Di Penthouse Black Angelz
“So, cam mana? Sedap kena tumbuk? ” perli Elvira sambil senyum mengejek.
Mark yang keletihan itu dipandang sekilas. Badan lelaki itu penuh dengan luka akibat berlawan dengan Elvira yang sememangnya jaguh.
“Qu.. Queen. Nak relax.. dulu. Letih... ” ujar Mark sambil tercungap-cungap mencari udara.
“Hmm.. Kau pergi lah rehat tu. Lain kali kau kena selalu berlatih kalau tak, macam ni lah akibatnya. Faham tak? ” nasihat Elvira tegas.
Mark hanya mengangguk lalu terbaring keletihan di situ. Elvira berjalan keluar dari tempat itu.
“Aku rasa kau tegas sangat ni dengan anak buah kau. ” kata JJ tiba-tiba.
“Aku kena lah tegas. Kalau tak tegas, macam mana nak jadikan anak buah aku tu hebat. Eh, Kau ni datang dari celah mana pulak ni ? ” tanya Elvira pelik setelah menyedari JJ . Tiba-tiba muncul dekat penthouse nya. Guna teleportasi ke macam mana?
“Agak-agak lah kau. Aku mari ikut pintu bukan dari celah. Kau ingat aku ni apa? Ulat geronggok? ” balas JJ sambil mencebik.
“Apa kejadah lah kau ni. Ulat gonggok bukan geronggok. Sebut tu elok-elok lah. Kalau tak boleh sebut tu, jangan lah sebut. ” sindir Elvira sambil menahan ketawanya.
“Alah typo lah tu.. ” kata JJ dengan muka tak bersalahnya.
“Typo lah sangat.. Kenapa tak kata yang kau tu tercacul.. ” balas Elvira lagi.
“Yelah.. Aku tercacul. Puas hati kau? ” JJ mengalah.
Elvira mengangguk tanda puas hati.
“ Aku mari sini nak hantar senjata je. Alang-alang anak buah kau kata yang kau ada sini so aku pun nak lah jugak tengok macam mana Queen ajar anak buah dia. ” kata JJ sambil berjalan seiring dengan Elvira.
“Lambat sangat kau hantar.. ”
“Busy sikit sebab ada yang beli senjata dengan aku.. ” balas JJ.
Elvira mengangguk.
“Kau nak pergi mana selepas ni?” tanya JJ lagi.
“Sekarang baru tengah hari kan so aku nak pergi lunch lah. Nak join? ” tawar Elvira.
“Hmm.. Nak. Tapi lunch dekat tempat aku nak tak? ” tanya JJ.
“Hmm.. Kenapa pulak? ” tanya Elvira kembali. Tiba-tiba nak makan dekat tempat JJ ni dah kenapa?
“Alah, aku pakai macam ni mana boleh pergi? Aku plan nak balik selepas hantar senjata dekat kau.” jawab JJ tersengih. Dia hanya memakai t-shirt kelabu dan seluar legging hitam. Dia juga tidak bermekap.
“Aku rasa ok je. ” kata Elvira sambil melihat pakaian JJ.
“Alah, tu kau. Bukan aku. Walau macam mana pun, aku nak balik. Kalau kau nak lunch dengan aku, jom ikut. ” putus JJ .
“Ok lah, aku ikut kau tapi kalau jadi apa-apa, kau tanggung. Ok?”
ujar Elvira bermakna. JJ hanya membuat sign ok dengan jarinya
lalu tersenyum. Bukan selalu Queen jejak kaki ke ‘dark world’.Mereka terus menuju ke kereta milik JJ .
*******************
Di Dark World
Walaupun masih siang, di tempat itu gelap seperti malam kerana cahaya ditutup oleh pokok-pokok yang tinggi dan bangunan. Kerana itu lah tempat itu dipanggil Dark World. Ramai penjenayah akan tinggal di situ kerana tempat itu, polis tidak akan menjumpainya.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Acción#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...