"Ayla okay? Ada rasa nak apa-apa tak?" Tanya Puan Salmah pada Ayla yang baru sedar pagi tadi. Cukup seminggu Ayla mengalami koma akhirnya Ayla kembali normal dan pagi tadi Ayla dah sedar.
"Tak mama. Ayla okay" jawab Ayla sambil tersenyum. Luth yang sedang tersengih-sengih melihat dia dari sofa itu dijelingnya tajam.
"Nanti Ayla dah sihat. Ayla duduk dengan mama ya? Biar mama jaga" kata Puan Salmah. Risau jika pisang berbuah dua kali. Lagipun setakat ini semua tertuduh sudah ditangkap kecuali Sarah. Polis masih tidak menjumpai kedudukan Sarah.
"Tengoklah macam mana. Ayla nak duduk sendiri" perlahan Ayla berkata.
"Tanpa abang Luth" pantas Luth berdiri tegak. Senyuman juga menghilang.
"Ayla cakap apa ni sayang? Jangan fikir bukan-bukan ya" pujuk Puan Salmah. Takut Ayla dipengaruhi emosi ibu mengandung dan berfikir di luar fikiran.
"Ayla sayangkan mama, tapi Ayla dah tak nak hidup macam ni" air mata mulai bertakung.
"Ayla.." sayu Puan Salmah seakan-akan faham apa yang di maksudkan Ayla nak berpisah dengan Luth ke ni?
"Ayla tak nak hidup dengan abang Luth lagi. Ayla putus asa. Ayla terseksa duduk dengan orang yang tak cintakan Ayla" tangis Ayla. Puan Salmah ikut mengalirkan air mata.
"Sayang, apa sayang cakap ni? Abang sayangkan sayang" pujuk Luth. Tangan Ayla cuba dicapai tapi pantas ditepis Ayla.
"Abang selalu cakap abang sayang tapi abang tak pernah cakap abang cintakan Umai. Umai dah tak nak jadi bodoh. Umai dah banyak kali bagi abang peluang tapi abang tak pernah hargai Umai" tangis Ayla semakin kuat. Tidak dipedulikan Puan Salmah yang masih berada di situ.
"Kalau pasal gambar tu sayang nak berpisah abang minta maaf. Memang abang yang dalam tu, tapi itu bukan macam yang sayang fikirkan. Abang tak akan lepaskan sayang" rayu Luth lagi.
"Ni bukan pasal gambar tu. Kalau gambar tu tak ada pun Umai tetap nak tanya abang, abang cintakan Umai atau tak? Abang tak boleh jawabkan? Sebab abang tak cintakan Umai, abang tak pernah percayakan Umai! Umai dah buat semuanya untuk abang. Abang nak Umai balik ikut abang Umai dah buat. Abang nak Umai berhenti belajar pun Umai buat. Tapi abang tak pernah hargai Umai. Umai dah letih nak dengar janji abang, Umai letih nak dengar maaf abang" marah Ayla tersedu-sedu.
Luth diam membisu.
"Baby macam mana sayang? Kalau Ayla pisah dengan Luth baby macam mana?" Tanya Puan Salmah sayu. Dia berharap Ayla mengubah fikirannya demi anak dia dan Luth.
"Ayla tak akan halang mama dan abang Luth jumpa baby. Kalau mama nak baby duduk rumah mama pun Ayla tak kisah. Tapi Ayla minta maaf Ayla dah buat keputusan Ayla nak berpisah dengan abang Luth" rayu Ayla bersungguh-sungguh. Tidak dipedulikan Luth yang berwajah sugul itu.
"Mama setuju" kata Puan Salmah perlahan. Pantas Luth memandang ke arah Puan Salmah.
"Mama dah anggap Ayla macam anak mama sendiri. Mama tak nak anak mama ni sakit bila terpaksa hidup dengan orang yang tak cintakan anak mama ni" Puan Salmah memeluk tubuh Ayla erat.
Luth terkaku mendengar kata-kata Puan Salmah. Dia tidak mahu berpisah! Dia sayangkan Ayla!
