Selepas mereka pulang dari sekolah, rumah mereka didatangi oleh Makcik Mila dan Mimi.
Mereka berbual-bual sehinggalah nada panggilan telefon Elfira berbunyi. Dia menjawab panggilan itu didapur.
“What do you want? ”
“Hari ni Angelz datang tak dekat penthouse ni? ” soal Felix yang berada dalam talian.
“Hmm, ye kitaorang datang. Kenapa? Kalau aku tahu yang korang tak berlatih, main-main masa kitaorang takde . Aku dengan baik hatinya potong gaji korang 50%.” balas Elfira sinis. Felix ternganga.
“Ehem. Takde lah Devil, kitaorang saja tanya sebab mamat yang dalam bilik Devil tu tak habis bising.” adu Felix.
“Kau pergi ambik stapler lepas tu kau stapler je lah mulut dia tu. ” kata Elfira selamba. Felix ragu-ragu.
“Stapler betul-betul ke? ” tanya Felix lagi.
“Memang tak lah bodoh . Tak ke mati awal mamat tu nanti. Kau pergi bius je mamat tu. ” jawab Elfira pula. Felix menggaru kepalanya yang tidak gatal .
“Err, okay Devil. Ada apa-apa nak pesan? ”
“Pergi ambik kitaorang punya motorbike dekat bengkel, nanti aku bagi location. Kau terus bawak ke penthouse. Dah, dah. Aku ada tetamu ni. Cau. ” ujar Elfira sebelum menamatkan panggilan. Dia berjalan menuju ke ruang tamu.
Felix terus memandang ke arah Mark dan Hans setelah panggilan tamat.
“So macam mana? ” tanya Hans. Mark yang sedang bermain telefon hanya mendengar.
“Aku rasa lebih baik kita tak main ML hari ni. ”
“Sebab...."
“Angelz datang nanti. Kalau diaorang nampak kita main, diaorang akan potong GAJI KITA 50%!”
Kata-kata Felix berjaya membuat mereka berdua kaku.
Mereka memandang satu sama lain.
“50%!”
Mereka berdua menjerit.
“Sekarang ni aku pergi urus motorbike diaorang. Mark, kau urus budak-budak. Hans, kau urus mamat tu biar dia senyap sikit. Kau bius ke apa. ” ujar Felix .
Mereka berdua mengangguk lalu menjalankan tugas masing-masing.
“Ira. Makcik tengok muka Ira macam marah je. Kenapa? ” soal Makcik Mila prihatin.
“Eh, takde lah makcik. Ira mana marah. Hehehe” Balas Elfira sambil ketawa.
Makcik Mila tersenyum.
“Minggu depan kamu bertiga sibuk tak? ” tanya Makcik Mila.
Mereka mengeleng.
“Makcik Mila nak ajak kamu bertiga pergi kampung makcik. Nak? ” ajak Makcik Mila.
Mereka memandang satu sama lain.
“Err tapi makcik. Kitaorang dah lama tak pergi kampung. ” balas Elvisya kekok.
Masa kecil dulu mereka pernah balik kampung mama mereka tapi semenjak pindah ke London mereka tak pergi dah. Tetapi semasa perkebumian arwah mama dan papa nya, keluarga mama nya datang . Walaupun mereka jarang pulang ke kampung, nenek dan atuknya sangat ramah dan sangat ambil berat tentang mereka. Mama mereka ialah anak tunggal jadi mereka tiada sepupu kalau ada pun sepupu belah papanya.
Apabila mereka mengingatkan tentang kampung mamanya, mereka diserbu rasa bersalah.
“Takpe. Makcik ajak pun sebab minggu depan sekolah cuti kan? ” soal Makcik Mila.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Azione#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...