Selepas selesai Luth siap mencuci kereta kesayangannya di luar rumah, Luth terus masuk dan duduk di sofa dua berangkai. Puan Salmah yang sedang ralit menonton tv sambil makan kuaci terus melihat ke arah Luth.
"Ayla mana? Tak nampak pun dia, kamu kata dia tak pergi sekolah?" tanya Puan Salmah. Pagi tadi hanya Luth yang bersarapan dengannya.
"Kat atas kot. Kejap Luth pergi tengok" Luth terus berdiri hendak memanjat tangga.
"Kenapa Ayla tak pergi sekolah? Kamu jangan nak ajar Ayla ponteng kelas" duga Puan Salmah.
"Penat kot" kata Luth lalu tersenyum meleret. Terbayang-bayang akan memori semalam.
"Penat buat apa?" Tanya Puan Salmah hairan.
"Penat teman Luth. Semalam Luth tak dapat tidur sebab minum kopi" terang Luth. Kopi bergaram hahaha.
Puan Salmah hanya mengiyakan. Lebih baik layan tv dari melayan Luth. Luth terus berlari ke biliknya ditingkat atas.
Luth tersenyum melihat wajah nyenyak Ayla yang masih berbungkus selimut.
"Sayang, wake up" Luth duduk di birai katil sebelum tangan hinggap di bahu Ayla.
'Panasnya, demam ke?'
"Umai, bangun. Umai demam ni" panggil Luth sambil menggoyangkan badan Ayla perlahan.
"Abang, pening" kata Ayla sebelum menarik selimut menutupi seluruh badannya.
"Umai makan dulu, abang siapkan makanan. Nanti demam Umai melarat" kata Luth.
"Haa mana Ayla?" Sergah Puan Salmah apabila melihat Luth menyediakan bubur buat Ayla.
"Ayla demam ma, Luth nak bagi dia makan dulu, lepas tu makan ubat" terang Luth.
"Teruk ke? Kalau tak kita bawa dia pergi klinik" kata Puan Salmah prihatin. Menantu kesayangan sakit katakan.
"Luth bagi dia makan ubat dulu, kalau still tak ok, nanti Luth bawa pergi klinik" Puan Salmah hanya menggangguk faham. Tahulah Luth menjaga isteri mudanya itu.
"Mama, Luth kena fly esok, petang. Boleh tak mama tolong Luth jagakan Umai?" Tanya Luth.
"Boleh jer, berapa hari kamu pergi kalini?" Tanya Puan Salmah.
"Seminggu, risaulah Luth nak tinggalkan Umai" kata Luth.
"Boleh jer, nanti jangan lupa bagitahu Ayla. Kalau tak memuncung jer kalau kamu tak ada" terang Puan Salmah. Luth menjongketkan kening.
"Kamu pergi mana 3 hari tak balik? Ayla punya risau sampai tiap-tiap malam tunggu kamu balik" terang Puan Salmah.
"Luth ada kerja. Lupa pula nak bagitahu Umai" terang Luth. Terharu lah pula bila Puan Salmah memberitahunya bahawa Ayla menunggu kepulangannya.
"Kerja apa? Jangan cakap yang Luth masih buat kerja tu?" Tanya Puan Salmah terkejut. Luth hanya senyap.
"Luth kena fikirkan Ayla. Jangan penting diri sendiri. Kamu nak kejadian 3 tahun lepas berulang?" Tanya Puan Salmah lemah. Bukan niatnya mahu mengingatkan Luth akan kejadian itu. Tapi dia risau yang Luth akan ditimpa masalah jika masih melakukan kerja itu.
"Luth tahu apa Luth buat. Mama tak perlu nak mengungkit" bentak Luth kasar sebelum mengangkat bubur dan panadol ke atas.
"Luth jangan keras kepala, Luth lupa yang Luth hampir tinggalkan mama?"tanya Puan Salmah penuh emosi.
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
Roman d'amourSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...