PH 25 - Honeymoon?

10.5K 176 4
                                        

Ayla sedang berbaring menghadap siling. Tubuhnya hanya ditutupi selimut tebal hotel itu. Tidak lama kemudian ditoleh ke meja sisi katil.  Lingerie yang dipakainya semalam tersangkut disitu. Serta merta wajahnya merona merah.

RING!!

Pintu bilik mandi dilihat. Mungkin lama lagi Luth dalam bilik air tu.

Ayla terus mencapai telefon Luth. 'Sarah' getus hati Ayla.

"You, you dekat mana? I dengar you tukar kerja you dengan pilot lain? Habis I? Kenapa you tak bagitahu I you balik lewat sikit? Tak kan I nak balik sorang-sorang?" Kedengaran rungutan Sarah di halwa telinga Ayla. Sarah geram sekali dengan Luth, selama mereka berada disini tidak ada satu hari pun Luth meluangkan masa bersama dia.

Belum apa-apa dah menyembur macam ni. Patutlah Luth 'termarah' dia haritu.

"Maaf ya, ni isteri Luth. Luth tengah mandi" kata Ayla selamba.

Sarah pula walaupun terkejut dia mendengus kuat. 'Apa pula perempuan ni buat dekat sini?'

"Mana Luth? Bagitahu dia I nak cakap dengan dia" kata Sarah kasar. Tak kuasa nak cakap baik-baik dengan Ayla.

"Kan saya dah cakap Luth tengah mandi. Nanti saya bagitahu dia yang kak Sarah call dia ya? Hmm kak Sarah tak nak bersiap dulu ke? Takut lambat pula nak pergi kerja" kata Ayla sempat menyindir Sarah. Apa ingat senang-senang dia nak biarkan lalat ni terbang? Ingat sikit Luth tu laki Ayla.

"Ishh" sempat Sarah membentak sebelum mematikan panggilan telefon itu.

Ayla mencebikkan bibir. Menyampah dengan Sarah. Telefon Luth dibuka.

'Password'

Ayla menekan-nekan nombor tarikh lahir Luth, nombor tarikh lahir dirinya sendiri. Yalah, try an error katakan. Tiba-tiba mata Ayla membulat. "Jangan-jangan"

Laju jarinya menaip nombor itu. Akhirnya terbuka juga telefon Luth. Terpampang gambar wajahnya yang sedang tidur. Sweetnya.

"Ohh tarikh nikah kitorang rupanya" kata Ayla. Kepala diangguk-angguk.

Bibir mengukir senyuman manis. Tiba-tiba dia merasakan dia orang penting dalam diri Luth.

              Laju tangannya membuka gallery telefon itu. Macam nak menangis saja melihat gambar-gambar disitu. Selain gambar pernikahan mereka, gambar-gambar rawak, gambar Luth dengan mama, dengan kawan-kawan, ada banyak gambar Ayla yang ditangkap. Ada yang candid, ada yang dia tengah tidur, tengah ketawa, macam-macamlah. Entah bila Luth ambil gambar itu pun tak tahu. Dia tak sedar pun. Nasib baik dia cantik, tak adalah buruk sangat muka ter'candid' dia tu.

Tiba-tiba Ayla mendapat idea nakal. Lingerie di atas meja sisi katil itu di capai dan dipakai. Rambut dirapikan. Tak semena-mena dia selfie di telefon Luth. Bukan satu, bukan juga dua tapi banyak macam-macam gaya dilakukannya. Dipilih gambar yang menarik dan kelihatan cantik di matanya. Kemudian di setkan sebagai wallpaper baru lelaki itu.

Biar Luth teringatkan dia saja. Ketawa kecil terletus. Ayla memandang ke arah pintu bilik air, lama lagi kot. Kemudian, dicek log panggilan Luth pula. Mencebik bibirnya melihat nama Sarah paling banyak di situ. Tapi kebanyakkannya, panggilan terlepas. Hahaha Luth tak layan. Nasib baik, kalau tak mahu Ayla merajuk lagi.

Ayla bangun melihat ke luar balkoni. Dia tak adalah keluar sampai dekat luar balkoni, cuma melihat dari pintu cermin itu. Rasa macam tengah honeymoon pula. Macam ni ke rasanya honeymoon?

Ktak!

Pintu bilik air dibuka. Pantas Ayla menoleh. "Dah bangun?" Tegur Luth.

"Haah, abang. Tadi sotong call abang" kata Ayla. Dilihatnya muka Luth.

