PH 49 - Gila

7.9K 197 24
                                        

Sarah mundar mandir di dalam rumahnya itu. Bingung memikirkan kenapa Luth tiba-tiba tidak menghiraukannya. Telefon juga sudah diblok.

Perutnya yang besar itu dilihat geram. Kalau bukan sebab perut ni dia dah lama keluar daripada rumah.

"Bodoh! Macam mana boleh mengandung" Marahnya.

Tanpa berlengah dia bersiap. Baju longgar di cari. Namun satu pun tak ada. Terpaksalah dia pakai saja baju yang ada. Cermin mata dicapai lalu di pakai. Supaya orang tak kenal dia sangat.

Setibanya di klinik dia sempat memandang orang sekeliling yang berbisik-bisik ke arahnya.

"Tak pernah nampak orang mengandung ke?" Rungutnya perlahan.

"Tu yang viralkan? Pembunuh adik boyfriend dia dulu kan?"

"Haah, dah besar perut dia. Dengar-dengar dia ada scandal dengan lelaki orang"

Sayup-sayup ke dengaran orang-orang di situ mengata dia. Apabila namanya di panggil dengan pantas dia berdiri. Sempat dia menjeling ke arah orang berkata mengenai dia.

Sarah keluar dari klinik itu dengan wajah muram. Mati-mati dia ingat dia mengandung rupanya dia menghidap kanser ovari. Beberapa ketul cyst juga dapat dilihat apabila di scan tadi. Doktor itu mencadangkan supaya dia menjalani pembedahan. Dan kemungkinan rahimnya akan dibuang kerana kansernya sudah di tahap 4. Bibir diketap. Semuanya sebab Ayla.

Dendam membuak-buak dalam diri. Kalau dia tak dapat Luth, orang lain pun tak akan dapat Luth.

"Berani kau block nombor I ya, you ingat I tak tahu rumah you dekat mana?" Sinis Sarah.

Telefonnya dicapai.

"David, tolong I please" rayunya.

"Aku tak nak terlibat dengan kau lagilah Sarah. Aku harap kau tak cari aku lepas ni" tolak David segera. Dia sudah nekad dan berjanji tidak akan membuat perkara buruk lagi.

"You ada kenapa tiba-tiba dah berubah? You dah bersedap-sedap dengan I, and now you nak tinggalkan I?!" Tengking Sarah kuat. Tidak dihiraukan mata yang melihatnys mengamuk di depan klinik itu.

"Okay, aku minta maaf tapi kau kena ingat aku bukan orang pertama yang sentuh kau. Aku cuma gunakan kau untuk enjoy. Dan sekarang ni aku dah insaf aku tak nak terlibat dengan permainan kau lagi. Bertaubat lah Sarah sebelum terlambat" terang David.

"Senangnya you... You lupa you dah buat apa? You ingat tuhan nak terima taubat you ke? You dah bunuh orang!" Tengking Sarah. Api kemarahannya meluap-luap apabila dia tidak mendapat apa yang dimahukannya.

"It's you Sarah! Jangan buat-buat lupa apa yang kau dah buat. Kau yang plan supaya kami rogol Salina tu, kau bagi kami dadah! Memang betul kami buat tapi kami tak bunuh. Bukan aku yang bunuh dia" nafi David.

"Bukan I lah! Kau tak faham ke?! Kalau I yang buat pun kenapa? Kau marah? I cuma buat tu sebab dia rosakkan hubungan I dan Luth!" Nafi Sarah sekeras-kerasnya.

"Kau bolehlah nafikan. Tapi kau jangan risau aku ada rakam perbuatan kau tu" sinis David. Dari dulu dia hanya mengikut cakap Sarah kali ini dia tidak akan tertipu.

"Kau bodoh! Bukan aku yang kau rakam. Bukan aku!" Rambutnya ditarik-tarik. Stress!

"Dahlah tu Sarah. Baik kau berubah. Kalau dulu kau curang sebab nak duit, sekarang you dah ada kerja kan? Just jalani hidup you macam biasa. Berhenti kejar Luth" nasihat David.

"Tak! Luth milik I. Milik I! Harta dia milik I. Harta bapa dia akan jadi milik I nanti! I akan pastikan I yang paling kaya. Semua I boleh beli! I tak perlu bersusah-susah! I cintakan dia" rengek Sarah. Emosi seakan-akan tidak stabil.

PILIHAN HATI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang