Prolog

1K 85 0
                                    

Bang! Bang!

Bunyi tembakan dilepaskan ke arah tangan lelaki itu . "Argh!!" lelaki itu terus mengerang kesakitan . Perempuan yang memegang pistol itu mengukir senyuman yang sinis .
     
  Perempuan itu menuju ke arah lelaki yang sedang terduduk di lantai dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dengan rantai besi . Dia bermain-main dengan pistol itu kemudian...

Bang! Bang!

Lelaki itu tidak bernyawa lagi . Percikan darah ada di merata-rata tempat .

"Bersihkan bilik ini sekarang ! Aku tak nak ada sedikit pun darah pengkhianat ini ada . " arah perempuan itu sambil berjalan keluar dari bilik seksaan yang direka khas oleh kumpulan Black Angelz .

Elvira terus keluar dari penthouse dan menaiki motorbike yang berwarna gold miliknya dengan laju .

Sampai saja di rumah agam , Elvira terdengar jeritan dari ruang tamu lalu terus berlari memasuki rumah itu. "Mama! Papa! Kenapa boleh jadi macam ni .. Hiks" kata Elvira sambil menangis . Betapa terkejutnya dia apabila ternampak tubuh mama dan papanya yang penuh dengan darah di lantai.

Bang!

Elvira terus berlari menuju ke bilik kembarnya selepas terdengar bunyi tembakan dari tingkat atas. "Visya! Ira! Siapa yang serang rumah kita ni?" tanya Elvira kepada Elvisya dan Elfira yang berada di tepi almari sambil memegang pistol . Elvisya hanya menunjukkan jarinya ke arah lelaki yang berbaju hitam dan mempunyai tatu yang berbentuk naga.

"El mana papa dan mama?" tanya Elfira dengan riak muka yang cemas . "Mama.. Papa.. Dah tak ada."tergagap Elvira menjawab .

"El ,tipu kan? ." tanya Elvisya pula, untuk kepastian. Tetapi Elvira tidak menjawab. "Mesti kau tipu kan. Mama dengan papa mesti ada dekat bawah kan ." kata Elfira sambil berlari menuju ke tingkat bawah diikuti Elvira dan Elvisya.

Kaki Elfira terus menuju ke arah jasad Tengku Muzaffar dan Tengku Eliana. "Papa!Mama! Jangan tinggalkan Ira !Bangunlah.." kata Elfira sambil menangis teresak-esak. Elvisya dan Elvira yang memandang jasad mama dan papa mereka juga turut menangis.

'Aku akan balas semula perbuatan kau' desis hati Elvira. Elvisya,Elvira dan Elfira tekad untuk mencari dalang kematian mama dan papanya.

Ni first time author buat prolog so Kalau ada yang tak kena, maaf ya..  Enjoy!!

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now