PH 40 - Berbaik

7.4K 205 30
                                    

Luth masuk ke dalam bilik kerjanya itu. Mata melilau melihat sekeliling. Risau pula dia akan Ayla.

"Mana Umai ni?" Pelik Luth. Kaki di bawah ke toilet disitu. Kosong.

Luth berjalan ke mejanya.

"Ya allah, sayang" cepat-cepat Luth melutut melihat Ayla yang berada di bawah mejanya itu.

"Abang" panggil Ayla tersedu-sedu.

Luth sempat hairan. Tadi garang macam singa, sekarang menangis pula.

"Buat apa ni, jom" Luth menarik Ayla lalu didudukkan di atas mejanya itu.

"Kenapa nangis ni?" Pujuk Luth. Ayla masih tersedu-sedu. Air mata jangan dicakap. Mengalir macam air paip.

"Ayla jahat ke abang?" Tanya Ayla sayu. Kasar sangat ke dia dengan Sarah tadi?

Luth memeluk tubuh Ayla erat sambil ditepuknya belakang Ayla. Macam ni lah bila berlagak kuat. Akhirnya akan pecah juga.

"Ayla berdosa kan? Sebab buat macam tu? Kesian dia. Ayla jahat ke abang" ngongoi Ayla.

"Tak sayang, sayang tak jahat. Sayang cuma pertahankan hak sayangkan?" Ditenungnya mata Ayla. Ayla yang tadinya sedih tiba-tiba dikuasai perasaan marah.

Pantas dia turun dari meja itu lalu menghempaskan diri di sofa. Mulut dimuncungkan.

"Sayang?" Luth mengikut langkah Ayla.

"Abang, jangan dekat. Benci!" Marah Ayla. Luth mengerutkan kening. Tadi okay saja, sekarang jadi singa balik?

"Abang sukakan dekat-dekat dengan sotong tu? Seronok dapat kiss perempuan yang abang cintakan tu?" Sinis Ayla. Masih teringat macam mana rakusnya ciuman mereka tadi.

"Tak sayang. Kan abang dah janji nak cintakan sayang. Abang tak bercium dengan dia. Dia jer yang cium-cium abang" terang Luth. Kerana dia sendiri menghalau Sarah, tetapi tindakan Sarah pula memaksa supaya bibir mereka bersentuhan. Kebetulan Ayla tiba pada waktu itu.

"Ayla nampak abang suka kiss-kiss dengan sotong tu! Suka lah tu. Bukan main rakus lagi sekejap ke kiri sekejap ke kanan kepala korang kan?!" Ayla membaling majalah di atas meja itu kepada Luth.

"Tak sayang. Tu dia jer. Abang tak buka mulut. Abang tak rasa pun air liur dia" terang Luth jujur dan tanpa tapis-tapis.

"Abang!" Jerit Ayla. Geram bercampur marah.

"Tak baik tahu sayang jerit-jerit dekat suami. Nanti tak cium bau syurga" tegur Luth.

"Semua sebab abang. Abang buat Ayla macam ni" Ayla menangis lagi.

"Sayang percayakan abangkan? Abang tak buat. Abang dah cuba tolak dia tadi" pujuk Luth ditariknya Ayla ke dalam pelukannya. Ayla mengganggukkan kepalanya. Dia dengar Luth menghalau Sarah awal-awal tadi.

"Ayla takut, abang dahlah tak cintakan Ayla. Nanti abang tinggalkan Ayla sebab ada sotong tu. Nanti abang dah tak nak kiss Ayla lagi dah. Nanti abang akan lepaskan Ayla" ngongoi Ayla. Itulah yang ditakutinya. Kalau Luth dah sukakan layanan Sarah, tambah lagi mereka saling mencintai, silap-silap dia ditinggalkan. Dia masih mahu hidup dengan Luth.

"Tak abang tak tinggalkan sayang. Tapi sayang kena janji, bagi abang peluang untuk baiki hubungan kita macam dulu. Sayang maafkan abang ya?" Pujuk Luth lembut. Sedikit sebanyak dia terharu. Ayla takut kehilangan dia.

