“Kitaorang BLACK ANGELZ. ”
“B.. Black Angelz? T.. Tak ,kau tipu. Diaorang dah 2 tahun lebih menghilang. ” ujar lelaki itu. Dia undur secara perlahan.Badannya terasa lemah.
“Kau tahu tak satu-satunya kumpulan mafia yang mempunyai ketua kembar tiga, hanya Black Angelz. Dan salah seorang dari nya bermata hazel, iaitu aku ,Queen. ” terang Elvira.
“Kakak kembar mereka yang dikatakan ahli pedang , tu aku, Master. ” sambung Elvisya.
“Well, aku Devil. Salah satu mafia yang kejam. Kau nak tahu kenapa orang panggil aku kejam? Sebab bilik yang kau duduk sekarang ni, tempat aku SEKSA orang seperti kau. ” tambah Elfira sinis.
Lelaki itu terkaku. Wajahnya memandang lantai, dia tidak memiliki keberanian untuk memandang wajah mereka.
Dia teringat tentang JJ yang mengucapkan tahniah kepada nya. Sekarang baru dia faham maksud JJ.
“Kau boleh dikatakan bertuah lah sebab aku dengar yang Black Devil tu kalau ada mangsa semuanya diaorang ambik anggota badan dan dalaman untuk dijual. So pendek kata, mayat kau tak lengkap. ” ujar Elvisya.
Elfira mendekatkan dirinya dengan lelaki itu.
“Queen, Master. Rase nya an, kalau diaorang dapat mamat ni an. Mesti diaorang ambik mata dia. Rugi lah kalau kita tak ambik. ” sungut Elfira.
Lelaki itu meneguk air liurnya. Elfira yang sedang mengambil sebilah pisau yang terletak di kasutnya itu benar-benar menakutkan dia.
“Stop, Devil. Biar kita ‘main’ dulu dengan mamat ni. ” ujar Elvira. Elfira hanya patuh lalu menyimpan kembali pisaunya .
Elvisya mengambil sebilah pedang lalu melempar ia kepada lelaki itu. Elvisya juga mengambil sebilah pedang.
“Ambik pedang tu lepas tu serang aku. ” arah Elvisya. Lelaki itu memandang Elvisya pelik tetapi tak lama, dia tersenyum sinis. Dia merasakan harapan untuk melarikan diri besar.
Dia mengambil pedang itu lalu berlari dengan laju ke arah Elvisya. Elvisya hanya berdiri sambil memegang pedangnya.
Lelaki itu menghayunkan pedang tetapi Elvisya mengelak. Setiap kali lelaki itu menyerang, dia hanya mengelak.
Sehinggalah lelaki itu letih, nafas nya tercungap-cungap. Elvisya tersenyum sinis.
“Giliran aku. ”
Elvisya pantas menyerang lelaki itu. Sasarannya adalah kaki lelaki itu. Lelaki itu mengetahui sasaran Elvisya lalu fokus menghalang serangan itu.
Tiba-tiba Elvisya menukar sasaran. Sasarannya ialah tangan lelaki itu. Lelaki itu tidak sempat menghalang. Jari lelaki itu terpotong.
Dia menjerit kesakitan. Pedangnya terlepas. Elvisya memandang lelaki itu.
“So, tell me. Siapa arah kau? ” soal Elvisya dingin. Lelaki itu diam.
Zapp!
“Argh!! ” Lelaki itu menjerit sekali lagi apabila Elvisya memotong jarinya. Satu persatu jarinya tiada. Darah yang mengalir langsung tidak menghalang Elvisya.
“Aku tanya lagi. Siapa arah kau?”
soal Elvisya.“A..aku tak akan beritahu. ” jawab lelaki itu . Tangannya yang kehilangan jari itu dipegang erat. Elvisya mengeleng. Degil tul...
“Aku tahu sebab apa kau tak nak kata.. Mesti ‘dia’ ugut kau an.. ” teka Elvisya. Lelaki itu terdiam walaupun dalam fikirannya banyak soalan yang memerlukan jawapan yang tepat.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Azione#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...