Bab 36

411 49 5
                                    

Prang!

“Kau tak berguna!! Aku suruh kau bunuh jantan tu! ” herdik 'dia'. Barang yang berada di atas meja semuanya pecah dan berselerak di lantai.

Zizi yang dimarahi oleh 'dia' hanya diam menunduk.

Dia ditugaskan oleh 'dia' untuk membunuh Norman sekali gus memerhati kumpulan Lee. Ketika dia berencana untuk menyerang kereta polis dan menyelamatkan kumpulan Lee sekali gus membunuh Norman, beberapa buah kereta hitam dahulu yang menyerang kereta polis itu . Mereka membawa pergi kumpulan Lee dan Norman. Kereta polis itu pula diletupkan sekali dengan mayat-mayat polis .

“Sekarang aku hilang 'anjing' setia sebab kau!” marah 'dia'. Matanya tajam bak helang memandang Zizi.

Zizi dengan keberaniannya membalas kembali tatapan itu.

“Walaupun kau kehilangan anjing , kau taknak kehilangan musuh kau kan?” soal Zizi sambil menaikkan sebelah keningnya.

“Maksud kau?”

“Aku ada terdengar yang orang bawak lari anjing kau tu mention pasal Queen. ” jawab Zizi.

“Queen? ” 'Dia' bersandar pada kerusi. Ada seseorang yang dikenalinya juga dipanggil Queen. Tetapi tak mungkin sebab orang itu serta kembar nya dah mati dihadapannya. Kecuali.....

'Dia' mengukir senyuman lalu ketawa.

“Kau memang lain daripada anak buah aku. Kau ada tugas baru. Cari tahu tentang orang yang bernama Queen ni. Kau anggap tugas ni sebagai hutang kau so lebih baik kau berusaha sikit. Kalau tak, kepala kau berderai. Hahahahaha....” arah 'dia' sambil ketawa jahat.

Zizi tersenyum sinis.

“Tapi aku nak beberapa orang anak buah kau.” minta Zizi.

“Okay, aku akan bagi kau. Kau pun kena pastikan setiap hal yang berkaitan dengan Queen , kau dapat semuanya. Satu lagi, cari mana orang tua tu dengan anak dia berada.” kata 'dia'.

Zizi yang mengetahui siapa yang dimaksudkan oleh 'dia' hanya mengangguk lalu pergi dari situ meninggalkan 'dia' yang tersenyum sinis.

Benci. Obsesi.

Melihat Zizi yang dipenuhi kebencian, dia ketawa gembira. Zizi sama seperti dirinya. Semakin kita terobses dan benci terhadap sesuatu, semakin susah kita untuk kembali..

************************************

Tuk! Tuk! Tuk!

“Devil. Devil ” panggil Felix diluar bilik Elfira.

Elfira yang baru sahaja hendak menuju ke alam mimpi terbangun.

“Ye, nak apa? Kau tahu kan dah malam. Aku mengantuk lahh..” balas Elfira .

“Devil, budak tu pengsan . Mak dia kata budak tu kena pergi hospital .” kata Felix .

Elfira tidak membalasnya.

“Devi-” belum Felix memanggil ketuanya kembali, Elfira terus membuka pintu bilik itu.

“Apa?! Amy pengsan? Sekarang kau pergi panggil Master , kita pergi hospital sekarang.” arah Elfira . Felix mengangguk lalu pergi dari situ.

Elfira pula mengambil jaket kelabunya dan berlari turun ke tingkat bawah.

Dia terus menuju ke arah Amy yang terbaring di atas sofa dengan Puan Waridah disisinya.

“Makcik, bila Amy pengsan ni?” soal Elfira.

“Tadi. Makcik ingat Amy dah tidur tapi dia tak bangun pun bila makcik kejutkan dia.” jelas riak wajah Makcik Waridah yang risau.

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now