Luth memandang Ayla yang keluar dari bilik air dengan hanya bertuala paras peha.
Seperti kebiasaannya Ayla akan membawa lotion kepada dia. Luth hanya menyambut tanpa kata. Suami kenalah memanjakan isteri kan.
"Baby.." panggil Luth. Entah sejak beberapa tahun lalu Luth selalu memanggil dia baby.
"Hmm"
"Abang ada beli hadiah nanti sayang pakai tahu" pesan Luth. Pantas Ayla menepuk peha Luth.
"Hadiah abang tu tak lain tak bukan lingerie" kata Ayla mencebik.
"Mestilah, dah lah lama kita tak jumpa" rungut Luth.
"Takda abang jangan mengada-ada. Lama tak jumpa konon, bulan lepas bukan baru jumpa ke?" kata Ayla memberi amaran.
"Lama lah tu. Terseksa tahu abang nak duduk Malaysia. Dah lah sayang kat London tu" rungut Luth. Rambut depan Ayla yang berjuntai diselit di belakang telinga.
"Ayla tak terseksa pun. Lagi suka adalah" usik Ayla.
"Sayang ni. Tak nak lah kawan sayang" Luth pantas membaringkan diri membelakangkan Ayla. Merajuk.
Ayla menjongketkan kening.
"Abang?" Panggil Ayla. Luth hanya diam. Entah mengapa dia rasa nak merajuk dengan Ayla. Sejak kebelakangan ini emosinya bagaikan tak stabil. Selalu pening dan ada sekali tu dia mual-mual.
"Abang merajuk ke? Tak malu lah abang ni. Dah tua pun merajuk" pujuk Ayla. Tapi Luth tak makan pujukan itu. Ditepisnya tangan Ayla lalu dia masuk ke dalam bilik mandi.
"Sensitifnya orang tua ni" Ayla menggelengkan kepala. Baru sahaja dia mahu bangun, telefonnya berdering.
"Hello"
"Weh beruk aku nak bagitahu ni, aku nak kahwin" belum apa-apa Amran dah berkata laju.
"Pelan-pelan lah kau ni. Oh kau dah kena terimalah ni?" Tanya Ayla teruja.
"Haah, tak lama lagi aku ada bini boleh sweet-sweet. Kompom kau jeles punya" kata Amran teruja.
"Ceh, mengada. Ingat sikit jasa aku kat kau ehh. Kalau bukan aku yang pujuk Siti tak jalan juga" kata Ayla membangga diri.
"Kau ni. Nak juga ambil nama. Takda-takda. Siti terima aku sebab aku hensemlah. Kau apa tahu" perli Amran.
"Takpa nanti aku bagitahu Siti yang kau selalu kutuk dia" usik Ayla.
"Woii, janganlah. Dah elok-elok plan nak bertunang terus esok, silap-silap kena tolak terus" Amran mencebik.
"Hah?! Kau biar betul? Laju gila kau buat kerja" Ayla terkejut. Minggu lepas Amran masih menghubunginya meminta bantuan dia untuk memujuk Siti supaya menerimanya kembali. Alih-alih esok nak tunang dah?
"Mestilah, ni abang Am lah" bangga Amran.
"Ohh, abang ya?" Kebetulan Luth keluar dari bilik air. Dijelingnya Ayla lalu dia keluar dari bilik itu. Patutlah lama sangat dia tunggu Ayla datang pujuk dia, rupa-rupanya tengah bercall.
"Abang monyet" Ayla ketawa kuat.
"Dahlah kau, mengada. Patutnya aku tak tolong laki kau ambil kau kat airport tadi" kata Amran dengan nada tercebik. Menyampah.
"Eleh, kau tolong juga kan. Dahlah kau, aku nak tidur" pamit Ayla.
"Memanglah aku tolong, sebab ada anak angkat aku kat situ. Tapi masalahnya anak aku tak mengaku aku papa. Takpa nanti aku kahwin aku buat anak sendiri" omel Amran.
"Bongoklah kau ni. Dah lah bye" pantas Ayla mematikan telefon. Suaminya, Luth masih belum terpujuk.
Almari dibuka. Sebuah kotak hadiah dibuka.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...