Bab 1

982 70 0
                                    

Kring !
Bunyi jam itu berjaya mengejutkan Elvira yang masih lagi berselimut . "Pukul berapa dah ni ? " gumam Elvira dengan suara yang serak .

Terbeliak mata Elvira selepas melihat jarum jam pendek menunjukkan nombor tujuh. "Aku lewat dah ni. " kata Elvira sambil mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Selepas mandi, Elvira terus menuju ke almari dan memakai baju uniform sekolahnya yang berwarna putih serta kain paras lutut yang berwarna biru gelap. Rambutnya yang berwarna dark brown disikat dan diikat dengan gaya pony tail . Dia juga turut memakai contact lense hitam untuk menyembunyikan matanya yang berwarna hazel.

Sebaik saja menilik pakaiannya , dia terus mengambil beg sekolahnya dan berlari anak menuju ke ruang makan.

"Awal bangun ,El. Solat buat ke tak? "tanya Elfira diselit nada perli sambil makan breakfast yang dimasak oleh Elvisya iaitu kakak kembar Elfira dan Elvira.

"Ehh. Taklah , baru tidur.And ,ABC. " balas Elvira selamba sambil mengambil tempat di meja makan.

"El, biasanya El bangun awal. Hari ini dah kenapa lewat?" tanya Elvisya yang duduk di depan Elfira.

“Malam tadi ada orang cuba hack komputer El. ” balas Elvira lalu teruskan makan makanan nya.

“Owh, jadi macam mana?” tanya Elvisya lagi.

“Macam tu lah. ” jawab Elfira dengan selambanya.

“Suka sangat menyampuk bila orang tua bercakap.” ujar Elvisya.

“Eleh, tua beberapa minit je kut. ”balas Elfira lagi.

“Kalau Visya dengan Ira nak bergaduh pun jangan lah dekat sini.  Depan rezeki kut. Nanti bukannya kenyang ,bertambah lagi dosa adalah. ” ujar Elvira , selamba.

Deep

‘Terus ke hati, ouch’ desis hati Elfira.

Selepas mereka selesai makan, mereka mengemas meja makan dan membasuh pinggan dan cawan .

"Cepatlah El,Ira ! Lambat dah ni.Jangan lupa kunci pintu. " kata Elvisya separuh menjerit dari luar rumah. "Ya, siap dah ni. Jomlah." ajak Elfira lalu mereka menuju ke sekolah barunya dengan menaiki motorbike.

Di Crystal Highschool

Kehadiran tiga buah motorbike yang dinaiki oleh tiga orang perempuan di perkarangan sekolah itu menjadi tarikan setiap pelajar yang berada di situ.

“Siapa tu?”
“Aku pun tak tahu. ”
“Budak baru kut”

Kemunculan tiga orang perempuan itu berjaya menarik perhatian dan menjadi perbualan hangat.

   “Nasib sempat sampai. Kalau tak ,habislah kena marah dengan paklong nanti. ” keluh Elvisya lalu mencabut helmet yang tersarung di kepalanya diikuti oleh Elvira dan Elfira.  Terserlah rambut mereka yang diikat dengan gaya pony tail yang berwarna dark brown.

“Marah ke, Visya ?” tanya Elfira. Dia faham perangai kakaknya yang selalu tepati masa. “Taklah. Visya suka sangat. ” balas Elvisya sambil menjeling Elvira dan Elfira. Elfira terus tersengih manakala Elvira menayangkan muka dinginnya.

“Jomlah pergi pejabat. Mesti paklong tengah tunggu. ” ajak Elvira lalu menuju ke pejabat diikuti oleh Elvisya dan Elfira. Pandangan pelajar di situ tidak dihiraukan oleh mereka lebih - lebih lelaki.

Di pejabat

Tuk Tuk

“Masuk” arah seseorang dari dalam bilik . “Assalamualaikum, paklong! ” kata Elfira dengan ceria lalu duduk di kerusi yang berhadapan dengan paklongnya. “Waalaikumsalam, sampai pun. Tadi paklong ingat tak jumpa jalan. ”balas seorang lelaki yang membahasakan dirinya, paklong atau Tengku Mustafa,iaitu pengetua sekolah.

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now