Luth dan Ayla berjalan masuk ke dalam dewan itu. Kedua-duanya berbusana mewah. Ayla memeluk erat lengan Luth sebelah tangan lagi memegang perut yang sudah menampakkan bentuk.
Lensa kamera tidak putus-putus berkelipan. Siapa sahaja tak kenal Ayla dan Luth. Pasangan kuat dalam dunia perniagaan yang membawa dua company besar.
Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6. Siapa sangka cepat sahaja masa berlalu.
Konsep kali ini pula Luth sendiri yang memilih. Di buat ala-ala majlis persandingan di mana ada pelamin dan macam-macam hiasan lain. Maklumlah sepanjang mereka berkahwin majlis persandingan mereka tidak pernah dibuat.
Selepas sahaja Ayla bersalin 4 tahun lalu, mereka sudah berbaik-baik waktu itu, Luth ada mengusulkan hasratnya itu tetapi Ayla menolak. Dan sampailah ke hari ini Luth memberi idea kepada Puan Salmah dan Datin Alina dan Datuk Ahmad. Mereka bersetuju untuk membuat kejutan buat Ayla.
Setibanya mereka di pelamin itu Luth membawa Ayla untuk duduk disitu bagi merasai momen-momen bersanding. Para tetamu bersorak dan bertepuk tangan.
Luthfi dan Luthfia pula seakan-akan faham turut meloncat gembira disisi nenek, tok ibu dan tok ayahnya.
Ayla bagai nak menangis melihat momen itu. Dia dah jadi anak, isteri pada Luth dan ibu pada si kembar dan baby dalam kandungannya.
Ayla tidak mempedulikan ucapan MC pada malam itu, Ayla bagaikan berada di dunianya sendiri. Wajah-wajah orang terdekatnya dipandang gembira. Dari wajah mama, ibu, ayah, Amran dan Siti, Luthfi dan Luthfia hinggalah ke Luth yang tersenyum gembira disisinya dipandang.
Siapa sangka dia akan bahagia macam ni?
"Sayang okay?" Tanya Luth apabila Ayla hanya diam walaupun bibirnya mengukir senyuman manis.
"Haa? Okay" Ayla tersenyum gembira.
"Jom, potong kek" ajak Luth. Dia berdiri terlebih dahulu dan menghulurkan tangannya kepada Ayla. Ayla mencapai tangan itu. Maklumlah dia selalu sakit pinggang, jadi agak susah nak berdiri.
Mereka sama-sama memotong kek. Sorakan dan tepukan tangan kedengaran begitu kuat merayakan mereka.
Majlis itu berjalan dengan lancar. Semua yang ada mengucapkan tahniah kepada mereka. Datuk Ahmad mendekati mereka berdua.
Si kembar sudah berlari-lari di sekitar dewan itu.
"Ayla, Luth" panggil Datuk Ahmad.
"Ayah" serentak mereka menyahut. Datuk Ahmad menarik Luth ke dalam pelukannya. Entah mengapa dia sebak melihat wajah satu-satunya anak perempuannya ini.
"Terima kasih sebab bahagiakan puteri ayah" ucap Datuk Ahmad. Kini Ayla pula yang dia peluk. Diciumnya dahi Ayla.
"Terima kasih juga sebab bagi Luth peluang untuk bahagiakan puteri ayah ni" ucap Luth. Bahu Ayla dipeluk erat.
"Apa ni, Ayla rasa nak nangis jer tengok abang dan ayah macam ni" ucap Ayla.
"Tak payah nangis. Ni kan hari bahagia Ayla" usik Datuk Ahmad.
"Ayah ni. Malulah Ayla, dahlah tak bagitahu Ayla pun ada banyak orang macam ni. Buat malu Ayla jer nak duduk atas pelamin tu dengan perut besar macam ni" rungut Ayla.
"Malu ke terharu?" Sampuk Datin Alina. Wajah Ayla memerah.
"Ibu ni, Ayla cuma tak sangka jer akan dapat kejutan macam ni" terang Ayla.
"Mama happy sangat tengok kamu berdua bahagia macam ni. Walaupun duduk asing-asing. Kadang-kadang saja berjumpa, korang tetap bahagia dan dekat dengan satu sama lain" kata Puan Salmah pula.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...