Luth hanya memandang Ayla yang duduk di kerusinya itu sambil bermain-main dengan kerusi itu.
"Kenapa Umai datang sini?" Ayla mengangkat kening.
"Kenapa tak boleh ke?" Ayla mendagu. Rasanya tak salah dia nak datang sini.
"Bukan macam tu lah. Mesti sayang nak apa-apa kan?" Kata Luth sambil tersenyum manis.
Ayla menjeling.
"So, dah berapa lama sotong tu berlagak dekat sini?" Tanya Ayla.
"Tak payah lah cakap pasal dia" Luth menundukkan kepala. Dia tahu kalau dia buka cerita mahu Ayla lari dari dia.
"Apa motif dia bagi gambar-gambar palsu tu dekat abang?" Tanya Ayla serius.
"Dia sukakan abang lagi kan?" Tanya Ayla lagi. Pantas Luth memandang wajah penuh makna Ayla.
"Abang tahukan Ayla tak sukakan dia, kenapa abang boleh berkawan dengan dia pula?" Tanya Ayla. Dia bukan mahu menghalang Luth berkawan dengan sesiapa. Tetapi dia tidak mahu Luth dekat dengan orang yang mempunyai niat buruk, lagi-lagi yang boleh rosakkan hubungan mereka.
"Abang tak tahu sayang. Abang mengaku abang salah, abang minta maaf" rayu Luth. Dipegangnya bahu Ayla supaya Ayla menghadap dia.
"Itulah abang. Tahu minta maaf saja. Ayla tertanya-tanya siapa isteri abang sebenarnya, Ayla atau sotong tu. Beria abang bela dia kan" duga Ayla. Kecewa di hati usah dicakap. Tapi dikuatkan hatinya untuk berdepan dengan realiti.
"I was thinking to forgive you, but I don't think it worth. Abang still tak pedulikan Ayla" Ayla mengukir senyuman nipis.
"Umai" panggil Luth perlahan.
"Abang perlu kaji hati abang. Tell me abang cintakan saya atau tak. Kalau abang tak cintakan saya, saya nak abang lepaskan saya" Ayla memandang tepat ke dalam mata Luth. Mungkin sampai sini sahaja jodoh kita.
"No, abang tak akan sesekali lepaskan sayang!" Kata Luth tegas. Dia tidak tahu sama ada dia cintakan Ayla atau tidak, tapi untuk melepaskan Ayla dia tidak sanggup. Ayla bagai sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
"Ayla tak mahu hidup dengan orang yang tak cintakan Ayla" rayu Ayla.
"Abang akan cuba, bagi abang peluang" rayu Luth. Lama Ayla berdiam diri.
"Ayla bagi abang 3 bulan, kalau still tak menjadi. Abang kena lepaskan saya" kata Ayla meletakkan syarat. Dia sudah tidak mahu hidup dalam penipuan. Tapi sebabkan dia masih cintakan Luth, dalam tak sedar dia meletakkan harapan kepada dirinya sendiri.
"Abang janji abang akan gunakan masa tu sebaiknya. Abang akan cintakan sayang" yakin Luth. Dia memeluk tubuh Ayla erat. Bersyukur kerana masih diberi peluang.
"Ayla nak makan steak" kata Ayla tiba-tiba. "Jom, abang bawakan" ajak Luth bersama senyuman gembira. Dipimpin isterinya itu. Dalam diam Ayla tersenyum dilayan sebegitu. Walaupun dia tahu dia dilayan tanpa perasaan cinta seorang suami terhadapnya.
'Abang janji dalam 3 bulan ni, Abang akan goda sayang sampai sayang takut kehilangan abang. Abang akan pastikan yang abang cintakan sayang seorang' nekad Luth.
"Sayang termenung aje?" Tegur Luth. Rindu nak dengar suara budak kesayangannya ini.
"Biarlah, suka hati Ayla" geram Ayla. Sibuk nak tegur-tegur. Dia memang bagi peluang tapi dia belum maafkan Luth.
"Tak baiklah sayang ni. Kata nak bagi abang peluang" rungut Luth.
"Bagi peluang dengan memaafkan tak sama" jeling Ayla.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...