Kini sudah seminggu Ayla berada di kota UK. Mana kan tidak, dia berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di salah satu universiti terkemuka disitu. Semuanya baik-baik sahaja sepanjang seminggu dia berada disitu. Yang tak baiknya ialah perasaan Ayla. Macam ada yang tak kena saja.
"Ayla do you want to join us?" Tanya teman sebilik Ayla yang bernama Maria.
"Where?"
"Dinner" Maria membuat gaya makan dengan tangannya.
"I think I'm not going with you guys, I'm sorry" kata Ayla. Dia benar-benar tiada selera untuk makan. Lapar memang lapar tapi tak selera nak buat macam mana?
"Okay, if you want something just give me a call" pesan Maria. Ayla mendekatkan jari telunjuk dan ibu jarinya, yang membawa maksud okay.
Keluar sahaja Maria dari bilik itu Ayla terus menghelakan nafas. Telefon yang berada di meja belajar itu diambil. WhatsApp dibuka. Nama Luth yang di pinned itu dibuka. Dibaca chat terakhir mereka, iaitu pada hari Ayla berangkat ke UK. Ya seminggu yang lalu dan itulah yang meggusarkan hati Ayla.
Luth langsung tidak menghubunginya, apatah lagi menghantar mesej. Ayla merenung kalendar di telefonnya itu.
Tarikh hari ini, 25 April dilihat bersama perasaan yang bercampur baur. Tarikh ini lah dia disatukan dengan Luth setahun yang lalu.
"Kalau pasangan lain mesti sambut anniversary mereka kan?" Kata Ayla perlahan. Dihempas telefonnya ditilam itu. Mata cuba ditahan dari mengeluarkan air mata.
"Abang tipu. Haritu beria cakap nak datang sini, ni sampai sekarang tak nampak batang hidung" rungut Ayla.
Ayla mencapai telefonnya kembali. Contact Luth dibuka kemudian di dial.
"Tolonglah abang angkat call Umai" gumam Ayla.
Lama menunggu sebelum Luth mengangkat. Belum sempat Ayla mengeluarkan kata bicara , Luth terlebih dahulu berkata,
"Aku busy ni. Nanti aku call balik" dan dengan itu panggilan dimatikan. Ayla terpinga-pinga. 'Aku?'.
"Okay takpa" Ayla bangun menukar pakaian. Cardigan dan tudung bawal berwarna hitam dicapai dan dipakainya ala kadar. Tak ada mood nak bersiap lebih-lebih. Tak ada yang nak tengok pun kan?
Beg duitnya dicapai, sempat dia menjeling telefonnya yang berada diatas meja itu dan dia terus keluar. Baik pergi cari makan daripada duduk meratap.
Luth masuk ke dalam suite hotel itu bersama perasaan puas. Dia meletakkan barang-barang beserta jamnya di atas meja solek itu. Kemudian dia berlalu ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Penat membawa kapal terbang katakan.
Setelah siap Luth terus keluar dan duduk di beranda bilik itu. Pemandangan yang indah. Mesti dia suka.
Ring!!
Telefonnya berdering.
"Mengada betullah perempuan ni" kata Luth kasar sebelum mengambil telefonnya.
"Kau tak faham bahasa ke, nanti aku call balik?" Sembur Luth.
"You! I baru call you ni kan? And you tak ada bagitahu I pun yang you nak call I?" Tanya Sarah hairan. Luth mengerutkan kening tadi bukan dia yang call ke?
"You? Teman I makan jom" ajak Sarah. Tak sabar nak meluangkan masa dengan Luth di negara orang ini.
"Aku tak naklah. Aku nak rehat. Kau pergi jer makan sendiri. Jangan call aku" kata Luth tegas. Rimas. Sarah pula membentak dalam diam. Sia-sia dapat jadual yang sama tapi tak dapat spend time together.
Sebenarnya jadual pemerbangan mereka tak sama pun, tapi dia pergi tukar dengan salah seorang rakan sekerjanya supaya dapat meluangkan masa dengan Luth.
"Luth.." belum sempat Sarah menghabiskan bicaranya Luth sudah mematikan panggilan itu.
Dengan pantas 'call history' ditelefonnya dibuka. Membulat matanya melihat nama pemanggil sebelum Sarah itu.
'Budak kesayangan❤️'
Dengan pantas nombor Ayla dicall. 3 kali percubaan namun masih tiada balasan. Luth menepuk dahi perlahan. Mesti Ayla salah faham. Ingatkan panggilan siang tadi adalah daripada Sarah. Dari mereka keluar dari lapangan terbang tak habis-habis Sarah memujuknya supaya tinggal di hotel yang sama dengannya.
Tapi dengan sekeras-kerasnya Luth menolak. Dia dah plan nak buat kejutan buat budak kesayangannya itu. Takkan lah dia nak rosakkan suasana. Bukan dia tidak tahu kalau mereka satu hotel. Mesti setiap masa pintu biliknya akan diketuk. Pergi situ lah pergi sana lah.
Lagi-lagi Ayla pun tak sukakan Sarah. Tak ke merajuk Ayla kalau melihat Sarah disitu nanti?
Tapi kini satu masalah telah bertambah. Pertama masalah Sarah yang tak habis-habis nak call dia, satu lagi Ayla yang tak nak angkat call dia.
"Kalaulah aku tengok dulu siapa yang call tadi" Luth menutup matanya menggunakan lengannya.
"Takpa, mungkin Ayla dekat toilet atau tengah tidur. Mana dia nak dengar kan?" Kata Luth husnudzon. Tanpa sedar dia terlelap.
🌸
🌸
🌸
Do vote and comment ✨
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...