PH 41 - Syak

6.6K 199 38
                                    

Luth memandang Ayla yang nyenyak tertidur di sebelahnya itu. Bibir menguntum senyum nakal melihat tanda cinta di rahang Ayla. Dekat leher dan dada lagi banyak.

Berhenti sahaja kereta itu di rumah mereka Luth keluar membuka pintu sebelum diangkatnya Ayla dengan perlahan. Dia baringkan Ayla di sofa lalu dia keluar mengambil makanan yang ditapaunya semasa dalam perjalanan pulang tadi.

Masuk sahaja ke ruang tamu dia melihat Ayla yang sedang menggosok-gosok matanya.

"Bangun dah?" Tegur Luth. Ayla menganggukkan kepalanya. Dilihat sahaja Luth yang berlalu kedapur menyimpan makanan itu.

"Jom, mandi dulu" ajak Luth. Ayla mendepakan tangannya. Meminta untuk didukung.

"Amboi penat sungguh ni" kata Luth nakal. Didukungnya tubuh kecil isterinya itu sehingga ke bilik mandi.

"Penatlah, tengok baju Umai ni. Dah koyak sebab abang" rungut Ayla sambil membuka baju. Luth hanya tersenyum nakal.

"Siapa suruh pakai baju yang susah dibuka" kata Luth.

"Eleh, memanglah pakai baju macam tu. Manalah Umai tahu abang ni tak sabar-sabar. Dekat office pun main terjah jer" rungut Ayla. Mulut dimuncungkan.

"Dahlah kasar. Tengok ni, sampai ke perut abang buat" rungut Ayla menunjuk tanda merah dari Luth.

"Bukan kasarlah. Abang tunjuk kuat tu. Abang kan lelaki, mana boleh lemah" usik Luth. Ayla pula, macam pernah dengar ayat tu.

"Cuba buka bra, banyak lagi seni abang dekat situ" usik Luth lagi. Diciumnya bahu Ayla.

"Abang ni kan. Menyesal Ayla berbaik dengan abang. Tak habis-habis nakal" rungut Ayla. Muncung usah dicakap. Kalau sangkut hanger confirm tak jatuh.

"Dada sayang pun cantik, makin gebu. Lama tak nampak, patutlah beli saiz lebih besar" usik Luth lagi.

"Tak nak lah mandi dengan abang" marah Ayla. Tanpa sedar bra yang dipakainya tadi dibaling kepada Luth.

Luth apalagi. Bersama senyuman lebar, bra itu ditangkap lalu dibawa kehidungnya.

"Sedapnya bau"

"Abang!" Jerit Ayla. Geram. Luth ketawa terbahak-bahak. Comelnya budak ni. 

Air disimbah ke arah Luth. Biar Luth sedar. Entah syaitan apa yang rasuk Luth sampai gatal sangat ni.

          Ayla duduk di kerusi meja solek sambil menikmati layanan Luth. Rambutnya dikeringkan oleh Luth.

"Abang" panggil Ayla lembut. Muka Luth dipandang melalui cermin.

"Ya sayang" jawab Luth lembut.

"Abang" panggil Ayla lagi. Sengaja.

"Ya, isteri abang sayang" jawab Luth lembut. Dilayan sahaja karenah Ayla.

"Abanggg" meleret Ayla memanggil.

"Yaaaa" jawab Luth dipegangnya kepala Ayla lalu didongakkan menghadapnya.

"Ya, sayang" jawab Luth. Diciumnya muka Ayla, geram. Ayla apa lagi terus terkekek ketawa. Suka.

"Suka sangat usik abangkan" Luth mengucup dahi Ayla penuh kasih.

"Biarlah, tak salah pun kan" kata Ayla manis.

"Dah, jom pergi makan. Umai turun dulu. Abang nak pergi toilet jap" arah Luth. Ayls hanya mengangguk lalu meninggalkan Luth.

Luth memandang tubuh Ayla yang semakin menghilang ke bawah. Telefonnya di ambil lalu dibawa ke bilik air.

Nama Sarah dicari.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now