Bab 41

429 54 12
                                    

Ring. Ring. Ring.

“Macam mana boleh tak call Ira?” tanya Elvisya . Elvira yang telah beberapa kali menelefon Elfira hanya mampu mengeleng.

Jelas riak wajah mereka risau akan kembar mereka . Mereka bertiga berjanji untuk berkumpul di cafe makanan barat tetapi telah lama mereka menunggu bayangan Elfira langsung tidak dilihat.

“Ira kata dia pergi dekat kedai situ kan? El tunggu dekat sini, biar Visya yang cari dia.” kata Elvisya . Elvira mengangguk lalu Elvisya pun menuju ke kedai yang dikatakan oleh Elfira .

Sebaik saja dia memasuki kedai itu, bayangan Elfira tidak dilihat.

“Ya, cik. Boleh saya tolong?” tegur salah seorang pekerja disitu.

“Nampak tak perempuan yang dalam gambar ni ?” tanya Elvisya sambil menunjukkan gambar Elfira didalam telefonnya.

“Hmm, saya ada nampak. Tadi dia ada datang sini lepastu ada budak perempuan tegur dia. Budak tu tunjuk lorong yang nak pergi tempat parkir kereta dekat situ.” jawab pekerja itu lalu menunjukkan lorong yang dikatakan.

“Okay, terima kasih.”

“Sama-sama.”

Elvisya terus berlari ke arah lorong itu. Sebaik saja sampai di tempat parkir kereta, dia ternampak ramai orang yang berkumpul disitu. Dalam fikirannya hanya memikirkan tentang Elfira.

Dia berjalan memasuki celah-celah orang ramai tetapi yang dihadapannya bukanlah Elfira , tetapi beberapa orang lelaki yang dipukul sehingga cedera teruk . Masing-masing memakai pakaian hitam dan juga beberapa batang kayu yang patah serta pisau. Ada beberapa buah kereta yang cerminnya sedikit retak.

Dia melihat kiri dan kanan nya tetapi hampa, bayangan Elfira tetap tiada.

Dalam beberapa langkah dari tempat itu, tiba-tiba jejak darah muncul di lantai. Dia cepat mengikuti jejak itu sehingga dia tiba di pintu kecemasan.

Sebaik saja dia membuka pintu kecemasan itu, matanya membulat apabila ternampak Elfira yang dicarinya dipenuhi darah pada pakaian nya yang sedang bersandar pada dinding. Tangannya menekan luka pisau di bahunya.

“Ira!? ”

Dia cepat-cepat menerpa ke arah Elfira. Elfira tersenyum nipis. Bibirnya sedikit pucat.

“Ira okay tak ni? Jom pergi hospital.” ajak Elvisya . Tetapi Elfira mengeleng.

“Tak.. tak payah. Ira okay, luka sikit je . Darah dekat baju Ira ni darah diaorang.” kata Elfira lemah.

“Tipu! Ira , Visya tahu bahu Ira luka kan. Kenape keras kepala sangat ni?! Tak kira jom pergi hospital.” paksa Elvisya. Tetapi Elfira tetap mengeleng.

“Ira.. tak nak pergi. Ira luka sikit je, luka calar je ni. Cuma pedih lah sikit, Ira terjatuh tadi.” kata Elfira.

“Visya tahu kan El sekarang masih sakit. Kalau El tahu pasal Ira, Ira takut nanti sakit dia datang pulak.” tambah Elfira lagi.

Kata-kata Elfira membuatkan Elvisya terdiam. Elvira kadang-kadang pengsan tanpa sebab , kalau tak pengsan , dia akan berasa pening. Tetapi setelah bangun dari pengsan dia tidak hilang ingatan seperti sebelum ini. Jadi Elfira dan Elvisya menganggap Elvira kemungkinan terlampau letih kerana sebelum ini mereka pernah pergi ke klinik dan doktor mengatakan yang dia tiada apa-apa penyakit dan hanya terlampau letih dan perlu banyakkan rehat.

“ Sekejap, Visya call JJ. ” Elvisya terus mendail nombor JJ. Apabila panggilan disambungkan, Elvisya terus menyuruh JJ datang ke situ ASAP.

Manakala Elvira yang masih tidak senang duduk kerana bimbang akan kembarnya kerap kali melihat telefonnya .

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now