"Abang" sapa Ayla perlahan. Air mata mulai bertakung di tubir mata. Tunggu masa untuk jatuh.
"Baba!" Pantas kembar itu berlari ke arah Luth yang duduk di atas tikar itu.
"Hey, rindu baba tak?" Luth mencium kedua anaknya. Luth tersenyum melihat Ayla yang berdiri kaku tidak jauh dari dia.
"Baby, tak nak peluk abang?" Tanya Luth. Tangannya tidak habis-habis mengusap kepala kembar itu.
"Mengada. Ni kuburankan. Elok-elok sikit. Luthfia, Luthfi jom sedekahkan al-Fatihah buat atuk" ajak Ayla kepada kedua anaknya. Ya atuk, Mr. Lucas Benjamin. Meninggal kerana penyakit kansernya itu tidak dapat di selamatkan lagi. Sudah 2 tahun Mr. Lucas pergi.
Pantas kedua mereka menadah tangan. Agak lama mereka disitu sebelum Luth mengajak dia pulang.
"Ehh mana Amran?" Tanya Ayla bila dia langsung tidak melihat kereta Amran disitu.
"Hah. Kenapa cari lelaki lain?" Kata Luth nakal.
"Bukanlah, beg-beg kan tempat dia" Ayla menjeling Luth manja.
"Hah, jeling-jeling. Abang dah pesan minta tolong hantar sayang kat sini jer, dia dah balik lah tu" Luth menegur. Ayla ketawa kecil.
"Sorrylah, tapi abang tu yang jahat" rungut Ayla.
"Apa pula abang?" Tanya Luth sambil mendudukkan kembar itu ke dalam kerusi bayi di kereta itu.
"Konon tak dapat ambil. Alih-alih dia dah datang sini dulu" rungut Ayla.
"Patutnya meeting sampai pukul 2, tu yang abang minta tolong Am ambil sayang, tapi habis awal jadi abang terus pandu ke sini" terang Luth. Ditariknya Ayla supaya memasuki kereta.
"Ermm" Ayla hanya menggumam kecil.
"Sayang tak salam abang lagi. Tak rindu ke?" Usik Luth. Dagu Ayla dicuit. Pantas Ayla mencapai tangan Luth dan dicium laju.
"Tak" jawab Ayla jual mahal.
"Tak konon, abang tinggal baru tahu" usik Luth sambil mencebik.
"Abang jangan mengada-ada" marah Ayla. Dijegilkan matanya ke arah Luth.
Baru sahaja Luth hendak membalas Luthfi mencela.
"Uuuumiiii" meleret dia memanggil.
"Iya Luthfi" sahut Ayla.
"Nak umi" kata Luthfi manja.
Ayla pantas berpaling mengambil Luthfi yang masih terikat dengan tali pinggang keledar di belakang.
Sempat dilihatnya Luthfia yang sudah tertidur. Kesian Luthfia. Selalu beralah dengan Luthfi. Yalah Luthfi kan manja benar dengan dia. Ayla pula bukannya kuat sangat nak dukung dua-dua sekali.
Luthfi yang sudah berpindah ke riba Ayla pantas memeluk Ayla.
"Rindu" Luthfi tersenyum.
"Hah, rindu umi ke rindu rantai umi?" Usik Ayla apabila Luthfi sudah mencapai rantai di sebalik tudungnya.
"Umi, papa" tunjuk Luthfi pada Luth. Luth hanya tersenyum melihat Luthfi yang manja dengan Ayla itu.
"Baba lah sayang" kata Ayla membetulkan panggilan itu.
"No, daddy" kata Luthfi pula. Mukanya tersenyum suka memandang ke arah Luth.
"Hailah, anak baba ni. Kejap-kejap panggil baba, papa, kejap-kejap daddy, nasib baik Luthfi tak panggil baba uncle" bebel Luth sambil tergeleng-geleng.
Dari kembar itu kecil, macam-macam panggilan di terimanya. Baba, papa, daddy. Tinggal ayah dan bapa sahaja yang belum disebut anak itu.
"Tulah abang, Umai pun dah jenuh nak ajar. Ni budak ni sengaja jer ni" Ayla menggeletek perut Luthfi. Apalagi terkekek dia ketawa.
"Ba, mamam chop-chop" kata Luthfi.
"Ya sayang, sampai rumah nanti baba masakkan ya" kata Luth. Luthfi tersenyum suka.
"Say what sayang?" Tanya Ayla pada Luthfi.
"Thank you papa" tutur Luthfi.
Ayla dan Luth hanya tersenyum memandang telatah Luthfi.
.
.
.
Ayla terjaga dari pengsan. Matanya meliar melihat bilik itu. Pantas dia bangun.
"Ibu, ayah" panggil Ayla. Dia kembali teresak-esak.
"Ayla kenapa ni? Ada sakit mana-mana ke?" Tanya Datin Alina risau.
"Ayla nak abang Luth. Bawa Ayla jumpa abang Luth ibu" rayu Ayla.
"Ayla jangan macam ni. Luth okay dia tak apa-apa" kata Datin Alina menenangkan Ayla.
"Apa dah jadi? Ayla nak cakap dengan abang Luth. Kenapa abang tak jawab call Ayla" tersedu-sedu Ayla menangis.
"Luth kemalangan, telefon dia rosak. Dia tak dapat hubungi Ayla, baru tadi mama call ibu. Luth kemalangan waktu nak kejar Ayla kat airport. Luth tak sedar yang Sarah awal-awal lagi dah menyelinap masuk ke dalam kereta dia. Dia bergelut dengan Sarah dalam kereta, dan kereta tu terbabas langgar lori balak. Luth cuma cedera parah, Ayla jangan risau Luth dah sedar. Cuma Sarah pula meninggal di tempat kejadian" terang Datin Alina.
"Abang okay kan ibu? Ayla tak nak abang tinggalkan Ayla. Ayla tak nak berpisah dengan abang" rayu Ayla.
"Ya. Ibu yakin Luth kuat. Dia kan nak jumpa Ayla mestilah dia kuat. Ayla dekat sini jangan nangis-nangis. Ayla doa pada Allah supaya Luth diberikan kesembuhan" pesan Datin Alina.
Ayla menganggukkan kepalanya. Sungguh dia risau akan keadaan Luth lagi-lagi mimpinya tadi itu bagaikan benar Luth telah pergi meninggalkannya.
Tiba-tiba Ayla teringatkan link yang dihantar Amran. Pantas dia membuka link itu. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat rakaman kejadian kemalangan diantara kereta dan lori balak itu.
Walaupun rakaman itu agak bergoyang-goyang dan bising dengan suara orang ramai, namun dia kenal benar dengan kereta itu. Kereta Luth!
Bunyi langgaran itu begitu kuat. Tidak hairan kenapa Luth cuma cedera parah dan Sarah pula terkorban. Rakaman yang berdurasi 0.44 saat itu menunjukkan sebuah kereta yang bergerak tak tentu hala, sekejap ke kiri dan kanan bagaikan pemandu kereta itu mabuk tidak dapat melihat jalan dengan betul. Dan akhirnya lori balak yang bergerak dari arah bertentangan melanggar tepat di sebelah penumpang bahagian depan itu.
Ayla menangis teresak-esak. Kalaulah dia membuka link yang dihantar Amran itu sewaktu dia masih berada di airport, sudah pasti dia masih berada di Malaysia untuk menemani Luth.
Vote☘️
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...