PH 42 - Birthday

6.4K 189 30
                                        

Ayla tersenyum lebar melihat hadiah yang siap dibungkusnya didalam kotak hadiah berbentuk segi empat tepat. Kotak kecil dan memanjang. Tapi isinya bakal jadi yang paling bermakna dalam hidup Luth dan dirinya sendiri.

Kotak itu disimpan di almari belakang cermin meja solek.

Ring!!

Ayla tersenyum mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum Am, okay tak semua?" Tanya Ayla teruja.

"Okay. Tinggal tunggu kau datang ambil ni. Nasib baik sempat ubah bentuk kek ni. Oh ya, tempat pun dah siap hias. Kalau kau nak datang tengok boleh juga" terang Amran.

"Takpalah, nanti aku datang dengan suami aku terus. Pastikan kosong tau tempat tu. Aku nak beromantik dengan suami aku, kau jangan intai tau!" Ayla terkekek ketawa. Terbayang macam mana romantiknya mereka malam itu.

"Tak hingin aku nak intai kau. Lainlah kalau kau datang seorang, bukan setakat intai, aku duduk semeja dengan kau terus" usik Amran.

"Tak sempat kau duduk aku dah blah dari situ weh" balas Ayla mesra.

Kedua-dua mereka ketawa besar.

"Dahlah, aku nak sambung kerja ni" pamit Amran.

"Okay, nanti roger-roger" kata Ayla.

Ayla tersenyum-senyum membayangkan keadaan nanti.

Baru sahaja Ayla mahu meletakkan telefonnya, telefon itu kembali berdering. Kali ini dari Luth.

"Sayanggggg" sapa Luth meleret.

"Apa" sengaja Ayla buat-buat beku.

"Apa, apa?" Tanya Luth hairan.

"Abang nak apa call Umai?" Tanya Ayla menjongketkan kening.

"Abang rindu ni" kata Luth meleret-leret.

"Eleh, rindu konon. Abang, nanti malam kita makan luar nak?" Ajak Ayla.

"Dah kenapa nak makan luar?" Tanya Luth sambil tersengih-sengih.

"Sayang teringin nak makan lamb chop lah abang" kata Ayla sambil tersengih-sengih.

"Hmm, yalah. Sayang tak ada nak cakap apa-apa dengan abang?" Tanya Luth spontan. Kawan-kawannya sudah riuh mengucapkan selamat hari lahir. Tapi satu patah ucapan dari Ayla pun belum keluar.

"Hmm macam tak ada. Kenapa?" Usik Ayla bersahaja.

'Ada abang. Malam ni'

"Betul ni tak ada? Cuba ingat betul-betul" gesa Luth. Frust lah macam ni! Ayla tak ingat hari lahir dia.

"Hari ni hari Rabu kan? Tak adalah abang" kata Ayla tersengih-sengih.

"Takpalah kalau macam tu. Petang nanti sayang nak abang ambil jam berapa" tanya Luth sayu. Sampai hati Umai.

"Ayla jalan sendiri lah. Kita jumpa dekat restoran tu. Nanti Ayla text abang alamat ya" kata Ayla bersungguh-sungguh.

"Tak bahaya ke? Abang ambil sayang kat rumah lah" pujuk Luth lagi.

"Tak, Ayla dah book grab dah. Kita jumpa dekat situlah ya. Okay abang?" Pujuk Ayla lagi.

"Okay, sayang hati-hati tahu" pesan Luth, walaupun kecewa sikit dia tetap risaukan Ayla.

"Okay abang. Abang jangan lupa tahu" pesan Ayla pula.

Luth mematikan panggilan. Nafas dihela perlahan. Entah mengapa dia merasa kecewa apabila Ayla tak ingat hari lahir dia. Contact di telefon diskrol-skrol.

Mata terpaku pada sepatah nama.

'Sarah'

Sarah pun belum ada call dia langsung. Dari kejadian Sarah dikerjakan Ayla, Luth langsung tidak mendengar khabar Sarah.

Nonbor Sarah di call. 3 kali tetapi masih tidak bersambut. Tiba-tiba hati berdetak laju.

'Sarah tak apa-apa kan?'

Nombor Kamal pula di call.

"Hello bro, pehal call aku ni?" Sapa Kamal terlebih dulu.

"Takda apa-apa pun. Saja lah nak call kau. Kau tak ada nak bagi aku hadiah ke?" Usik Luth.

"Ceh, mintalah kat Ayla" usik Kamal.

"Mengada lah kau. Dia mana ingat birthday aku" perlahan dia mengadu.

"Ohh, frust lah ni? Isteri tak bagi hadiah?" Terkekek Kamal ketawa.

"Mana ada lah. Ni aku nak tanya, Sarah ada call kau tak?" Tanya Luth terus terang.

"Tak adalah pulak. Kau tak tahu ke?" Tanya Kamal terkejut.

"Apa?" Jantung Luth berdetak hebat.

"Sarah dah lama tak datang kerja" kata Kamal. Mereka juga bingung hendak memcari Sarah di mana.

"Kau biar betul? Tak kanlah dia berhenti sesuka hati dia saja?" Tanya Luth tidak percaya.

"Yalah, kau ingat aku ada masa ke nak tipu kau?"

"Oklah, aku ada meeting ni" dalih Luth. Cepat-cepat dia mengemas meja.

Kunci kereta diambil. Nombor Sarah tidak henti-henti dia hubungi.

Ayla pula begitu teruja menanti Luth. Jam di tangan dilihat. Baru pukul 8 malam. Kejap lagi sampai lah tu.

Perutnya pula diusap perlahan. Bibir tidak putus-putus mengukir senyuman manis.

Tok!! Tok!!

Pintu apartment Sarah di ketuk kuat. Sudah lama dia berdiri di situ tetapi tiada balasan.

"Sarah, you kat dalam ke? Buka pintu ni" panggil Luth kuat.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka dari dalam. Bagai mahu tersembul matanya melihat keadaan Sarah.

"Sarah.. you.." dia berdiri kaku memandang Sarah. Apa semua ni?

"Luth.. akhirnya you datang.." bibir pucatnya menguntum senyum.

"Sarah you..??" Luth memandang Sarah tidak percaya.

"Baby kita" Sarah mencapai tangan Luth.
















































Vote☘️

PILIHAN HATI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang