PH 45 - A favour

6.7K 189 35
                                        

Ayla ligat menelefon Luth, tetapi tidak disambut. Dia risau sesuatu akan berlaku. Otak ligat berfikir.

Tanpa berfikir panjang Ayla menelefon Mr. Lucas.

"Daddy" panggil Ayla lembut.

"Yes honey. You okay? You sound terrible" kata Mr. Lucas. Risau, takkanlah Luth dera Ayla lagi?

"Can I ask you a favour?" Tanya Ayla berharap.

"What is it? Tell me" Dengan rela hati Mr. Lucas akan membantu menantunya ini. Kalau Ayla bukan menantu dia pun, dia akan bantu. Kerana kalau bukam sebab Ayla yang membantu dia dulu, mungkin sudah lama dia tinggalkan dunia ini.

"There's a woman between Luth and I" adu Ayla sebak.

"What?"

"Can you help me? Make her suffer? She is a stewardess. Her name is Sarah and she was Luth's first love" kata Ayla sayu. Dia benar-benar berharap Mr. Lucas dapat membantunya. Dia bukannya tahu sangat mengenai Sarah.

Kalau dia bagi tahu ayah dan ibunya pula belum tentu mereka akam dapat membantu.

"First love?" Tanya Mr. Lucas terkejut. Serta merta wajah manis Salina menjengah ke fikirannya.

"I will help you, but you need to do something in return" pakat Mr. Luth.

"I agree" air mata Ayla jatuh menitis.

"Dad, I need him to be home tonight" adu Ayla yang semakin teresak-esak.

"Tenang, daughter. You guys will be okay" kata Mr. Lucas yakin. Dia yakin seyakin-yakinnya, yang dia akan membalas semua perbuatan Sarah terhadap kedua anaknya. Sudah lama dia menyimpan rasa apabila mengetahui punca kematian Salina.

Dan sebab itulah dia berkeras mahukan Luth untuk pulang ke UK. Tapi Puan Salmah pula berkeras tidak mahu melepaskan Luth. Dan sebab itulah terjadinya perkahwinan di antara Luth dan Ayla.

Semata-mata mahu meyakinkan dia bahawa Luth bahagia dan baik-baik sahaja duduk dengan Puan Salmah.

                 Sekali lagi Ayla menelefon Luth. Kali ini disambut.

"Abang" sapa Ayla lega.

"Ya sayang" Luth menjeling ke arah pintu bilik Sarah yang tertutup. Suara diperlahankan. Nanti Sarah terbangun.

"Abang dekat mana? Bila nak balik? Ayla rindu. Balik please" pujuk Ayla bersungguh-sungguh.

"Abang busy sikit yang, malam ni abang balik" kata Luth ragu-ragu. Dia dah janji nak temankan Sarah malam ini.

"Abang sayangkan Umai tak ni? Please abang, kalini jer. Dengar cakap sayang. Balik sekarang" rayu Ayla.

"Sayang.."

"Umai tahu abang dekat rumah kak Sarah tu. Please abang, Umai mohon balik sekarang. Umai janji kalau abang balik, Umai tak akan tinggalkan abang. Umai tak akan minta abang untuk lepaskan Umai" Ayla menangis sambil merayu. Tolonglah buat pilihan yang tepat Luth.

"Abang cuba sayang. Abang minta maaf sebab tipu sayang pasal Sarah" kata Luth sebak. Entah mengapa dia seakan-akan merasa perbualan ini perbualan terakhir dengan Ayla.

"Umai tak nak dengar abang minta maaf. Umai cuma nak abang ada depan mata Umai" tersedu-sedu Ayla menangis.

"Jangan menangis sayang. Abang tak kuat nak dengar sayang nangis"

"Kalau abang tak balik juga. Umai akan buat sesuatu yang abang tak suka. Umai akan pergi dari hidup abang sampai abang tak jumpa Umai lagi" ugut Ayla. Berharap Luth akan pulang selepas mendengar bicaranya.

PILIHAN HATI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang