Di Crystal Highschool
Kehadiran sebuah kereta yang berwarna hitam berjaya menarik perhatian pelajar yang sampai di sekolah pada pagi itu. Empat orang jejaka yang keluar dari perut kereta itu membuatkan pelajar lain terkejut dan mengundang bisikan pelajar.
“OMG ! Diaorang mari dah.. ”
“Sengsara lah hidup kite”
“Aku harap ni mimpi ”Bisikan itu langsung tidak menarik perhatian jejaka-jejaka itu. Mereka terus berjalan ke arah pejabat dengan wajah mereka yang sentiasa dingin.
Di pejabat
Tuk ! Tuk !
“Masuk ”
“Assalamualaikum, paklong. ” sapa Elvisya dan Elfira dengan senyuman.
“Waalaikumsalam, Visya mana El ? Paklong tak nampak pun.. ”
“Owh.. El kata dia ada hal jap.. Nanti dia datang .” balas Elvisya.
Elfira terus duduk di kerusi hadapan Tengku Mustafa bersama Elvisya.
“Paklong, Kenape nak jumpa ? ” tanya Elfira pelik .
“Paklong nak kate yang nanti ada sekumpulan lelaki datang dekat pejabat ni.. Diaorang tu salah satu pelajar yang digantung sebab membuli ,kacau pelajar perempuan dan tidak menghormati cikgu. Hari ni diaorang kena lapor diri dekat sini.. Paklong nak Visya dengan Ira duduk dekat sofa tu dan perhatikan mereka.. Okay ? ” jelas Tengku Mustafa dengan serius.
“Okay tu memang okay.. Tapi Ira enggak faham.. ” kata Elfira . Terselit Indon nya dekat situ.
“Paklong suruh kita duduk dekat situ diam-diam. Enggak faham lagi ke ? ” sampuk Elvisya selamba.
“Sedap nya mulut Visya perli Ira. Paklong tengok Visya tu... ” adu Elfira dengan wajah cemberut. Elvisya terus menahan ketawa ketika melihat wajah Elfira.
“Visya.. Cukup lah usik Ira tu. Tengok muka Ira, kesian tu. ” tegur Tengku Mustafa sambil menunjuk ke arah Elfira.
Elvisya terus ketawa apabila paklong menegur nya atau lebih tepat lagi mengusik Elfira. Elfira terus duduk di sofa sambil memasang wajah cemberut. Elvisya yang masih ketawa juga duduk di tepi Elfira.
Tuk ! Tuk !
“Masuk ” arah Tengku Mustafa sambil matanya mengisyaratkan supaya mereka berdua senyap.
“Kami nak lapor diri. ” kata salah seorang dari kumpulan itu setelah mereka masuk. Tengku Mustafa hanya mengangguk.
“Nama kamu Zack kan ? Ketua kumpulan Badboy ? ” tanya Tengku Mustafa sambil memandang lelaki yang tinggi daripada yang lain.
“Tak.. Si Aidan yang ketua kumpulan ni ” balas Zack malas.
“Aidan ? ”
“Dia ketua kumpulan kau ? ” sampuk Elvira yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik itu.
“Muncul pun.. Duduk dekat Visya dulu ya El” suruh Tengku Mustafa.
Tetapi Elvira mengambil kerusi lalu duduk di sebelah meja Tengku Mustafa. Dia hanya mengeleng melihat Elvira lalu tersenyum ke arah kumpulan itu.
“Ye.. Dia ketua kumpulan ni tapi dia tidak kena gantung .” balas Zack. Matanya tidak lepas dari memandang Elvira. Elvira yang perasan Zack merenung nya terus melawan renungan itu.
“Kau siapa nak cakap dengan Zack.. Dasar betina..” kata seorang lelaki yang berada di sebelah kiri Zack . Elvira tidak lagi merenung ke arah Zack malah memandang lelaki tadi dengan dingin.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...