Ayla hanya duduk melihat Luth yang mengemaskan barang-barangnya. Selama tiga hari dia tidak melihat kelibat Luth akhirnya pada hari dia nak keluar hospital ini Luth memunculkan diri. Bibir di cebikkan. Meluat!
"Kita balik rumah kita ya" kata Luth sambil tersenyum manis.
"Ya, Umai nak ambil barang-barang Umai' jawab Ayla tanpa nada.
"Jom" ajak Luth sambil memaut bahu Ayla.
"Tak payah peganglah" rengus Ayla.
"Biarlah, mana lah tahu ini kali terakhir abang dapat pegang sayang" kata Luth sambil tersenyum. Hati Ayla dipukul rasa sedih.
'Jangan terpedaya Ayla!'
Luth tersenyum apabila Ayla tidak lagi menolak apabila dia memeluk bahu Ayla.
"Ayla tak nak singgah makan dulu? Atau Ayla nak abang masakkan?" Tanya Luth mesra.
"Umai nak makan lamb chop tempat Amran" kata Ayla.
"Okay" Luth tersenyum manakala Ayla dipagut rasa hairan. Kalau sebelum ini Luth akan menghalang dengan cara membawanya ke restoran lain tapi kali ini Luth menuruti permintaannya.
"Sayang nak pergi dengan abang ke nak abang tunggu dekat sini?" Tanya Luth masih tersenyum. Takut juga kalau Ayla tak selesa kalau dia ada sama.
Ayla terpinga-pinga. Kenapa tak ikut turun saja?
"Tunggulah sini. Nanti Umai tak selera nak makan" jawab Ayla ego.
"Sayang makanlah puas-puas ya. Nanti abang turun bayarkan" kata Luth bersama senyuman manis.
Ayla hanya menjeling sebelum membawa perut memasuki restoran itu. Luth menggelengkan kepala melihat cara jalan Ayla. Dia tersenyum suka.
"Macam itik lah sayang" Luth ketawa terkekek tetapi air mata laju membasahi pipi.
Bersediakah dia nak berpisah dengan Ayla?
Hampir sejam dia menunggu, akhirnya Ayla kembali bersama senyuman di bibir.
"Kenyang dah? Jap abang pergi bayarkan" Luth berura-ura hendak turun tetapi di halang Ayla.
"Tak payah. Am belanja. Umai nak bayar dah tadi tapi Am kata dia belanja. Untung anak Umai ramai yang sayang" kata Ayla gembira.
Luth hanya menyimpan rasa sedih. Senyuman diberikan pada Ayla.
"Baguslah, taklah anak baba sunyi nanti kan? Yalah, nanti ada umi, ada papa Am, ada nenek, atuk, tok ibu, tok ayah" kata Luth bergurau.
Ayla hanya diam tiada niat mahu membalas.
Luth yang baru siap mandi tersenyum melihat Ayla yang sedang mengemaskan pakaiannya.
"Baju abang tak nak bawa ke? Manalah tahu sayang rindu" usik Luth sambil terkekek kecil.
"Tak ingin lah Ayla nak rindu abang. Buang tebiat" rengus Ayla. Pinggang belakangnya ditepuk-tepuk perlahan. Lenguh.
"Dah pergi tidur. Biar abang kemas" arah Luth. Kesian dia melihat isterinya itu yang keletihan.
Pantas Ayla menaiki katil. Direnungnya belakang badan Luth yang sedang mengemaskan pakaiannya.
"Ada lagi tak? Selain baju-baju?" Tanya Luth. Dan Ayla tidak sukakan itu. Luth seolah-olah suka dia akan pergi dari situ.
"Tak ada kot" jawab Ayla selamba.
Luth berjalan ke sebelah katil. "Gambar ni tak nak bawa? Nanti boleh tunjuk kat baby kita, muka baba dia yang hensem ni" usik Luth. Dipandangnya wajah Ayla dalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...