Di penthouse Black Angelz
Sebaik saja mereka tiba , Elvisya, Elvira dan Elfira terus memanggil Mark, Felix dan Hans berkumpul di bilik mesyuarat.
Wajah mereka berubah dingin. Julia dan penolong mereka bertiga hanya diam .
“Err, Queen . Ada apa-apa ke?” soal Mark.
“Aku rasa identiti kitaorang akan terbongkar tak lama lagi.” ujar Elvira.
Mereka yang mendengar tentang itu terkedu.
“Macam mana?” tanya Hans tak percaya.
“Ada seseorang yang sedang memerhatikan keluarga Taufiq. Jadi kemungkinan besar identiti kitaorang pun diaorang akan tahu.” jawab Elvisya.
“Jadi apa plan korang sekarang ?” tanya Felix.
“Black Devil.”
“Black Devil?”
“Ye, nanti kitaorang ‘melawat’ diaorang but first kita kena pergi tempat JJ dulu.” kata Elfira.
“Ju, nanti kau check CCTV hospital . Aku nak tahu siapa yang menyamar jadi doktor tu.” arah Elvira serius.
“Okay. No hal.” balas Julia.
Elvira mengangguk.
“Tapi nanti hanya Visya dengan Ira je yang pergi dekat markas Black Devil.” ujar Elvisya. Jelas dahi Elvira mengerut.
“Why??”
“You know why.”
Elvira memutarkan matanya. Annoying betul lahh...
“Fine.. but at least bawak dua orang ni. Mark nanti dia teman El pergi tengok senjata dekat tempat JJ.” kata Elvira.
“Okay, petang nanti kita pergi tempat JJ. Dah , korang pergi sambung buat kerja.” arah Elfira .
Mark, Hans dan Felix mengangguk lalu berjalan keluar dari bilik itu.
Elvira mengurut dahinya.
“Wei, aku nak tanya ni. Kenapa kena pergi tempat kakak aku dulu?” tanya Julia. Soalan itu menganggu fikirannya. Kepala Julia ditolak oleh Elfira perlahan.
“Kau ni. Markas diaorang pun kitaorang tak tahu, macam mana nak terjah. Tak silap hari bulan salah masuk rumah orang kan. Lagipun JJ tahu kan mana markas diaorang.” jawab Elfira.
‘Hah?’
“Kau jangan buat muka cam tu lah. Ada yang kena gantung dengan aku nanti ni.” ugut Elvisya.
“Tadi aku tengok korang cam bukan main serius lagi, aku ingat korang dah ada plan .” kata Julia lagi.
“Hahaha, plan pun takde lagi. Depan anak buah mesti kena confident , kalau tak habis jatuh air muka kitaorang. ” balas Elvisya sambil ketawa. Cover malu lah sikit an..
“Hahaha, unbelievable. Tak sangka aku .” kata Julia tak percaya . Dia tiba-tiba berasa pelik macam mana kembar tiga yang berada dihadapannya sekarang boleh jadi mafia . Rasuah ke macam mana? Risau dia.
“Don't worry lah, Ju. Kitaorang tahu apa yang patut kitaorang buat. Kalau boleh hal ni , aku nak selesaikan hari ni. Esok kan sekolah, mampus kitaorang kalau lewat. Mesti kena hadap dengan mamat poyo tu.” kata Elvisya . Annoying pulak dia rasa bila fikir pasal The Prince . Rasa macam nak humban diaorang dalam tandas.
Eeee....“Mamat poyo?”
“Alah , relax lah Visya. Biar poyo asalkan muka tak macam toyol.” kata Elfira.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...