"Dah tu? Sayang angkat ke call dia?" Dengan selamba Luth melepaskan tualanya. Ayla yang melihat menutup mata menggunakan tangan. Tubuh dipusing menghadap balkoni kembali. Luth tersenyum nakal. Dengan cepat seluar disarungkan tanpa bunyi.

Dia mendekati Ayla yang membelakanginya. "Kenapa tutup mata ni? Bukan dah biasa tengok?" Usik Luth. Ayla terus menjauhi Luth.

"Sayang tak nakal macam abang" perli Ayla lalu laju meloloskan diri ke bilik air. Luth hanya tergeleng. Telefonnya di atas katil diambil. Ternaik keningnya melihat wallpaper baru itu. Ni gambar apa ni. Gambar menggoda atau gambar seksi Ayla? Dengan bibir memuncung, mata tertutup, pangkal dada pula terbentang luas. Liurnya ditelan kesat. Cari pasal sungguh budak ni. Sengaja nak goda dia ke apa.

"Abang, boleh ambilkan sayang tuala?" Panggil Ayla dari dalam bilik air. Luth tersenyum nakal. Tuala di ambil.

"Yang buka pintu" arah Luth. Pintu dibuka dan hanya tangan Ayla yang menghulur keluar meminta tuala. Tanpa amaran tangan Ayla ditarik. Terkeluar Ayla dari dalam bilik air tanpa satu benang pun menutupi tubuh. Liur ditelan. Mata Ayla pula membulat terkejut.

Baru sahaja Ayla mahu menarik tangannya dari Luth, Luth sudah memakaikannya tuala. Dengan selamba tubuh Ayla dilap. Dari rambut ke hujung kaki. Ayla hanya kaku. Malu sungguh tapi tak berdaya nak bergerak.

"Siap. Pergi pakai baju" arah Luth. Sedaya upaya ditahan perasaan lelakinya itu.

"Sayang mana ada baju. Yang semalam tu pun dah basah" kata Ayla malu-malu.

Luth menarik tangan Ayla ke arah almari. Baju t-shirt miliknya dicapai.
Dipakaikan baju itu ke tubuh Ayla. Bolehlah, labuh paras peha. Tapi tetap pendek sikit.

"Pakai ni jer lah. Boleh abang cuci mata. Nanti abang cucikan baju sayang tu ya" usik Luth.

"Mengadalah abang ni" jeling Ayla. Luth tak tahu ke dia tengah malu. Dahlah pakaian dalam pun tak ada. Seluar pun tak ada.

"Dah tak ada baju nak buat macam mana? Ke sayang nak pakai lingerie lagi? Ada lagi sehelai belum dipakai" usik Luth. Laju Ayla memandang ke arah Luth.

"Kenapa abang boleh ada lingerie ni? Abang nak bagi siapa yang pakai?" Tanya Ayla hairan. Kan dia duduk UK, Luth dekat Malaysia, kenapa nak beli lingerie lagi?

"Sayanglah, macam semalam tu. Sejuk mata memandang" kata Luth nakal dicium bibir Ayla sekilas. Ayla hanya diam. Malu.

"Jom kita tengok netflix" ajak Luth. Ayla hanya mengikuti Luth untuk bersantai di katil.

"Rasa macam tengah honeymoon kan abang?" Tanya Ayla polos. Luth memeluk erat pinggang ramping Ayla.

"Hmm, sorry tahu sebab abang tak bawa sayang honeymoon. Nanti ada masa free kita honeymoon yang betul-betul honeymoon. Sayang rasa sayang nak pergi mana?" Luth mencium-cium bahu Ayla.

"Takpa. Mana-mana pun boleh honeymoon. Asalkan ada abang" pujuk Ayla. Dia tidak kisah sangat nak pergi mana asalkan dia bersama suaminya ini. 

"Kalau macam tu jomlah" ajak Luth tiba-tiba. Ayla memandang Luth hairan.

"Honeymoon" bisik Luth nakal. Serta merta wajah Ayla merona merah.

"Tapi abang, nanti pregnant?" Kata Ayla malu-malu. Luth menjongketkan kening. Kenapa?

"Semalamkan abang tak pakai protection" polos Ayla berkata.

"Sayang" panggil Luth geram. Ayla terus memeluk dada Luth. Ketawa kecil kedengaran. Luth terus mengeratkan lagi pelukan. Ayla suka cakap nakal-nakal dengan dia.

Ayla serius sebenarnya, kalau mengandung mesti kena tangguhkan pembelajaran. Dia tidak mahu semua itu.





🌸

🌸

🌸

Vote✨✨✨

PILIHAN HATI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang