Sebaik saja masuk dalam van, Elvisya dan Elfira terus membuka mask mereka.
Mereka memandang satu sama lain sebelum mereka menjerit. Hans dan Felix dihadapan mereka terus menutup telinga mereka.
“Wei!!! El betul do.. Shawn dengan Daniel orang yang sama ! Memang terkejut habis Ira tadi..”
“Bukan Ira je yang terkejut , Visya pun sama. Memang berdebar Visya masa Visya tanya cam tu tadi.. Rupanya diaorang tu gangster lahhhhhhh”
Mereka mula tarik nafas nafas lalu menghembus ia dengan perlahan . Baru mereka sedikit tenang.
“Err, Master. Takpe ke Master kita buat macam ni? Kena bagitahu dekat Queen ke pasal ni?” soal Hans .
“Hal ni buat sementara kita kena rahsiakan kalau tak, bukan aku dengan Devil je yang kena marah. Sekali dengan korang lah kena marah dengan Queen. So, kita buat macam biasa je.. Faham?” kata Elvisya . Mereka berdua mengangguk.
“Okay, jom gerak.” arah Elfira.
Van yang dinaiki mereka terus bergerak dan menuju ke DW sebelum menuju ke penthouse Black Angelz.
************************************
Elvisya yang sedang meletakkan roti bakar di atas meja ditegur oleh Elvira.
“Visya . Mana Ira ? Dia tak bangun lagi ke?” tanya Elvira lalu mengambil tempat di meja makan.
“Ira? Entah dia, sebab malam tadi Visya rasa dia tak tidur. Maybe tengok anime? I don't know.” jawab Elvisya lalu ke dapur kembali.
Selepas beberapa minit, Elfira pun datang dengan mamai. Rambutnya tidak diikat dengan kemas dan dibawah matanya nampak sedikit lingkaran hitam.
“Good morning...” ujar Elfira mamai lalu duduk disebelah Elvira.
“Morning. Ira tak tidur ke malam tadi?” tanya Elvira.
“Hah? Malam tadi hehehehe... Ira tak tidur sebab tengok Demon Slayer. Mula-mula nak tengok sampai kul 1 tapi terlajak. Tut tut matahari yang tegur Ira. Memang mantap habis lah Ira kata. ” balas Elfira sambil tersengih.
“Patut lah muka cam panda. Tengok rambut tu, dah macam hantu Kak Limah. Ikat lah balik rambut tu, biar nampak kemas .” suruh Elvisya yang baru keluar dari dapur sambil mendulang air susu yang dibuat olehnya.
Elfira mengangguk lalu mengikat kembali rambutnya. Setelah itu, dia meletakkan kepalanya di atas meja dan dilapik dengan tangannya.
“Iraaaa... Jangan letak kepala atas meja makannnn.. Kalau Ira taknak makan, Ira baring dekat sofa dulu tuh. Awal lagi ni, nanti Visya kejutkan Ira.” kata Elvisya . Elfira dengan langkah longlainya , dia berjalan ke sofa lalu merebahkan badannya. Beg nya pula ditinggal di meja makan.
“Dah lah tu tengok Ira nya, makan roti tu. ” suruh Elvisya kepada Elvira . Dia hanya mengangguk lalu mencapai sekeping roti lalu disapukan dengan jem strawberi dan memakan ia.
************************************
Di Crystal Highschool“Huarh... Ngantuk nya..” gumam Elfira ketika dia hendak ke kelas nya. Elvira dan Elvisya pula pergi ke tandas.
Dia yang masih lagi mamai , menaiki tangga dengan perlahan .
Malang tidak berbau, dia tersilap langkah anak tangga dan hendak terjatuh ke belakang. Tetapi dia ditahan oleh seseorang. Mata mereka berdua bertembung. Masa seperti diberhentikan. Mereka melihat satu sama lain. Tak lama kemudian pandangan Elfira mulai gelap dan akhirnya pengsan .
“Ira? Ira!”
Di klinik
Sebaik saja Elvisya dan Elvira mendengar tentang Elfira yang pengsan , mereka terus berlari ke klinik.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...