Luth keluar dari bilik wad itu tanpa kata. Kecewa di hati usah dikata.
Petang itu selepas Puan Salmah pulang. Ibu dan Ayah pula tiba. Ayla terus memaklumkan keputusannya itu kepada kedua ibu bapanya. Tapi mereka membantah sekeras-kerasnya.
Perpisahan bukanlah jalan yang terbaik!
"Dulu waktu ibu dan ayah paksa Ayla kahwin. Ayla ikut cakap ibu ayah sebab Ayla fikirkan pilihan orang tua selalunya yang baik. Ayla ingatkan Ayla akan bahagia dan Ayla tak nak jadi anak derhaka. Tapi kali ini Ayla tak akan dengar cakap ayah dan ibu lagi. Bukan ibu dan bukan ayah yang terseksa bila tahu suami Ayla tak pernah sekalipun cintakan Ayla. Ayla dah tak nak duduk diam memberi peluang yang tak pernah dihargai. Ayla bukan patung, Ayla ada hati dan perasaan. Kalau dulu Ayla terpaksa ikut pilihan ayah dan ibu. Kali ini bagi lah Ayla buat pilihan sendiri" rayu Ayla. Dia sudah nekad.
"Kamu muda lagi nak jadi janda Ayla. Tak terfikir apa yang orang sekeliling akan cakap? Tak terfikir macam mana hidup anak kamu nanti?" Marah Datuk Ahmad.
"Ayah risaukan pandangan orang lain terhadap anak sendiri? Habis Ayla? Ayah nak hancurkan hidup Ayla ke? Ayah tak sayangkan Ayla ke ayah? Ayla tak kisah jadi janda di usia 19 tahun asalkan bila jadi janda nanti Ayla happy, Ayla hanya akan fikirkan kemahuan, kebahagiaan Ayla dan anak Ayla sahaja. Ayla dah tak perlu fikir macam mana nak puaskan hati semua orang lain!" Tangis Ayla kuat. Kenapa ayah tak faham dia?
"Abang dah lah tu" pujuk Datin Alina. Dia kasihan melihat anaknya ini. Ayla anak yang baik, tidak pernah pun membantah mereka dan ini kali pertama dia melihat Ayla berkeras hati.
"Apa? Awak patut nasihatkan anak awak tu, jangan suka buat keputusan tanpa berfikir" marah Datuk Ahmad. Tangisan Ayla semakin kuat mendengar amarah Datuk Ahmad.
"Sebab dia dah berfikir lah dia buat keputusan macam ni abang. Kita tak tahu apa yang dah jadi sepanjang perkahwinan Ayla, masuk kali ini dah dua kali Ayla masuk hospital. Semuanya sebab menantu abang tu. Abang nak tunggu anak kita mati dulu baru abang nak dengar cakap dia?" Kata Datin Alina lembut. Dia tahu kalau dia ikut marah-marah. Keadaan makin kacau.
"Tapi anak kita akan jadi janda nanti. Di usia yang muda pula tu. Abang tak nak orang-orang fikir yang bukan-bukan pasal anak abang" kata Datuk Ahmad.
"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting kita tahu siapa anak kita. Kalau abang takut anak kita jadi bualan orang sebab jadi janda, abang kena ingat balik siapa yang beria-ria setuju nak kahwinkan anak kita masa dia baru sahaja berumur 17 tahun. Semuanya salah kita abang. Jadi tolong kali ini fikirkan pasal Ayla, tak payah fikirkan pasal orang lain" rayu Datin Alina.
Akhirnya Datuk Ahmad menganggukkan kepalanya. Wajah sendu Ayla dipandang. Anak manjanya Ayla.
Tanpa mereka sedari ada sepasang telinga yang mendengar perbualan mereka.
Adakah ini pengakhiran kisah dia dan Ayla? Air mata yang jatuh ke pipi tidak dihiraukan. Pantas dia meninggalkan hospital itu.
Vote☘️
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...