PH 9 - Hadiah

11.1K 233 9
                                    

Double update. Jangan lupa vote dan comment yerr.




.

.

.




Luth hanya memandang Ayla yang tekun membuat kerja sekolah di meja makan itu. Dari petang tadi Ayla tidak menghiraukannya. Dia pula sudah mati akal hendak memujuk Ayla. 

"Umai" Panggil Luth perlahan. Berharap Ayla tidak lari darinya lagi. Ayla yang mendengar buat-buat tak dengar. 

"Umai abang panggil ni" kata Luth lalu menyentuh lengan Ayla. Ayla terus mengemaskan buku-bukunya untuk dibawa naik keatas. "Sampai bila Ayla nak macam ni? Cuba bagitahu abang apa yang Ayla tak puas hati?"tanya Luth sabar. 

Ayla memandang Luth sebelum sebuah jelingan diberikan kepada Luth. Laju sahaja kakinya menapak naik ke atas. Luth menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum kecil. Comel pula isteri aku jeling-jeling ni. Macam nak humban atas katil.

                    Luth membuka pintu biliknya. Dilihatnya Ayla sedang baring membelakangi tempat tidurnya. Marah betul ni. "Sayang" panggil Luth. 

"Sayang tak nak buka hadiah yang abang belikan untuk sayang dari Dubai tu ke?" tanya Luth. Ayla hanya diam membisu. 

"Okay abang minta maaf kalau abang ada salah. Abang minta maaf kalau abang ada lukakan hati sayang petang tadi. Abang dah tak tahu macam mana nak pujuk sayang lagi dah. Abang tak tahu apa salah abang pada sayang" Dilihatnya Ayla hanya diam membisu sebelum dia bertindak memeluk belakang tubuh Ayla.

"Abang rindukan isteri kesayangan abang ni. Rindu nak dengar suara dia, gelak dia, pelukan dia. Dah seminggu abang tak jumpa sayang takkan lah sayang nak abaikan abang pula? Tak kesiankan kat abang ke?" Sambung Luth lagi. 

"Abang tahu sayang tak tidur lagi. Yang tak baik tau tidur membelakangkan suami" Ayla terus membaringkan badannya menghadap siling. Mata masih terpejam erat. Luth tersenyum kecil. 

"Umai tidur lah ya. Abang nak tidur kat bawah. Tak guna abang tidur sini kalau isteri tak layan" kata Luth lalu bangun dari baringannya. Sempat dia melihat Ayla yang masih tidak menghiraukannya. Ya Allah budak ni. Macam mana lagi dia mahu memujuk. 

"Abang keluar betul-betul ni?" Luth berjalan setapak ke arah pintu. 

"Umai yakin ke nak biarkan abang tidur kat bawah?" 

"Okay kalau Umai tak nak layan abang. Biar abang keluar cari orang yang pedulikan abang. Sarah ke" Duga Luth dan ajaibnya Ayla terus bangun.

Ayla duduk menatap Luth geram. Luth hanya memandang sebelum dia berpaling hendak meneruskan langkahnya.

"Jangan" kata Ayla perlahan. Luth buat-buat tak dengar dan bergerak memulas tombol pintu. 

"Abang, Umai tak nak abang keluar" kata Ayla. Ayla bangun merapati Luth. Pinggang Luth dipeluk dari belakang.  

"Kenapa Umai tak pedulikan abang? Abang ada sakitkan hati Umai ke?" Tanya Luth.

"Tak bukan abang" jawab Ayla. Luth mengeluh perlahan sebelum memusingkan tubuhnya menghadap Ayla. Bahu ayla dipegang. 

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now