Di tempat perkhemahan
Sebaik saja bas Crystal Highschool tiba , beberapa orang pelajar daripada Sri Perdana Highschool dan Flower Highschool mulai berbisik.
“Wei, the loser dah datang.”
“Tengok pakaian diaorang, so ugly.”
“The loser is always loser.”Ketika mereka turun dari bas, pandangan jijik diberikan. Bagi mereka, Crystal Highschool ialah sebuah sekolah yang bermasalah dan tidak seperti Sri Perdana Highschool dan Flower Highschool yang merupakan sekolah elit.
“Visya, dah kenapa diaorang tengok macam tu? Kita ada buat salah ke?” bisik Elfira perlahan. Elvisya hanya mengeleng.
“Jangan hiraukan diaorang. Ingat kita kena selalu berhati-hati.” pesan Elvira perlahan.
Elvisya dan Elfira terus mengangguk.
Suasana yang bising mulai sunyi apabila munculnya beberapa orang guru dihadapan mereka.
“Assalamualaikum dan selamat pagi semua, nama saya Mail. Boleh panggil saya, Cg. Mail. Saya adalah pengurus kem ni, jadi sekiranya mempunyai sebarang masalah, boleh berjumpa dengan saya selepas ini. Okay, sekarang dipersilakan guru-guru yang lain memperkenalkan diri mereka.” ujar Cikgu Mail.
Seorang guru perempuan dan lelaki mula melangkah ke hadapan.
“Assalamualaikum, nama saya Riana . Boleh panggil saya, Cikgu Ana. Selamat berkenalan.”
“Assalamualaikum, nama cikgu, Rizal. Boleh panggil saya, Cikgu Riz. Saya dan Cikgu Ana ditugaskan memantau dan membantu sepanjang kem ini dijalankan. Selamat berkenalan , semua.” kata Cikgu Riz sambil tersenyum lalu mereka berdua menapak ke belakang kembali.
“Disini juga kita ada Kak Ain dan Abang Iz yang merupakan seorang doktor di hospital. Mereka akan menyertai kita untuk merawat pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Boleh berjumpa dengan mereka di situ sekiranya ada apa-apa .adalah yang melibatkan kesihatan . ” kata Cikgu Mail sambil menunjuk ke arah dua buah khemah yang berwarna merah yang terletak berdekatan dengan khemah para guru.
Kak Ain dan Abang Iz yang berada di sebelah Cikgu Mail melambaikan tangan mereka sambil tersenyum dengan ramah.
Pelajar-pelajar perempuan mulai menjerit melihat Abang Iz mengukir senyuman. Wajahnya yang sawo matang dan juga berkaca mata menonjolkan lagi ketampanan nya yang sedia ada.
“El, El, El. Handsome nya Abang Iz!” puji Elfira.
“Ye, ye , El tahu Abang Iz handsome. Tapi Kak Ain pun cantik jugak.” kata Elvira.
“Kak Ain cantik, Abang Iz handsome.. Wahh..” kata Elvisya pula.
Ketika mereka bertiga sedang memuji ketampanan dan kecantikan Abang Iz dan Kak Ain, orang yang berada dibelakang mereka hanya menahan geram.
Mendengar Elvira yang mengakui ketampanan Abang Iz membuatkan Daniel berasa marah dan tidak berpuas hati. Begitu juga dengan Afiq dan Aniq apabila mendengar Elfira dan Elvisya memujinya.
Mereka langsung tidak pernah mengatakan mereka bertiga handsome atau apa-apa saja yang baik tentang mereka. Yang mereka selalu dengar, annoying, poyo dan perasan . Terbit satu perasaan yang menjelaskan semuanya kenapa mereka bertiga marah.
Jealous.
Mereka hanya mampu memekakkan telinga ketika kembar yang berada dihadapan mereka tidak habis-habis memuji Abang Iz. Tak silap hari bulan boleh bernanah telinga mereka.
Setelah itu, Cikgu Mail menyuruh semua pelajar membuat beberapa buah kumpulan dan melantik ketua dan penolong.
Selepas 10 minit, mereka berada di dalam beberapa kumpulan . Pelajar - pelajar yang lain terlihat seperti gembira dan bersemangat tetapi tidak kepada Elvisya, Elvira dan Elfira.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...