“Aku Shawn”
“Sha...Shawn” kata Shark tersekat-sekat. Bagi dia, selain Black Angelz hanya Black Devil yang mampu membuatkan dia menggigil.
“Lepaskan mereka, kau dengar tak apa yang aku kata. ” ulang Shawn .
Anak buah Shark terus melepaskan perempuan yang matanya berwarna silver. Perempuan yang dipegang oleh Shark juga dilepaskan.
Mereka berdua terus berlindung di belakang langsir .
“Kau tahu kan ni kawasan aku. Kenapa kau buat sampah kat sini? Lame dah hidup? ” tanya Shawn sambil berjalan ke arah kumpulan Shark.
“Sorry, Shawn. Aku tak tahu ni kawasan kau. ” balas Shark sambil elak daripada memandang Shawn.
“Sekarang tak reti nak lari ke? ” tanya Shawn lagi. Matanya tajam melihat Shark.
“Okay Aku cau dulu. ” kata Shark lalu berlari keluar bersama kumpulannya tetapi seorang lelaki yang memakai jaket berwarna coklat serta mask hitam menghalang laluan mereka.
“Jangan kata ni A..Alex. ” kata lelaki yang kurus tadi.
“Yup, Aku Alex. Ni last warning . Kalau korang buat sampah lagi dekat kawasan kitaorang, Kepala korang aku buat koleksi. Dah, pergi. ” ujar Alex mendatar.
Kecut perut mereka apabila Alex berkata macam itu. Mereka terus berlari keluar.
Shawn terus mengambil mask milik perempuan tadi lalu berjalan menuju ke arah perempuan itu bersama Alex. Semua orang yang berada di tempat menari itu terus berjalan keluar apabila mendengar ketua kumpulan gangster berada di situ kecuali JJ.
JJ berlari anak mendapatkan dua orang perempuan tadi atau Elvira dan Elfira.
“Korang okay tak? ” tanya JJ, risau. Mujur dia sempat melukis birthmark di muka Elvira dan Elfira serta menyuruh mereka memakai contact lense.
Elvira iaitu perempuan yang bermata silver manakala Elfira iaitu perempuan bermata dark purple itu hanya mengangguk.
“Korang okay?” tanya Shawn pula.
“Kitaorang okay. ” balas Elvira.
“By the way, nama korang apa? ” tanya Alex sambil memandang Elfira.
“Nama diaorang Elly dan Ellin. Nama I ,Julie. Nice to meet you, Shawn and Alex. ” sapa JJ sambil memperkenalkan Elvira dan Elfira.
“So, this is Elly. Nice to meet you, too Julie. Ni mask korang yang jatuh tadi. ” Shawn terus menghulurkan mask sambil matanya hanya memandang kearah Elvira. Elvira mengambil mask itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Shawn dan Alex.
“Okay, kitaorang pergi dulu. Bye.” pamit JJ sambil menarik tangan Elvira dan Elfira menuju keluar dari bar itu.
Shawn dan Alex hanya memandang mereka bertiga keluar.
“Kau nak balik dah ke?” tanya Alex.
“ Ye. Kalau kau nak duduk sini, duduk je lah dekat sini sorang-sorang. ” balas Shawn lalu berjalan menuju keluar diikuti oleh Alex.
'Tak sanggup aku duduk sorang-sorang dekat sini. Entah-entah bukan aku sorang, Ada yang teman aku. Eee.. Tak sanggup'
getus hati Alex.*****************
Tuk! Tuk!
“Ye, sekejap” ujar Elvisya lalu berlari anak menuju ke pintu utama rumah itu.
Sebaik saja Elvisya membuka pintu, dua orang perempuan yang tak dikenali nya merempuh masuk.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...