“Dia tu salah satu dari kumpulan Black Angelz. Dia juga yang berkuasa dekat Dark World.” kata Aniq serius.
“Sekejap,sekejap. Kau kata Black Angelz? Bukan ke ahli Black Angelz hilang ?” tanya Afiq pelik.
“Yang tu aku tak tahu. Tapi yang aku pasti dia memang ahli Black Angelz. ” balas Aniq yakin.
“So ape kate kau pergi pasar gelap tu daripada pergi Dark World. Ramai yang rela pergi pasar gelap daripada pergi Dark World sebab takut kena serang dengan orang yang tinggal tempat tu. ” kata Aniq lagi.
“Maksud kau penjenayah ke? ” soal Afiq.
“Yup, satu-satunya tempat yang polis takkan pergi. Memang ramai lah penjenayah dekat situ.”
jawab Aniq.“JJ? Nama sebenar dia apa? ” soal Daniel pula.
“Tak silap aku selain JJ, orang panggil dia Julie. ” jawab Aniq .
Aniq memang tahu hal-hal macam ni kerana dia yang selalu mengurus hal yang berkaitan senjata dan penjual ia.Daniel dan Afiq sedikit terkejut.
Julie? Macam kenal?
“Aku akan pergi Dark World dan JJ yang jemput kita .” kata Daniel yakin.
Aniq dan Afiq memandang Daniel tak percaya dan risau.
“Don't worry. Aku ade plan. ” kata Daniel sinis.
*****************
“Ira. Panggil Visya sini sekejap. ” minta Elvira di ruang tamu. Elfira yang sedang bermain telefon mengangguk lalu menuju ke tingkat 2 dimana bilik Elvisya berada.Selepas beberapa minit, Elvisya turun bersama Elfira menuju ke arah Elvira.
“Kenapa panggil Visya, El? ” soal Elvisya lalu duduk di sebelah Elvira. Elfira pula duduk di sebelah Elvisya.
Elvira tidak menjawab soalan itu malah dia memberikan sepucuk surat kepada Elvisya.
“Surat dari siapa ni? ” soal Elfira pelik .
“Ni surat dari Ju. Dia yang ikut kita petang tadi. ” balas Elvira.
Elvisya dan Elfira terus membaca isi kandungan surat itu. Mereka agak sedikit terkejut.
“El. Kenapa ada orang nak target JJ? ” tanya Elvisya selepas membaca surat itu.
“Kemungkinan besar sebab kita.”
jawab Elvira serius.“Kita? ”
“Orang ni target JJ mungkin sebab dia ingat yang JJ satu-satunya ahli kita yang hidup. ”
jawab Elvira lagi.“Nampak nya ramai lagi yang berdendam dengan kita. ” keluh Elfira .
Elvisya mengeleng.
“Visya rasa hal ni bukan sebab tu je. ” kata Elvisya.
Elvira dan Elfira mengangguk.
“JJ suruh kita pergi situ kenapa eh?” soal Elfira.
“El rasa mesti ada yang ‘menarik’
akan berlaku. ” kata Elvira dingin.Elvisya dan Elfira tersenyum sinis.
********************
Kring !“Akak El! ”
Elvira yang menuju ke koperasi itu berhenti apabila terdengar seseorang memanggilnya.
“El! ” panggil seorang pelajar perempuan. Riak wajah pelajar itu terlihat cemas.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Ação#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...