Selepas beberapa hari berada di kampung itu, akhirnya cuti sekolah mereka telah berakhir!!!!!! Balik!!!!! Huhuhu.....
“Nek Wan , kitaorang balik dulu tau. ” ujar Elvisya setelah beg mereka dimasukkan ke dalam kereta.
Di rumah itu sekarang hanya tinggal Nek Wan dengan keluarga Makcik Aina . Keluarga Makcik Latifah telah pulang ke rumah mereka pada tengah hari tadi.
“Hati-hati masa memandu tu Mila.” pesan Makcik Aina.
Makcik Mila tersenyum.
“Iye, iye. Mila tahu ngah. Mak, lain kali Mila balik .” ujar Makcik Mila.
“Yelah tu. Kalau tak sibuk, telefon lah mak ye.” pesan Nek Wan pula.
Makcik Mila mengangguk lalu tersenyum sebelum memasuki kereta.
Kaki kecil Mimi mula berlari ke arah Nek Wan dan memeluknya.
“Nek Wan, nanti Mimi telefon . Nek Wan kene angkat tau.” kata Mimi.
Kepala nya digosok oleh Nek Wan dengan lembut lalu mengangguk. Mimi tersengih lalu berlari semula memasuki kereta.
“Wei, Dam. Kau ni dah kenapa? Kitaorang dah nak balik ni.” kata Elvisya . Pelik dia apabila melihat wajah Adam yang suram.
“Kerja sekolah menghantui aku. Aku terlupa nak buat . So, macam mana... Haih...” keluh Adam.
Mereka bertiga menahan ketawa. Nasib mereka dah buat. Hahaha...
“Hahaha, pepandai kau lah Dam. Kau bukak je sekolah nanti, kau lah yang pertama cikgu tegur. Hahahaha... Ingat ah roger roger kalau ada pape.” kata Elfira sambil mengejek.
Adam sempat menjeling nya sebelum.mengangguk.
“Dah ah. Kitaorang balik dulu. ”
“Bye, Nek Wan, Mak ngah.” ujar mereka serentak sambil melambai.
Nek Wan dan Makcik Aina juga membalas lambaian itu dengan senyuman.
Kereta milik Makcik Mila terus bergerak keluar dari perkarangan rumah itu.
************************************
“Makcik Mila, kitaorang masuk rumah dulu eh. ” pamit Elvisya dan Elfira setelah sampai di rumah mereka.
“Yelah, kalau ada apa-apa, kata dekat makcik tau. El, okay tak tu?” tanya Makcik Mila risau melihat Elvira yang sedikit pucat.
Elvira tersenyum nipis dan mengangguk.
“Oklah kalau macam tu. Pergilah masuk rumah dulu. Mimi pun dah tertidur ni.” ujar Makcik Mila sambil tersenyum. Mimi yang telah tertidur di dalam kereta dilihat mereka.
Mereka berdua mengangguk lalu membantu Elvira memasuki rumah.
“El, duduk dekat sini dulu. Visya ambik air suam.” suruh Elvisya lalu menuju ke dapur.
Elfira meletakkan tangannya di dahi Elvira. Elvira yang masih lagi pucat itu menepis tangan Elfira lembut.
“El, okay. Jangan risau lah.” kata Elvira perlahan.
Elfira mengeleng.
“Okay dari mana? El demam ni.. Kenapa erk makin teruk je mabuk kereta El ni? El makan ubat tak?” soal Elfira yang masih lagi risau.
“Ubat .. ubat lama dah habis.. Takpe, El okay lah... El, nak tidur.” Elfira cepat-cepat menghalang Elvira dari tidur. Risau dia kalau Elvira bangun dari tidur , dia tak ingat apa-apa.
“El, minum air ni dulu. Jangan tidur lagi. ” suruh Elvisya yang datang dengan secawan air berada di tangannya.
Elvira terus mengambil cawan itu lalu minum air itu sehingga habis. Cawan itu diletakkan di atas meja.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Acción#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...