PH 39 - Mengamuk

7.1K 224 32
                                    

Ayla berjalan dengan perasaan teruja. Terlihat mangkuk tingkat di tangannya.

"Kak Adibah. Abang Luth ada?" Sapanya.

"Ada, tapi ada si penyondol tu" kutuk Adibah. Ayla mengerutkan kening. Penyondol?

Baru sahaja dia mahu mencapai tombol pintu bilik kerja Luth, dia mendengar suara marah Luth.

"Kau tak faham bahasa ke ni? Keluar!"

Cepat-cepat Ayla membuka pintu itu. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Luth dan Sarah yang sedang bercium dengan rakusnya. Dilihatnya tangan Sarah yang memaut leher Luth erat manakala tangan Luth pada pinggang Sarah cuba menolak-nolak tubuh Sarah.

"Abang!" Jerit Ayla marah. Pantas ciuman dua sejoli itu terlepas.

Cuak muka Luth melihat Ayla. Matilah aku. Janganlah Ayla salah faham.

Ayla memandang Luth tajam sebelum melihat wajah comot Sarah yang sedang tersenyum sinis melihat dia.

Ayla keluar ke meja Adibah. Diletaknya mangkuk tingkat itu disitu. Adibah hanya memandang Ayla yang masam mukanya.

"Call security, semua sekali. Kalau boleh call ambulance sekali" pesan Ayla. Tong sampah kecil di sisi meja Adibah di ambil.

Sarah cuba memeluk Luth kembali. Tetapi belum sempat dia mencapai leher Luth tangannya ditarik kuat.

PRAK!!

Kepalanya di simbah isi tong sampah itu. Nasib baik hanya terisi kertas-kertas. Kalau tak mahu berbau dia.

"Arghhh!" "Sayang!" Serentak Luth dan Sarah menjerit. Terkejut dengan tindakan Ayla.

"Kau buat apa ni perempuan?" Tengking Sarah kuat.

"Kau tu yang buat apa perempuan?!" Jerit Ayla kembali. Adibah di luar menjadi gerun mendengar jeritan Ayla.

"You tak sedar ke laki you tak cintakan you? Dia cintakan I! Dia yang panggil I datang sini" Marah Sarah. Luth membulatkan matanya terkejut. Apa ni, bila masa dia panggil?

"Tak sayang, abang tak panggil" nafi Luth. Digeleng-gelengkan kepalanya.

"So what? Selagi saya masih isteri dia, jangan harap nak dapatkan dia ni. Kau tak malu ke perempuan? Terhegeh dekat suami orang? Dah tak ada lelaki lain kau nak?" Sembur Ayla.

"You isteri tapi tak dicintai. I yang dia cintakan!" Hasut Sarah.

"Mulut kau ni kan" dengan geram Ayla maju mendekati Sarah. Dicapainya rambut Sarah kuat lalu ditarik ke arah meja kerja Luth.

Muka Sarah dihentak ke meja itu. Luth mencuba untuk menghalang. Silap-silap ada kejadian bunuh disini.

"Abang tepi!" pasu bunga dihempas ke lantai.

Spontan Sarah dan Luth berhenti bergerak.

"Kau ni kan. Kalau tak dibagi pengajaran, esok-esok kau datang lagi. Kalau kau nak duit cakap. Biar aku bagi kau. Tak payah nak kejar sangat suami orang ni" ditekan-tekan muka Sarah ke meja itu.

"Sayang sabar. Jangan macam ni" pujuk Luth. Erangan kesakitan Sarah menakutkannya. Macam sakit sangat tu.

Ayla melepaskan Sarah kasar. Tubuh dipalingkan menghadap Luth. Awning tudung dibetulkan. Hati cuba ditenangkan dan beristighfar.

Buk!!

Beg Ayla jatuh ke lantai akibat tolakan dari Sarah. Nasib baik Luth sempat meyambutnya. Kalau tak mahu jatuh tersungkur.

"Miss, security dah sampai" kata Adibah takut-takut.

