"Mak, doakan Hani ya".Aku pantas menundukkan wajah sewaktu bersalam, lalu mencium tangan mak tanda hormatku pada dia.
Sejuk terasa di belakang kepala bila tangan kiri mak mengusap lembut, tanda kasih pada aku.
Usai bersalam, aku pantas memeluk mak. Sedih dan rasa bersalah terbit dalam hati bila mengenangkan mak bakal tinggal seorang diri di Johor, sedangkan aku dan Adi jauh di Kuala Lumpur.
"Iya.. Mak doakan... Semoga Hani lebih berjaya dan gembira kat KL nanti. Dekat dengan keluarga, kerap balik jumpa mak ayah tau! Jangan risaukan mak... emak okay je kat sini... awak berdua tu jaga diri."
Aku terpegun seketika kerana emak dapat membaca isi hati aku.
"Ye mak... Tapi kalau tiba-tiba terasa nak ikut orang pindah KL, mak bagitau... orang terus sewa lori!"
Adi memang suka menutup sedih hati dengan gurauan dan jenaka. Mana mungkin dia tidak sedih meninggalkan emak keseorangan.
Tapi emak hanya senyum nipis.
"Mak nak habis hayat kat rumah sendiri".Jawapan bernoktah dari emak.
***********
"OK, kunci ada 3. Satu untuk pagar. Satu untuk pintu. Dan last ni untuk pintu dapur". Amy sengih lebar sambil menghulur kunci ke tangan aku.
"Kunci tingkap bilik kot emergency nak lari terjun, takde ke Amy?"
Aku dan Amy ketawa besar kerana masing-masing teringat memori hari pertama berpindah masuk ke rumah di JB.
"Amy happy betul Hani setuju pindah sini!". Wajah gembira Amy memang tak dapat nak diselindung.
Amy adalah antara sebab utama aku terima cadangan Adi untuk sama-sama berpindah dan menetap di KL. Amy sememangnya kawan yang layak digelar sahabat. Setia pada persahabatan dan sentiasa menyokong tak kira masa.
"Korang memang nak settle down berdua kat sini ke?" soalan bernada serius dari Amy. Jarang juga Amy mahu bertanya soalan peribadi bila berbual santai begini.
"Buat masa ni, Hani dengan Adi cuma nak stay together, tak nak lagi dalam LDR". Aku cuma jawab apa yang patut.
"So, bila Hani nak start cari kerja?" sekali lagi soalan peribadi Amy tujukan pada aku.
Keadaan ekonomi yang semakin memulih dapat dilihat apabila sektor pelancongan mula kembali mendapat perhatian. Staycation di hotel pada hujung minggu sekitar KL mula menjadi trend dan impak positif terhadap pemain industri kian dirasai.
"Dah mula hantar resume. Ada juga kenalan dari tempat kerja lama share job vacancies... City hotel banyak kat KL ni. InsyaAllah, Hani cuba apa yang mampu".
Memang aku tak nafikan pengalaman kerja di resort sedikit berbeza dari hotel di tengah bandar. Dan pastinya aku akan rindu pada laut, ombak, sunset, sunrise, pasir pantai, pokok kelapa melambai, bau air laut, damai setelah monsun, hujan lebat waktu monsun, bendera merah sepanjang pantai....
"Hani... jauhnya termenung..." sapaan Amy membawa aku kembali dari lamunan.
"Kalau Hani tak dapat kerja buat masa ni pun tak apa... tak payah risau lah... Amy confident Adi tu boleh je nak tanggung Hani..." Amy gelak sambil menepuk bahu aku.
"Eh... Hani bukan jenis yang duduk rumah semata tunggu laki balik, okay...." aku mencebik tidak bersetuju dengan statement Amy.
Tapi Amy gelak makin kuat, makin galak. Dah datang dah penyakit gelak sorang si Amy ni...
"Laki, ehhhhh?" Muka Amy memang menganjing tahap dewa.
Aku terkesima. Baru tersedar yang aku gunakan terma 'laki' untuk merujuk Adi. Shit!
"Betul la tu... tanggungjawab laki bagi nafkah... makan... pakai..." Amy sambung tapi sengih menganjing masih belum habis.
"Seronoknya sembang... dengar gelak sampai ke dapur...."
Suara dari belakang menyapa. Suara Adi. Dan tuan badan tu kemudian duduk di sebelah aku sambil buat muka excited nak join berborak."Beb, zakat fitrah tahun ni kau bayar berapa?" Amy dan pop quiz dia yang tak pernah ada timing.
"Apa ke random betul soalan kau ni, Amy?". Dahi Adi berkerut teruk.
"Zakat fitrah tahun ni kau kena tambah bayaran untuk 1 kepala lagi" Amy mengenyitkan mata memberi isyarat. Aku tak nak bagi respond pada Amy.
"Oh.. aku memang bayarkan untuk Hani. Tahun sebelum ni pun aku bayar. Online kan...". Adi jawab santai macam tak ada perasaan pun. Aku kat sebelah dah nak separuh pengsan menahan malu.
Kitorang tak pernah ada discussion bab macam ni... aku tak pernah tahu Adi bayarkan zakat fitrah untuk aku...
"Entah, kadang tak sedar... terasa macam aku ni laki dia pulak".
Korang dah boleh bayangkan macam mana Amy gelak bila dengar pengakuan Adi ni kan?
"Sayang, kalau you tak dapat kerja dalam masa terdekat, it's okay... I am more than happy to take care of every expense you have".
Aku mati ayat!

YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...