya Elvisya kembali. Tiba-tiba tepuk bahu orang, mujur bukan malam. Kalau malam ni, boleh pengsan dia nanti.

Perempuan itu duduk bersila di sebelah Elvisya.

“Saya Liana Sofea. Anak mak long. Tadi keluarga saya baru je datang sebab tu Visya tak nampak dalam rumah . ” jelas Liana.

“Oh, ok. Kenapa cari Visya? ”

“Tadi Nek Wan suruh Liana tengok-tengokkan Visya. Yelah, sesetengah lelaki dalam kampung ni pantang nampak pompuan yang cantik. Mula lah jadi buaya jadian. Liana dah kena tapi mujur Liana ada belajar silat. Dapat lah sorang satu makan penyepak. Hahaha..”
kata Liana dalam gurau.

Elvisya ketawa.

‘Kalau aku bukan penyepak je aku bagi, aku siap hantar diaorang dekat syurga nanti. Free of charge. ’ getus hati nya.

“Liana pandai silat? ”

Liana mengangguk lalu tersenyum.

“Dekat kampung ni pakngah yang ajar silat, sebab tu ramai perempuan dekat kampung ni dapat bersilat. ” kata Liana bangga.

Elvisya sedikit kagum dengan kampung ini.

Sikit - sikit dah lah..

“Bagus jugak tu. Err, Liana umur berapa? ” tanya Elvisya.

“Liana umur 19. Tapi Visya tetap panggil Liana, Liana tau .Kalau tak silap, Visya umur 17 kan?” soal Liana untuk kepastian.

“Secara teknikal nya, umur Visya 16 . Tapi dapat lompat kelas. ” balas Elvisya.

Liana mengangguk tanda faham.

Budak - budak bijak lah ni..

“Liana sorang je ke? Tak nampak pun adik-beradik Liana yang lain. ” soal Elvisya.

“Eh, tak. Selain Liana, ada lagi 3 orang. Entah mana pulak diaorang menghilang . ” ujar Liana .

Elvisya mengangguk.

“Esok, Visya nak tak pergi jalan-jalan dekat kampung ni? Nek Wan kata Visya ada adik, tak silap nama El dengan Ira. Boleh ajak diaorang jugak. ” ajak Liana .

Elvisya seperti sedang berfikir. Elfira tiada masalah, tapi Elvira hmmm.....

Melihat Elvisya tidak menjawab , Liana memujuk.

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now