Siapa yang menyangka
seseorang menanggalkan satu persatu
tubuhnya selepas lelah berpura-pura
lalu menggantungkannya di dinding malam yang bersetubuh dengan embun
Siapa yang menyangka
seseorang melembabkan malam-malam
selepas lelah memasang musim-musim kering di matanya
saban siang
Suak Merambai, 10 April 2021
KAMU SEDANG MEMBACA
Sebelum Malam-Malam Tanggal
PoetrySeketika aku semacam gigil dedaunan yang bergeletuk direngkuh embun, dan kau tangkai-tangkai waktu kering; terpanggang musim-musim hilang yang panjang.
