Ayla memandang Luth yang bersembang dengan Amran di sofa itu. Jelas kedinginan di antara mereka.
Ayla hanya berdiam di dapur sejak tadi. Luth menyuruhnya masuk setelah batuknya reda. Ayla masuk dan mempelawa Amran untuk masuk kerana Luth dah sampai rumah. Makanan yang dibawa oleh Amran turut dibawa masuk.
Ayla duduk di dapur sambil menikmati makanan itu manakala Amran dan Luth duduk di ruang tamu. Ayla sendiri tidak berani untuk keluar. Wajah Luth itu menakutkannya.
Ayla sedikit cuak apabila melihat Amran yang sudah berdiri. Tak mahu duduk dengan Luth. Pantas Ayla berdiri.
"Am" panggilnya.
Luth dan Amran serentak memandang ke arah Ayla.
"Ya" dengan selamba Amran hendak menapak ke dapur.
Luth yang melihat menjegilkan matanya. Pantas dihalang. Bahu Amran ditarik.
"Tak payah nak masuk dapur orang. Cakap jer dari sini" tegurnya sinis.
"Suka hati akulah" Amran memandang ke arah Luth seakan-akan mencabar. Biar padan muka Luth.
"Lepas ni kau jangan jumpa isteri aku lagi kalau kau tak balik sekarang" kata Luth memberi amaran.
Amran melepaskan pegangan Luth lalu terus berlalu keluar. Ayla pantas mengejar langkah Amran. Baru sahaja dia nak melangkah keluar dari pintu Luth menarik pinggangnya.
"Tak payah kejarlah" kata Luth tegas. Boleh pula Ayla nak kejar lelaki lain depan dia.
"Am, esok-esok kita jumpa lagi ya" jerit Ayla. Luth membulatkan matanya memandang Ayla. Amran tersengih sinis.
"Okay, boleh jer. Lagipun mesti baby rindu papa Am" usik Amran sengaja. Luth pula sudah memerah mukanya.
'Jadi betullah Ayla mengandung?'
Hilang sahaja kelibat kereta Luth Ayla terus menapak ke dapur. Makanan mesti habis! Luth mengejar langkah Ayla.
"Umai.." panggilnya perlahan. Ayla hanya diam tidak menyahut.
"Sedapnya" Ayla menutup mata sambil menyuapkan lagi makanan itu kedalam mulut.
"Sayang" Luth duduk di sebelah Ayla. Pantas Ayla menyumbat makanan yang tersisa di pinggan ke dalam mulut. Pinggan-pinggan kotor di angkat ke singki.
"Takpa biar abang buat" kata Luth menggantikan tempat Ayla disingki.
Dengan pantas Ayla meninggalkan Luth disitu.
Luth mencebik.
"Tak pasal-pasal aku nak kemas pinggan budak mentah tu" rungut Luth merujuk pada Amran.
"Papa Am konon. Pi matilah" bentak Luth tanpa sedar Ayla sedang ketawa geli hati di balik dinding.
Ayla duduk di sofa. Kaki dilunjurkan. Instagram dibuka. Gambar makanan yang dicari dari Pinterest di post. Ig milik Amran juga tidak lupa di tag sekali. Tersenyum-senyum dia melihat komen Amran.
@Amranhensem
Sedap tak? Kalau nak lagi cakap jer. Abang Am dengan rela hati nak hantar🙈@Ayla_H
Ok abang. Jangan lupa siapkan dengan kasih sayang tahu!Luth memandang ke arah Ayla yang tersenyum-senyum melihat telefon. Baru sahaja dia mahu melihat Ayla melarikan telefonnya. Sengaja!
"Sayang buat apa hari ni?" Tanya Luth ramah. Padahal hati macam nak pecah dah nak tahu apa yang dilihat Ayla.
"Makan dengan Am" jawab Ayla tanpa memandang ke arah Luth.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
Storie d'amoreSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...