Kring!!
Sebaik loceng rehat dibunyikan, semua murid berpusu-pusu keluar ke kantin termasuklah Elvisya, Elfira dan Elvira.
“Ira tolong pergi beli makanan. El dengan Visya cari tempat duduk” ujar Elvira. Elfira mengangguk.
“Visya jom duduk situ. ” ajak Elvira lalu menuju ke meja yang kosong diikuti oleh Elvisya .
“Nah, makanan and minuman dah sampai.. ” ujar Elfira gembira. Siapa lah yang tak suka makan kan ?
Nasi Ayam dan air orange yang terhidang berjaya membuatkan mereka terliur.
“Eh, sekejap.. Mana yang El punya ? ” tanya Elvira, pelik. Hanya ada dua pinggan Nasi Ayam dan gelas air orange saja yang terhidang.
“Sorry, lambat hantar.. Nah yang awak ” ujar seorang lelaki sambil meletakkan makanan dan minuman milik Elvira di meja.
“Kau ni siapa ? ” tanya Elvisya.
“Owh, dia yang tolong Ira bawak makanan ni tadi. ” balas Elfira pula.
“Hai, saya Aidan. Boleh saya duduk sini ? ” tanya Aidan sekali gus perkenalkan dirinya.
Elvira hanya mengangguk. Elvisya dan Elfira memandang Elvira pelik.
“Thanks ” kata Aidan sambil tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Elvira. Elvira hanya membiarkannya . Mereka terus makan makanan mereka.
“The Prince ! ”
Pelajar perempuan yang berada di kantin itu tiba-tiba menjerit sebaik saja The Prince berada di kantin itu. Disebabkan semua meja penuh, ramai pelajar yang mengajak The Prince duduk semeja dengan mereka. Tetapi The Prince tidak endahkan semua ajakan itu.
“Wei, Niel. Nak duduk mana ni?” tanya Aniq.
“Duduk lah dekat mana-mana pun.. Ramai bunga yang sedia menerima kumbang tu ..” kata Afiq sambil tersenyum ke arah pelajar perempuan. Lagi kuat lah jeritan mereka sehingga menganggu Elvira yang sedang makan.
“Hish, kacau betullah ” kata Elvira dingin . Aidan yang terdengar kata-kata Elvira terus tersenyum.
“Memang macam tu kalau mereka datang dekat sini. ” kata Aidan.
“Harap diaorang tidak duduk sini kalau tak ,memang jadi gosip lah kita ni.. ” kata Elfira pula. Elvisya dan Aidan mengangguk sebelum meneruskan makan.
Daniel yang masih mencari tempat duduk ternampak figura yang dia sangat kenali bersama tiga perempuan . Daniel terus berjalan ke arah mereka. Afiq dan Aniq terus mengikuti Daniel.
“Yo Aidan Si Playboy . Lame tak jumpe.. ” sapa Afiq sinis. Aidan membalas sapaan itu dengan tersenyum. Kalau tak da tiga perempuan ni, memang tak lah dia nak senyum.
‘Masin sangat mulut aku ’ getus hati Elfira lalu tersedar dia menjadi renungan Elvira dan Elvisya. Dia terus tersengih.
“Kau kenal ke diaorang ? ” tanya Elfira kepada Aidan. Dia cuba mengubah perhatian Elvira dan Elvisya daripada terus merenung dirinya. Kini Aidan menjadi renungan mereka bertiga.
“Diaorang sepupu kitaorang. ” sampuk Aniq sebelum Aidan sempat menjawab. Dia tahu yang Aidan takkan mengaku dia sepupu mereka.
“Aidan sepupu The Prince lah.. ”
“Patut lah muka diaorang hampir sama.. ”
Terdengar bisikan pelajar perempuan selepas Aniq berkata begitu. Daniel terus tersenyum sinis apabila melihat riak Aidan berubah.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...