PH 2 - Pindah

14.9K 260 7
                                    

Ayla masuk kedalam biliknya selepas makan tengahari bersama keluarganya.

Mata terpandang ke arah katil yang berselerak. "Mana mak wan tak kemas bilik ni" rungut Ayla lalu menapak ke arah almari bajunya.

"Kenapalah saya terima nak kahwin awal" rungut Ayla. Geram apabila teringatkan bicara Luth waktu makan tengahari tadi.

~flashback~

"Ayah, ibu Luth nak minta izin" kata Luth sopan.

"Apa dia?" Tanya Datuk Ahmad sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Luth nak bawa isteri Luth pindah, boleh tak ayah?" Tanya Luth meminta kebenaran.

"Ohh, ingatkan nak minta izin apa tadi. Boleh jer, Ayla kan dah jadi isteri Luth. Ikut Luth lah nak buat apa dengan Ayla, selagi tak memudaratkan dan tak salah di sisi agama" nasihat Datuk Ahmad.

Luth tersenyum. Yes!

"Awak, saya tak nak ikut. Saya nak duduk dengan ibu ayah. Lagipun saya sekolah lagi" protes Ayla.

"Ayla, apa cakap macam tu dekat Luth? Suami tu" tegur Datin Alina.

"Ibu ni, nanti Ayla nak pergi sekolah. Takkan lah Ayla nak berhenti sebab dah kahwin? Ayla nak jadi macam remaja lain juga boleh buat benda yang mereka suka dan minat" rungut Ayla lagi.

"Abang tak halang sayang untuk pergi sekolah atau buat benda yang sayang suka. Abang cuma nak kita berdikari dengan duduk sendiri, tapi kalau sayang tak nak, tak pe lah kita boleh tinggal sini kalau ayah dan ibu tak keberatan" ucap Luth dengan suara mengendur. Ayla sudah tersenyum mendengar kata-kata Luth.

"Ayla, tak baik cakap macam tu. Ayla kena ingat Ayla dah kahwin. Dah ada suami. Berdosa Ayla sebagai seorang isteri kalau melawan cakap suami" kata Datuk Ahmad.

"Ayla minta sorry. Tapi nanti Ayla boleh balik sini kan? Nanti Ayla rindu ibu ayah"kata Ayla perlahan. Rasa sedih pula apabila mendengar bicara ayah. 

Luth terus mengusap kepala Ayla, "boleh jer"

~end flashback~




Ayla mencebik. Macam mana nak kemas pakaian ni? Berapa pasang baju nak bawa? Buku-buku sekolah pula? Siapa nak kemas? Siapa nak angkat?

Manjanya Ayla!

Ktak! Pintu di buka menandakan ada orang masuk. Siapa lagi kalau bukan Luth.

"Aik dah lama dah kau naik tak siap-siap kemas lagi budak?" Tanya Luth. Ayla hanya membisu.

"Katil ni kenapa tak kemas?" Tanya Luth lalu mengemaskan katil. Selimut yang dilipat diletakkan di atas bantal.

"Ish kan saya dah cakap haritu saya tak reti. Baju ni nak bawa berapa pasang? Kan nanti kena balik sini juga jadi mesti lah kena ada baju saya kat sini juga kan?" Ayla merungut. Mata sempat menjeling ke arah Luth.

Luth menggelengkan kelapa. Apalah nasib kau Luth dapat bini budak-budak.

Luth berjalan mendekati Ayla yang duduk di lantai depan almari.

"Bawalah baju rumah, baju jalan sikit, baju sekolah. Haa panty and bra jgn lupa bawa" kata Luth.

"Mana satu nak bawa?" Tanya Ayla lagi.

"Ya Allah. Hei budak, ambil je lah mana-mana yang selesa"Luth memicit kepala. Pilih baju pun susah ke?

"Bawa sikit pun tak pe nanti beli baru" kata Luth. Apabila melihat Ayla yang masih ragu-ragu memilih pakaian. 

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now