PH 29 - Gaduh

6.4K 193 23
                                    

Ayla melihat Luth yang sedang duduk termenung di birai katil itu. Dari tadi mereka tidak bersuara. Janggal.

Luth memandang Ayla yang hanya memakai bathrobe hotel. Nafas dihela perlahan. Perlahan-lahan dia mendekati Ayla.

"Umai ikut abang balik ya? Sambung belajar dekat sana" pujuk Luth lagi. Dengan pantas Ayla mengundurkan diri. Luth yang memahami penolakan Ayla terus menarik tangan Ayla. Disabarkan hatinya yang meronta-ronta ingin tahu.

"Aww, sakit" jerit Ayla. Luth melepaskan tarikan tangannya itu. Ayla menggosok-gosok pergelangan tangannya untuk menghilangkan rasa sakit.

Luth mulai serba salah. Ditariknya tangan Ayla perlahan.

"Abang yang buat ke ni?" Tanya Luth dengan nada kesal. Ayla memandang mata Luth sebelum menganggukkan kepalanya. Siapa lagi kalau bukan Luth? Jin yang buat?

"Abang terlalu berkasar dengan sayang ke semalam?" Tanya Luth lagi.

Ayla memandang Luth dengan pandangan berkaca. Dianggukkan kepalanya laju. Luth mengangkat Ayla lalu didudukkan di atas meja solek. Dicium dahi Ayla lama. Kemudian dia memeluk Ayla erat. Dia sayangkan isterinya ini dan dia takut kejadian di masa lalunya berulang.

"Abang minta maaf, abang tak sedar abang dah sakitkan isteri abang ni" pinta Luth.

Lantas Ayla memeluk leher Luth erat. "Abang, Umai sakit" adu Ayla bersama tangisan kesakitan.  Bukan mengada tapi makin dipujuk, makin ditanya, makin terasa sakitnya, makin laju air mata merembes.

"Mana sayang?" Tanya Luth prihatin. Semua salah dia. Dia sepatutnya bersabar bukan terus menghukum.

Ayla membawa tangan Luth ke arah badannya yang dirasakan sakit. Di tangan, di bibir dan diperut Ayla. Pendek kata hampir seluruh tubuhnya terasa sakit. Ayla sudah menangis teresak-esak. Kesakitan yang dia tahan-tahan sejak tadi bagai mencucuk-cucuk dirinya.

Dengan pantas Luth membelek-belek tubuh Ayla. Walaupun Ayla menghalang Luth tetap berkeras.

"Sayang tunggu sini kejap ya" pinta Luth kemudian dia keluar membawa dompetnya.

Lama menunggu akhirnya Luth kembali. Tanpa amaran Luth melutut dikaki Ayla. Lantas Ayla menahan.

"Abang, malu"

"Abang cuma nak sapu krim ni" tunjuk Luth. Ayla menggelengkan kepalanya.

"Biar Umai buat sendiri" dia cuba mengambil ubat krim itu dari Luth tapi dengan pantas Luth menghalang.

"Takpa, biar abang yang buat" halang Luth. Ayla menutup nukanya menggunakan kedua belah tangannya. Sesekali bibirnya mendesis sakit.

Sesudah menyapu krim itu, Luth mengangkat Ayla ke tengah katil.

"Rehatlah dulu" Luth mencapai telefon hotel lalu memesan makanan.
Ayla hanya memandang. Dia masih berkira-kira sama ada mahu bertanya ataupun tidak.

Ring!

Telefon Luth berdering. Dengan pantas Luth mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum ma"

"Waalaikumsalam, Luth dekat mana ni?" Puan Salmah bertanya lembut.

"Luth kat UK ni"

"Ohh, Luth, daddy Luth call mama" kata Puan Salmah penuh berhati-hati.

"Apa orang tua tu nak?" Wajah Luth berubah merah menandakan yang dia sedang marah.

"Dia nak jumpa Luth. Katanya ada hal penting dia nak cakap"

"Luth tak nak. Jangan paksa Luth! Orang tua tu nak mati sekali pun Luth tak akan datang jumpa dia" Luth meraup wajahnya kasar. Masalah yang dia hadapi sekarang pun belum selesai, datang lagi masalah baru.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now