Di Markas Black Devil
" Tumbuk kuat lagi punching bag tu! Korang jangan jadi lembik sangat ,boleh tak?! " jerit Shawn iaitu Daniel.
Matanya masih lagi melihat anak buahnya berlatih.
"Victory! " jerit Alex iaitu Afiq dengan tiba-tiba .
"Main je lah kerja kau. Anak buah kau aku jugak kene handle." kata Shawn sambil melihat Alex.
"Halah.. Bukan selalu pun. " balas Alex selamba.
"Memang selalu pun kau macam ni. " sampuk Brian iaitu Aniq.
"Sibuk je kau ni. " balas Alex yang masih lagi bermain telefon.
Ketika Shawn melatih anak buahnya, salah seorang anak buahnya membisikkan sesuatu kepadanya.
Setelah itu, Shawn terus keluar dari tempat latihan itu lalu menuju ke bilik yang berada di hujung markas itu.
"Kenapa dengan Shawn tu?" tanya Brian ketika melihat Shawn pergi dari tempat itu.
"Entah. Eh, Brian. Nak join main ML tak? " tanya Alex.
"Hmm, alang-alang Shawn tak de. Jom lah. " balas Brian lalu membuka telefon nya.
"Hahaha... Good. " kata Alex dengan gembira.
***************
Tuk! Tuk!
"Atuk panggil Niel kenapa? " tanya Shawn sebaik saja masuk ke dalam bilik datuknya iaitu Tengku Zharif yang duduk di atas kerusi roda akibat dilanggar lari.
"Duduklah dulu, Niel. " ajak Tengku Zharif.
"Atuk nak apa sebenarnya ni? " kata Shawn yang sedang cuba menghormati orang yang dihadapannya.
"Okay, Biar atuk straight to the point. Atuk nak Niel tolong atuk. Tolong bagi 50 orang anak buah Niel kepada atuk. " jelas Tengku Zharif dengan serius.
"Sebab? " tanya Shawn.
"Sebab atuk rasa ade orang yang selalu ikut atuk. Jadi sebagai jaga-jaga atuk nak Niel bagi 50 orang anak buah Niel. Boleh teman atuk kalau pergi mana-mana. Atuk mintak tolong demi kumpulan ni jugak. " terang Tengku Zharif.
"Hmm, okay. Tapi kenape mintak dengan Niel bukan mintak dengan Aidan? " tanya Shawn lagi.
Aidan atau Tengku Aidan Fitri adalah cucu bongsu dan cucu kesayangan Tengku Zharif. Ayahnya seorang gangster China tapi meninggal kerana diracun seperti mak dan ayah Daniel, Aniq dan Afiq.
Tengku Zharif tersenyum sinis .
"Aidan kan budak lagi. Jadi memang dia patut kena ada ramai anak buah. Niel kan lebih kuat dari dia. Jadi tak salah kan, kalau Niel bagi atuk anak buah Niel. " kata Tengku Zharif, tak mengalah.
"Hmm. Kalau tak de apa-apa, Niel pergi dulu. " pamit Shawn dengan suara mendatar lalu menuju ke tempat latihan .
*************
" Wey, kenapa dengan kau ni? " tanya Brian setelah ternampak Shawn apabila masuk ke dalam tempat itu lalu duduk di sebelah Shawn.
" Atuk nak aku bagi anak buah aku dekat dia. Sebab atuk rase ade orang ikut dia. " balas Shawn mendatar.
"Owh.. Bagi je lah 50 orang anak buah kau tu. Tak payah pening-pening. " kata Brian lalu Shawn memandangnya.
"Macam mana kau tahu yang atuk nak 50 orang anak buah aku? " tanya Shawn, pelik. Rasanya tadi dia tak cakap pun 50 orang.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Aksiyon#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...