PH 35 - Luka

7.2K 216 26
                                        

Luth melihat Ayla yang sedang tertidur di atas sofa di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mendekati Ayla. Sepasang stokin dipasangkan pada kaki Ayla.

Kaki melangkah ke arah dapur. Dilihatnya makanan di atas meja yang tidak terusik. Dengan pantas dia memanaskan makanan itu.

'Ayla tak makan lagi' desis hatinya.

Apabila selesai dia memanaskan makanan itu, dia meletakkan makanan itu ke dalam dulang dan dibawa ke ruang tamu.

"Umai, bangun. Jom makan dulu" ajak Luth. Ditepuknya pipi Ayla perlahan. Wajah tenang Ayla dilihat. Dilabuhkan kucupan ringkas di pipi Ayla itu.

"Umai" panggil Luth lagi.

"Ermm, nak apa?" Tanya Ayla mamai. Tangannya naik memeluk leher Luth. Luth tersenyum nipis. Ayla comel.

"Sayang" panggil Luth lagi. Dibiarkan saja tangan Ayla yang melingkar di lehernya.

Perlahan-lahan Ayla membuka matanya. Pantas ditolak Luth supaya menjauhinya. Beraninya Luth memeluk dia!

"Abang dah kenapa nak peluk Ayla" marah Ayla. Dijeling Luth tajam.

"Sayang ni, suka jeling-jeling abang. Dari dulu sampai sekarang tak berubah" kata Luth sambil tersenyum. Tangannya yang ditolak Ayla apabila dia hendak mengusap rambut Ayla dibiarkan.

"Abang pun sama. Dari dulu tak berubah. Tetap bagi harapan yang tak pasti pada Ayla" serta merta senyuman Luth memudar.

"Dah lah, jangan marah-marah depan rezeki. Tak baik, jom makan" Luth mencapai mangkuk yang terisi sup ayam itu.

"Orang boleh makan sendiri kan" tolak Ayla apabila Luth hendak menyuapnya.

"Bagi lah abang urus isteri abang ni" pujuk Luth.

"Ayla cakap Ayla nak makan sendiri kan?" Tajam mata Ayla merenung ke arah Luth. Tak faham bahasa ke?

"Okay makan, biar abang pegang mangkuk ni" sudu dihulur kepada Ayla. Ayla mengambil kasar. Keras kepala sungguh.

Luth hanya merenung wajah Ayla yang sedang menjamu selera itu. Dah lama tak tengok muka Ayla.

"Nanti Ayla sambung belajar dekat mana?"

Ayla memandang wajah Luth sebelum meletakkan sudu itu ke dalam mangkuk. Menyibuk! Dengan pantas dia berdiri. Baru sahaja dia mahu berjalan Luth menarik tangannya sehingga dia terduduk di peha Luth.

Dengan perasaan marah Ayla berdiri dengan kasar. Tak semena-mena sup di tangan Luth tertumpah.

"Auch" bergegas Luth meletakkan mangkuk itu di atas meja sebelum menghilang mencari singki. Ayla mengikuti langkah Luth. Risau.

Luth mencuci tangan di singki sebelum dilapnya dengan tisu. Ditiup-tiup luka di tangannya itu. Luka yang terhasil kerana menumbuk dinding macam orang gila. Pekena pula sup panas, habis merah-merah.

Baru sahaja dia mahu keluar dari dapur itu dia terhenti apabila melihat Ayla yang berdiri diambang pintu.

Tanpa kata Ayla berjalan ke kabinet lalu mengambil first-aid.

"Buat apa dekat situ, sini duduk" tegas Ayla apabila Luth masih berdiri kaku di depan singki.

"Cepatlah" gesa Ayla lagi. Perlahan-lahan Luth melabuhkan duduk di atas kerusi itu.

Ayla menarik tangannya perlahan. Berkerut keningnya melihat luka itu.

"Kalau sayang geli, abang boleh buat sendiri" senyuman nipis dihulur. Pantas Ayla menjeling. Dia melihat kotak first-aid itu.

"Tu, botol dettol tu. Guna kapas" tunjuk Luth. Comel pula gelagat Ayla. Ayla menjeling Luth tajam. Ingat dia tak tahu ke?

Perlahan-lahan Ayla membersihkan luka itu.

"Kenapa luka macam ni?" Tanya Ayla.

"Lukalah, dah takdir" dengan pantas Ayla menjeling.

"Orang tanya betul-betul kan? Tu pun payah nak jawab" geram Ayla. Jangan ingat dia buat macam ni, dia dah maafkan Luth.

"Betul tak apa-apa" Luth tersenyum nipis. Ayla risaukan dia.

"Sayang"

"Ya"

"Sayang" Ayla terus memandang Luth tajam. Mengada-ada kan.

"I'm really sorry" Luth memeluk pinggang Ayla menggunakan sebelah tangannya. Serta merta Ayla ingin menjauhi Luth. Ingat sesenang abc? Jangan harap!

"Jangan macam ni yang. Abang tahu abang betul-betul salah kali ni. Abang tak tahu nak buat apa untuk dapatkan kemaafan dari sayang" Sayu Luth berkata.

"Senang saja kan. Pada abang buat salah minta maaf, buat lagi minta maaf lagi. Habis yang saya ni? Dahlah kena tuduh, saya rasa saya ada minta maaf walaupun bukan salah saya, tapi apa yang saya dapat? Abang tak pedulikan pun. Abang tak hiraukan saya berbulan. Abang buat apa selama tu? Bila dapat tahu Ayla keguguran baru nak datang. Kenapa tak tunggu Ayla mati baru abang datang??" Sekali lagi air mata jatuh membasahi pipi.

Luth terpempan. Memang salah dia dan apa yang dia buat selama tu? Dia keluar dengan Sarah. Dia kah yang curang sebenarnya?

"Ke abang sibuk mengulit perempuan lain?" Duga Ayla.

"Apa pula cakap macam tu"

"Yalah, tiba-tiba berkawan dengan si sotong itu. Pelik abang. You used to hate her so much. Tetiba nak berkawan sampai pegang-pegang tangan macam tu? I'm not a child abang. Dan sengkam rambut dalam kereta abang tu. Siapa punya? Ayla tak ada benda macam tu" duga Ayla lagi.

"Kami kawan saja dan tak lebih dari itu" nafi Luth walaupun dalam hati dia menyesali perbuatannya.

"Abang curang kan?" Tanya Ayla sayu. Entah mengapa kuat firasatnya mengatakan yang Luth curang. Melihat diamnya Luth membuatkan Ayla tersenyum sinis.

"Hebat abang kan? Tuduh Ayla curang macam abang tu hebat sangat. Habis abang? Abang dah berbaik dengan perempuan murahan tu? Apa yang buatkan abang berbaik dengan dia? Abang dah sampai tahap mana?! Abang sedar tak abang sendiri yang rosakkan hubungan kita? Abang bagi peluang kepada orang lain untuk rampas abang dari Ayla" marah Ayla. Ditumbuknya dada Luth kuat.

"Tak ada yang rampas abang dari Umai" pujuk Luth tangan cuba menggapai pinggang Ayla.

"Then, abang nak cakap apa? Ayla yang rampas abang dari dia?" Ayla ketawa kuat.

"Kalau abang boleh kembalikan anak Ayla, Ayla akan maafkan abang" perutnya diusap perlahan.

"Sayang" Luth terkedu. Semua tu mustahil. Tak akanlah dia tak dapat kemaafan dari Ayla langsung?













Vote☘️

PILIHAN HATI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang