Luth memandang Ayla yang sedang mengoleskan lipstick merah menyala di bibirnya itu. Bila dibeli pun tak tahu. Yang dia tahu Ayla cuma memakai lip balm selama ini. Pakaian Ayla ditilik. Kemain bersiap!
"Sayang nak pergi makan saja kan? Kenapa bersiap sungguh-sungguh ni?" Tanya Luth tak puas hati. Dah lah semalam dia hanya berputih mata apabila Ayla tidak membenarkan dia untuk mendekati Ayla.
"Nantikan ada Am dekat situ" kata Ayla selamba. Luth terus membeliakkan matanya.
"Sayang ikut abanglah, makan tempat lain" dalih Luth.
"Ish tak naklah. Orang nak makan dekat situ kan" Ayla tercebik-cebik.
"Sama jer kan. Nak pergi makan. Makan tempat lain pun kenyang tahu" pujuk Luth lagi. Memang taklah dia nak biarkan isteri dia pergi dekat Amran.
"Tapi tak ada Am. Tak sama tu!" Bentak Ayla perlahan. Biar Luth tercabar.
"Sayang ni dah kenapa excited sangat nak nak jumpa Amran?" Tanya Luth sambil menghela nafas perlahan. Sabar.
"Saja" jawab Ayla sambil tersenyum-senyum depan cermin.
"Tak payahlah bersiap bagai. Ni gincu ni. Terang sangat" bebel Luth.
"Biarlah. Suka hati Umai. Manalah tahu Am suka tengok, macam abanglah. Suka tengok cinta hati abang tu pakai lipstick merah kan?" Sindir Ayla. Ditambah lagi gincu di bibirnya itu. Sengaja menyakitkan hati Luth.
Luth membalikkan tubuh Ayla lalu dipeluk.
"Sayang tu isteri abang tahu" kata Luth perlahan. Ayla hanya diam. Faham akan teguran Luth tapi dia tidak akan mengalah.
"Jomlah, cepat. Ayla tak sabar nak jumpa Am ni" kata Ayla teruja. Luth menarik tangan Ayla lembut.
"Sayang tak ada apa-apa nak bagitahu kat abang?" Tanya Luth lembut. Tangan mengusap-usap perut Ayla perlahan.
"Tak. Kalau Umai bagitahu bukannya abang peduli pun. Tunggu Umai ditimpa musibah baru abang peduli. Macam dulu, waktu Ayla hilang baby" kata Umai perlahan.
"Sayang" panggil Luth seakan memujuk.
Ayla melepaskan pelukan. Laci di meja solek itu dibuka. Kotak hadiah kecil berbentuk segi empat tepat diambil.
"Nah, hadiah birthday abang. Patutnya haritu lagi Umai bagi. Tapi tahulah, Umai macam tak ada suami, selalu ditinggal-tinggal" kata Ayla perlahan. Mata di alihkan ke arah lain. Cuba menahan air mata.
Luth membuka kotak itu dengan perasaan bersalah.
Isi kotak itu dilihat dengan sebak. Stick ujian kehamilan itu dipegang dan ditatap bersama perasaan yang bercampur baur.
"Berapa bulan dah yang?" Tanya Luth perlahan. Ayla dalam diam tersenyum melihat reaksi Luth.
"Tak tahu, Ayla tak cek lagi" jujur Ayla.
"Dah berapa bulan sayang tak period?" Tanya Luth perlahan.
"Tiga" Luth semakin merasa bersalah. Kesihatan isterinya langsung dia tidak peduli.
"Jomlah. Umai nak makan kat restoran Am" ajak Ayla sambil mencapai sling bag nya.
Luth mengejar langkah Ayla lalu dipeluknya tubuh Ayla erat.
"Thank you sayang" ucapnya ikhlas. Dia menunduk di depan perut Ayla. Perut itu dicium penuh kasih.
Jujur Ayla terharu tetapi dalam masa yang sama dia terpukul. Jelas terpancar kasih sayang di mata Luth buat 'baby', tapi dia?
Dia mengundur menjauhi Luth sebelum dengan pantas dia menuruni tangga.
Luth hanya tersenyum lemah. Ayla masih merajuk?
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...