Bab 24

436 42 2
                                    

“Ibu, Amy takut.” ujar seorang budak perempuan sambil memeluk ibu nya. Mereka sekarang sedang bersembunyi di dalam bilik.

“Jangan takut, Amy sayang. Ibu ada. Ingat tau, Amy duduk dalam ni diam-diam tau. Janji dengan ibu yang Amy tak keluar. ” kata Puan Waridah.  Amy mengangguk lalu dia menutup almari.

Bunyi pistol dan pedang di luar rumahnya benar-benar mengejutkan dia dan anak perempuannya.

Dia mengambil sepucuk pistol yang ditinggalkan oleh anak lelakinya kepada dia lalu perlahan berjalan ke arah pintu.

Apabila pintu biliknya ditendang dengan kuat, dia terus mengacukan pistol nya ke arah pintu. Tangannya menggeletar.

Bang!

Pintu biliknya tidak ditendang lagi setelah seseorang menembak orang itu.

Tuk Tuk Tuk

“Puan Waridah? Bukak pintu. Kitaorang datang untuk selamatkan puan. ” ujar seorang lelaki.

Puan Waridah masih lagi tidak membuka pintu.

“Bodoh lah kau, Alex. Tendang je pintu tu, kita kena cepat. ” kata Brian.

Shawn yang sedang membalas tembakan tidak menghiraukan mereka.

“Fine.. ”

Dengan sekali tendangan, pintu berjaya dibuka. Tetapi Puan Waridah melepaskan tembakan rambang.

Alex berjaya mengelak ia.

“Puan Waridah, jangan risau ni Alex. ” ujar Alex lembut.

Puan Waridah yang mengenal Alex terus berhenti menembak.

“A.. Alex cepat bawak Amy dari sini. ” minta Puan Waridah.

Puan Waridah terus membuka almari lalu mendukung Amy yang menggigil ketakutan.

“Cepat puan, ikut saya. ” suruh Alex .

Setelah Brian dan Shawn melihat Puan Waridah dan Amy keluar, mereka terus mengikuti nya sekali gus melindungi mereka.

Tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka diperhatikan oleh Elvira, Elvisya dan Elfira.

“Mark, serang. ” arah Elvira.

Mark dan anak buah nya terus menyerang mereka.

Shawn yang terkejut dengan serangan itu terus menyuruh Puan Waridah dan Amy bersembunyi di sebalik semak.

Shawn, Brian dan Alex  juga turut membalas serangan.

Ketika mereka saling bertukar serangan, Elvira, Elvisya dan Elfira mengambil kesempatan untuk membawa pergi Puan Waridah dan Amy.

“Puan Waridah, jom ikut kami. ” kata Elvisya lembut.

Puan Waridah ragu-ragu untuk mengikuti mereka.

“Jangan takut puan. Kami datang nak selamatkan puan dan Amy. ” ujar Elvira pula.

Puan Waridah hanya mengikuti firasat ibu untuk mengikuti mereka.

“Jom cepat. ”

Mereka berlari menuju ke kereta yang dipandu oleh Elvisya.

Setelah ternampak kereta Elvisya mulai bergerak dari situ, Mark terus memberi isyarat kepada yang lain untuk berundur.

“Shawn ” panggil Brian.

Shawn yang teringat tentang Puan Waridah dan Amy terus berlari ke arah tempat persembunyian mereka .

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now