"Ayla maafkan" kata Ayla sambil memandang mata Luth. Luth yang tersenyum suka mendekatkan kepala mereka. Baru sahaja bibirnya hendak menyentuh bibir Ayla, Ayla menolaknya kuat.

'Aik, tadi cakap dah maafkan?'

"Jom" ajak Ayla sambil menarik tangan Luth supaya dia berdiri. Luth hanya mengikut langkah Ayla ke tandas walaupun pelik.

Pili air di singki di buka. Luth hanya melihat Ayla yang menadah air di tangannya. Belum apa-apa mukanya sudah basah oleh Ayla.

"Sayang" geram Luth. Leher bajunya turut basah.

Ayla pula ligat mencuci muka Luth. Terutamanya di bahagian mulut.

"Mulut ni yang bercium sakan kan" geram Ayla. Digosok-gosok kesan gincu milik Sarah itu. Sakit hati.

"Abang pun salah. Jadi lelaki kena kuat sikit, ni belum apa-apa dah tak boleh lawan perempuan" marah Ayla. Makin kasar cuciannya pada muka Luth.

"Tangan ni pun cuci, mengada nak pegang perempuan lain kan? Dah ada isteri pun nak juga pegang perempuan lain" bebel Ayla lagi. Digosok tangan Luth di bawah air itu. Luth hanya pasrah. Bajunya sudah basah kuyup.

"Ikutkan hati Ayla, Ayla nak sental mulut abang tu pakai berus besi, jijik!" Marah Ayla geram.

"Abang tu suami Ayla. Ayla tak suka abang menggatal macam tu. Abang ada isterikan? Abang cuma boleh cium dan sentuh isteri abang jer. Haram pegang perempuan lain" bebel Ayla tanpa henti. Baru sahaja dia mahu menyambung bebelannya, Luth sudah mencium bibirnya. Lama!

"Diam pun" Luth tersenyum manis. Akhirnya merasa juga bercium dengan Ayla setelah sekian lama.

"Abang ni kenapa?" Tolak Ayla malu.

"Kenapa marah? Kang abang pergi cari Sarah baru sayang tahu" ugut Luth. Tak semena-mena Ayla menciumnya rakus.

"Ayla adakan. Tak payah cari orang lain" rungut Ayla. Tangan dilari-larikan di atas dada Luth.

Luth menangkap tangan Ayla lalu dikucupnya. Pili air ditutup. Tubuh Ayla diangkat ke sofa dibilik kerjanya itu.

Perlahan-lahan tubuh Ayla dibaringkan di atas sofa itu lalu ditindihnya. Sebuah ciuman di berikan pada dahi Ayla. Perlahan-lahan ciumannya bergerak ke bibir Ayla.

Ayla memeluk erat leher Luth bagi mendalamkan ciuman. Luth pula mula meraba tubuh Ayla. Leher Ayla yang masih bertutup tudung dikucup.

KLAK!!

Pintu bilik kerja itu dibuka dari luar.

"Miss, ma..ka..nan" tergagap-gagap Adibah berkata. Terkejut melihat kedudukan bosnya itu. Nasib baik mangkuk tingkat itu tidak jatuh ke lantai.

Cepat-cepat Ayla menolak tubuh Luth. Muka dipalingkan ke tempat lain. Luth mendengus.

"Kacaulah. Cancel semua appointment. Kalau nak balik, baliklah" arah Luth lalu menghalau Adibah. Ditutupnya pintu itu lalu dikunci.

Makanan diletakkan di atas meja. Tubuh kecil Ayla diangkat ke ribanya.

"Abang!" Terjerit Ayla, terkejut dengan tindakan Luth.

"Jom sambung" tudung Ayla dibuka.

"Tak payahlah abang. Dekat rumah nantilah, tak selesa" halang Ayla. Tapi Luth tetap Luth.

"Alah macamlah tak pernah buat atas sofa. Jom, jom" ajak Luth nakal. Diciumnya leher Ayla rakus. Tangan pula meliar. Ayla yang turut tergoda mula memeluk Luth. Butang baju Luth dibuka.

Maka terjadilah adegan berkasih sayang di dalam bilik office itu.





































Vote☘️

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now