"On mesin fotostat. Masukkan kertas banyak-banyak" arah Ayla tenang.

"Ba..baik" nak buat apa? Gugup Kak Adibah.

Ayla mendongakkan kepalanya menghadap Luth.

"Kalau abang tak nak hilang Ayla, abang jangan masuk campur" pesan Ayla geram. Belum sempat Luth memproses kata-kata Ayla, Ayla sudah menarik Sarah kuat.

"Lepaslah! Lepas perempuan gila!" Jerit Sarah.

"Perempuan gila? Nak tahu tak apa perempuan gila buat bila ada sotong menyundal dengan suami dia?" Tanya Ayla sarkastik. Ditariknya Sarah ke ruangan fotostat.

Muka Sarah dihentak kuat ke mesin itu. Dihentaknya penutup itu di kepala Sarah. Lalu di fotostatnya muka Sarah. Sarah yang cuba bangun tidak sempat apabila Ayla menolak kepalanya kembali.

"Sayang stop, jangan macam ni. Boleh mati Sarah ni yang" pujuk Luth.

"Abang bela dia ke apa?" Sergah Ayla.

"Tak, abang tak nak isteri abang buat perkara tak baik, abang tak nak hilang sayang" pujuk Luth dipeluknya tubuh Ayla. Perlahan-lahan Sarah mengangkat muka dari mesin fotostat itu. Langkah diatur menuju ke pintu.

Ayla yang sedar mengenai itu terus mengejar. Sempat dicapainya kertas yang mempunyai macam-macam gaya muka Sarah itu. Ada yang senget bibirnya. Macam-macamlah.

Tubuh Sarah ditarik kuat. Ditolaknya hingga jatuh melutut.

Beberapa orang sekuriti yang berada disitu terkejut melihat perempuan yang berbaju seksi dengan muka yang comot, basah dengan air mata, mascara menghitam di mata, tidak lupa juga darah di tepi bibir dan dahi. Belum lagi dikira lebam yang bakal timbul.

Kepala Sarah didongakkan.

"Tengok muka perempuan ni. Hafal baik-baik. Kalau perlu ambil gambar, ambil" arah Ayla. Sekuriti-sekuriti itu hanya mengangguk walaupun tidak faham.

"Lepas ni kalau dia lepas masuk dalam bangunan ni, lagi-lagi dalam bilik kerja suami saya. Siap korang! Kak Adibah pun sama. Kalau saya dapat tahu bersedialah nak rasa perkara sama macam perempuan ni" tubuh Sarah yang terduduk melutut itu ditendang perlahan, tapi cukup kuat dirasakan Sarah.

"Bukan setakat ni saja, keluarga korang pun saya cari!" Pesan Ayla garang. Mereka semua menganggukkan kepala. Takut!  Kertas-kertas hasil fotostat muka Sarah dihulurkan pada sekuriti itu.

"Tampal pada papan pengumuman. Terutamanya di lobi. Biar orang tahu perempuan sundal ni tak boleh masuk ke sini. Kalau saya turun nanti tak ada, siap!" Kata Ayla tegas. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik kerja Luth.

Apabila dia keluar dari bilik itu dia melihat Luth yang sedang membantu Sarah untuk berdiri, muka Sarah jangan cakaplah. Muka minta kesian pada pandangan mereka tapi pada Ayla muka tu muka minta penampar.

Beg milik Sarah dibaling ke arah Sarah.

"Sorry lah sebab berkasar, nanti kalau kau nak tuntut ganti rugi sebab muka kau ni, tuntutlah. Ikut laluan yang betul. Call secretary ni tak pun cari saya terus. Kalau kau cari laki aku siap! Dan kalau kau tak nak aku rosakkan karier kau pula, kau patut jaga perangai. Kalau kau buat juga, silap-silap satu Malaysia kenal muka kau ni" pesan Ayla sinis.

Dijelingnya Luth tajam sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik kerja Luth.




































Vote☘️

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now