PH 46 - Rahsia

6.8K 195 17
                                    

"Luth!" Sapa orang itu terkejut.

Luth mengerutkan kening. "Kau kenal aku"

"Kau ab..abang Salina kan? Tak kau ex boyfriend Sarah kan?" Tergagap-gagap dia berkata.

"Kau siapa? Buat apa dekat sini?" Tanya Luth terus. Hairan. Siapa pula lelaki ini?

"Aku David. Alang-alang kau ada dekat sini. Aku nak minta tolong kau. Bebaskan aku dari pertuduhan tu. Semua tu Sarah yang plan. Saya memang salah sebab terhasut" rayunya. David sudah melutut di depan Luth. Dia tidak menyangka bahawa rahsia di sebalik kematian Salina terbongkar. Malahan satu negara tahu. Dengan gambar mukanya yang terpampang, rosaklah hidup dia.

"Kau cakap apa ni?" Luth mengetap gigi kuat.

"Salina. Aku yang rogol dia, bersama kawan-kawan yang lain. Tapi sumpah bukan aku yang bunuh" jujur David.

Dush!!

Penumbuknya hinggap di muka David. Bukan sekali tapi berkali-kali.

"Siapa yang bunuh?"

"Sa.. Sarah" Luth menumbuk muka David lagi. Sungguh dia menyangka Sarah hanya penyebab kematian adiknya. Rupanya Sarahlah pembunuh.

"Pukullah, tapi tolong maafkan saya. Isteri saya baru melahirkan" David merayu-rayu di kaki Luth. Sungguh dia menyesal dengan apa yang dah jadi.

"Kau ada bukti Sarah pembunuh tu?" Tanya Luth.

"Ada, aku ada rakam. Sebagai bukti yang dia bersalah. Aku nak gunakan kalau dia meletakkan kesalahan pada aku, tapi aku lebih memilih nak minta tolong kau. Bebaskan aku. Aku sayangkan isteri aku, kesiankan anak bini aku" David menyerahkan sekeping microcip kepada Luth.

"Aku tak tahu siapa yang sebarkan kes tu. Tapi aku mungkin cuma boleh tolong kau kurangkan hukuman" kata Luth. Dia sendiri masih tertanya siapa yang menyebarkan hal kematian Salina.

"Aku setuju. Yang penting saya tak nak tinggalkan isteri saya lama-lama. Saya dah menyesal, tolong saya Luth" rayu David lagi. Luth hanya mengangguk.

"Sarah pregnant. Tak tahulah anak siapa" kata Luth memaklumkan kepada David. Mana lah tahu dia bapa budak tu.

Serta merta David berdiri. Terkejut!

"Pregnant?" Tanyanya terkejut.

"Ya. Sebab tu aku dekat sini. Aku kesian kan dia" terang Luth.

"Mustahil" David menggelengkan kepalanya.

"Kau dah kenapa? Perut dia dah besarlah. Tak percaya pergi tengok dekat dalam" Luth menjulingkan mata.

"Dia tak boleh mengandung dia dah ikat peranakan dia. Saya yang bayarkan kos tu dulu" terang David masih terkejut.

Luth juga terkejut besar. Habis tu perut dia dah besar macam belon?

"Aku tak tahu. Dia cakap dia pregnant. Kau pergilah tengok dia. Aku nak balik jumpa bini aku" Luth terus meninggalkan tempat itu.

Dalam kepalanya hanya Ayla, Ayla, Ayla.













.

.

.



                Ayla mundar mandir di dalam ruang tamu itu. Jam baru pukul 3 petang. Luth tak balik lagi.

Bunyi kereta diluar menyentakkan dia cepat-cepat dia mengintai di jendela rumah. Bukan kereta Luth.

Tudung sarung dicapai. Cardigan juga di pakai.

"Weh, beruk kau kat mana?" Jerit seseorang. Pantas Ayla membuka pintu.

"Am!" Terjerit Ayla.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Ayla hairan.

"Aku ada bawa makanan ni. Kau tak makan lagi kan?" Tanya Amran.

