PROLOG

38.2K 357 14
                                    

"Ayla, sini kejap" panggil Datin Alina kepada anak kesayangannya Ayla Humairah.

"Kejap bu, Ayla siapkan kerja dulu"sahut Ayla Humairah sambil bertungkus-lumus menyiapkan tugasan sekolahnya. "Siap pun"

"Ada apa ibu?" Tanya Ayla.

"Petang nanti ada orang nak datang rumah, nak masuk meminang" terang  Datin Alina.

"Amboi ibu nak kawin lagi ke?" Gurau Ayla.

Pak!!  Datin Alina menepuk kuat paha Ayla.

"Apa pula ibu, nak kena dengan ayah ke cakap macam tu?" Marah Datin Alina.

"Ish ibu ni, tu pun nak marah. Sorry lah ibu" adu Ayla sambil menggosok² pehanya.

"Hah sebut nama ayah mengumpat ke ?" Sergah Datuk Ahmad. Ayla terus berdiri mendapatkan ayahnya.

"Ayah, ibu cakap petang nanti ada orang nak datang masuk meminang ibu" terang Ayla Humairah sambil melirik manja ke arah Datin Alina.

"Eh apa pula isteri ayah nak dipinang, kamu lah yang akan dipinang" ucap Datuk Ahmad lalu duduk di sisi Datin Alina.  Datin Alina pula terus tersenyum mengejek kearah Ayla.

"Apa ni ayah. Orang muda lagilah nak dipinang ni" rungut Ayla. Yelah tahun ni baru nak ambil spm. Ada ke patut dah ada orang berkenan. Siapalah yang buta tu. Ehh tak tak. Ayla kan cantik mestilah orang berkenan kan.

"Haa termenung. Berangan lah tu" cuit Datuk Ahmad.

"Ayah ni, orang serius tau. Ayla nak enjoy macam remaja lain" Ayla terus memuncung.

"Bukannya kahwin terus, diorang nak risik-risik, kenal dengan Ayla dulu" pujuk Datin Alina.

"Tapi ibu, Ayla tak nak"rayu Ayla Humairah.

"Selama ni ibu beri jer apa Ayla nak, permintaan ibu cuma satu ni jer. Ayla tak boleh tunaikan ke?" Pujuk Datin Alina lagi.

"Tapi kenapa?" Tanya Ayla memandang ke arah raut wajah ayah dan ibunya.

"Ayah dengan ibu dah tak sayang Ayla ke sampai nak kahwinkan Ayla?" Tanya Ayla dengan suara menahan tangis. Datin Alina terus memeluk Ayla.

"Sebab kami sayangkan Ayla lah ibu dan ayah nak satukan Ayla dengan dia"pujuk Datin Alina lagi sambil mengusap belakang Ayla.

"Okay Ayla setuju tapi Ayla nak letakkan syarat buat bakal suami Ayla nanti" kata Ayla tenang. Dalam fikiran pula merancang pelbagai plan.



🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃



"Siapa?" Tanya Luth Uwais.

"Anak kawan mama, Luth mesti akan suka punya" kata Puan Salmah tenang.

"Kenapa Luth nak kena terima pilihan mama pula? Kalau Luth cakap yang Luth dah ada pilihan hati sendiri?" Duga Luth Uwais.

"Sebab syurga di bawah tapak kaki mama, yang mama minta Luth buat ni pun tak salah di sisi agama. Dan sebab mama tahu Luth tak ada pilihan hatilah mama nak jodohkan Luth dengan anak kawan mama tu" terang Puan Salmah tenang.

"But, Luth dah besar ma, kalau mama nak, Luth boleh bawa pilihan Luth jumpa mama" rungut Luth.

"Luth dah besar pun Luth tak boleh nak bezakan mana betul mana salah. Mama cuma nak yang terbaik untuk anak mama. Luth jangan cuba-cuba nak gagalkan perkahwinan ni dengan bawa perempuan bukan-bukan datang jumpa mama. Luth ingat mama tak tahu yang Luth still buat benda tu lagi?" Tanya Puan Salmah.

"Okay fine. Luth setuju tapi jangan menyesal kalau perempuan yang mama pilih tu komplen yang Luth layan dia macam sampah!" Tengking Luth tanpa sedar. Puan Salmah terus terduduk mendengar tengkingan Luth Uwais.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now