Di hospital
"Ibu.. Amy ada mana ni?" soal Amy yang baru sahaja tersedar . Puan Waridah yang tertidur di samping terus terbangun.
"Amy? Ya Allah , Amy . " Puan Waridah memeluk Amy dengan erat. Amy melihat ibunya dengan pelik.
"Ibu? Kenapa ni? Kita ada dekat mana?" soal Amy bertubi-tubi.
Puan Waridah mengukir senyuman lalu melepas pelukannya.
"Sayang.. Kita sekarang ada dekat hospital. Amy lapar tak? Amy nak makan?" tanya Puan Waridah . Senyumannya tak lekang dari bibirnya.
Amy meletakkan jarinya di bawah dagu seperti sedang berfikir.
"Hmm, Amy nak donut boleh tak?" minta Amy. Puan Waridah menggosok kepalanya lalu mengangguk.
"Amy tunggu dalam bilik ni tau. Nanti ada doktor datang , Amy dengar cakap doktor tau." pesan Puan Waridah. Amy mengangguk lalu tersengih.
Puan Waridah berjalan keluar dari bilik itu.
Selepas itu seseorang dengan berpakaian doktor berjalan memasuki bilik itu tetapi dihalang oleh anak buah Elvisya yang menjaga bilik itu.
"Kau doktor Amy ke?" soal salah satu daripada mereka dengan dingin. Wajah mereka tiada langsung reaksi apa-apa. Tegang. Emotionless.
Doktor itu mengangguk.
"Ye, saya datang nak memeriksa keadaan pesakit." balas doktor itu.
Mereka memandang satu sama lain sebelum mengangguk. Doktor itu pun terus masuk.
Dia perlahan berjalan ke katil Amy. Dia hanya memerhatikan Amy yang terbaring lemah.
"Akak ni doktor Amy ke?" soal Amy tiba-tiba. Amy perlahan bangun dari baring nya.
Doktor itu mengangguk. Separuh dari wajahnya ditutupi oleh mask.
"Hari ini Amy okay? Ada sakit dekat mana-mana ke?" tanya doktor itu.
Amy mengeleng.
"Tak, Amy dah tak rasa sakit. " balas Amy.
"Amy datang sini dengan ibu Amy jeke? Siapa yang dekat luar tu?" tanya doktor itu.
"Tadi Amy bangun ibu Amy je yang ada. Dekat luar pulak.. Amy pun tak tahu siapa dia. Kenapa doktor tanya?" tanya Amy pelik.
" Amy. Kalau doktor tanya tak pelik namanya sebab doktor pun nak pastikan 'keselamatan' pesakit yang doktor rawat. Jadi mestilah doktor kena tanya, betul tak?" ujar doktor itu.
Amy meletakkan jarinya dibawah dagunya .
"Hmm, betul betul. Doktor nama apa?" tanya Amy .
Doktor itu ketawa perlahan.
"Nama doktor.... Zizi. Nanti kalau ada orang datang , Amy kata dekat diaorang yang hati-hati tau sebab bahaya boleh datang bila-bila masa. Boleh?"
Amy mengangguk polos. Zizi pun keluar dari situ.
Selang beberapa minit kemudian, Puan Waridah datang dengan beberapa bungkus plastik yang berisi makanan dan minuman.
"Ni makcik ada beli lebih makanan dengan minuman ni. Ambik lah." kata Puan Waridah kepada anak buah Elvisya .
Mereka seperti ragu-ragu. Puan Waridah mengukir senyuman.
"Anggap je sebagai tanda terima kasih sebab jaga keselamatan Amy. Makcik ikhlas tau." kata Puan Waridah lagi sambil menghulurkan beberapa plastik makanan dan minuman.
"Kalau macam tu, kitaorang ambik lah makcik. Terima kasih." ujar salah seorang dari mereka.
Puan Waridah mengangguk sambil tersenyum lalu berjalan memasuki bilik itu.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...