"Apa kau ni. Macam tahu-tahu jer" rungut Ayla. Dia memang belum makan dari pagi tadi. Dia bukannya reti masak. Lagi-lagi dia tidak berselera memikirkan Luth.

"Dah dia anak papa Am, tadi dia telepati cakap dia lapar" usik Amran.

"Mengadalah kau ni" Ayla menjeling.

"Ni nak bawa ke dapur ke?" Tanya Amran.

"Ehh, jangan. Suami aku tak ada. Duduk depan ni sajalah" Ayla terus menutup pintu rumah.

"Alah, baru nak masuk. Bolehlah kita kena tangkap khalwat" selamba Amran berkata.

"Adoii sakitlah" Amran mengadu apabila Ayla memukul kepalanya kuat.

"Tak hingin aku. Kau dahlah tak hensem" kutuk Ayla.

"Kau kutuk-kutuk aku. Kang terkenan kat anak kau. Tak pasal-pasal meletus perang dunia ke-3" rungut Amran.

"Kenapa pula?" Pelik Ayla.

"Nanti anak kau ada iras-iras aku. Hah, apa kata laki kau?" Usik Amran.

"Kau ni kan. Kau pernah makan kasut tak!" Jerit Ayla. Geram.

"Daripada makan kasut, baik kita makan makanan yang aku bawa ni. Nak pinjam pinggan kau boleh? Dengan sudu sekali" kata Amran tersengih-sengih.

"Mengada lah kau ni. Tunggu sini tahu" pesan Ayla.

Ayla bangkit mengambil pinggan dan sudu. Telefon yang tertinggal di sofa turut di bawa.

"Nah" hulur Ayla.

Telefonnya dilihat. Tiada panggilan dari Luth. Nafas dihela perlahan.

Amran yang melihat merasa kesian. Apalah nasib kahwin awal.

"Weh, kawan kau dulu si Siti rambutan dekat mana sekarang?" Tanya Amran.

"Siti rambutan? Siti Rapiah ke?" Tanya Ayla kembali.

"Haah dia lah. Siapa lagi" kata Amran malas.

"Siti lah. Apalah kau ni. Tak baik cakap macam tu. Nama dia dah cantik-cantik kau pergi panggil dia rambutan. Dia bukan buah lah" bebel Ayla.

"Kalau ibu-ibu memang kuat membebel ke?" Sindir Amran.

"Kau kalau tak cari gaduh dengan aku tak boleh ke? Suka buat aku marah" rajuk Ayla. Entah mengapa dia merasa dia sangat sensitif mungkin sebab dia pregnant?

"Yalah-yalah. Sorrylah. Ni kau tahu tak Siti dekat mana? Dah kahwin ke belum?" Risik Amran. Pinggan yang sudah berisi makanan dihulur kepada Ayla. Dengan pantas Ayla membaca doa sebelum makan.

"Siti sambung tingkatan 6. Kalau kahwin rasanya belum lagi, kalau boyfriend pula tak pasti ada ke tak" kata Ayla dengan mulut penuh.

"Gelojoh lah kau ni. Telan dulu baru bercakap" tegur Amran.

"Sorry. Kenapa kau tanya?"

"Dia block aku. Aku tak dapat contact dia. Aku tukar nombor tapi lupa pula nak salin nombor dia" terang Luth sambil menikmati masakannya itu.

"Block? Kenapa?" Tanya Ayla hairan.

"Lepas kami clash dia block lah aku"

"Apa! Uhuk! uhuk!" Ayla terbatuk-batuk. Terkejut. Dadanya seakan menyempit. Amran bangkit menepuk belakang Ayla.

"Weh, kau okay tak ni? Terkejut sangat dah kenapa?" Bebel Amran. Tangannya masih menepuk belakang Ayla.

Ayla pula menggenggam lengan Amran kuat. Dia seakan-akan tak boleh bernafas.

"Tepi" Luth menolak tubuh Amran. Ditepuknya belakang Ayla lalu dihulurkan air.

"Abang" Ayla masih terkejut batuknya mereda.






































Vote☘️

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now