Saya happy view banyak tapi sy sedih sikit yang vote 😢 Tapi tak apalah, menulis ni hobi, view n vote/comment tu bonuslah kan? ☘️ Pada yang vote terima kasih tau. Many love from me❤️
.
.
.
Ayla bersenang-senang di atas sofa ruang tamu itu. Tak ada benda nak dibuat. Kerja-kerja rumah semua Luth dah buat sebelum dia berangkat kerja pagi tadi. Sarapan juga disediakan oleh Luth. Pendek kata Ayla bagaikan permaisuri didalam rumah itu. Satu kerja pun tak perlu dibuat. Dia ada juga tawarkan diri nak buat kerja-kerja rumah macam sapu rumah, cuci pinggan. Tapi Luth tak izinkan. Katanya tak nak buah hati penat. Ayla apalagi, suka lah dia.
Ni jam dah pukul 12.15 tengahari. Kejap lagi Luth sampai bawakan Ayla makanan. Yelah, kalau dah sarapan pun Luth sediakan, semestinya makan tengahari dan makan malam pun Luth yang sediakan buat mereka berdua. Ayla hanya menunggu. Dia sendiri tidak tahu mahu buat apa selain menonton tv, main telefon, dan tidur.
"Assalamualaikum" Ayla terus membuka pintu.
"Waalaikumsalam abang" jawab Ayla. Disalamnya tangan Luth. Luth hanya tersenyum.
"Buat apa tadi?" Tanya Luth.
"Main telefon. Abang lusa abang teman Ayla pergi ambil result spm ya?" Tanya Ayla.
"Pukul berapa tu? Takut abang ada meeting" jawab Luth.
"Pukul 10 pagi"
"Bolehlah. Lepastu Ayla ikut abang pergi office" ajak Luth.
"Why?" Tanya Ayla. Pelik. Kenapa tak hantar balik terus jer?
"Aik tak nak pergi tengok company awak ke sayang?" Duga Luth.
"Nak. Nak teman abang kat sana. Duduk rumah pun Ayla tak buat apa-apa. Ayla nak kemas rumah abang tak bagi, nanti tangan rosak lah, nanti Umai penatlah. Ingat kita budak-budak ke?" Rungut Ayla.
"Hello, Umai tu isteri abang. Kalau boleh bukan setakat kerja rumah saja abang tak nak sayang buat. Kalau boleh pijak tanah pun abang tak bagi" kata Luth. Pada Luth, dia mahu Ayla hidup dalam keadaan senang. Dia tidak mahu Ayla lelah dalam menguruskan rumah. Dia berkahwin dengan Ayla kerana mahu mencari isteri, bukan pembantu rumah. Dia memang bercadang mahu mencari pembantu rumah untuk Ayla, tetapi sampai sekarang dia belum menjumpai yang sesuai. Kalau boleh dia nak cari yang berumur sikit. Ayla bukan boleh, ada yang over thinking nanti.
"Dah tu abang? Abang tak bosan nak buat semua benda untuk Umai? Abang dah lah buat 2 kerja sekarang ni, tambah lagi dengan kerja rumah" Umai tak nak abang tinggalkan sayang sebab penat suatu hati nanti.
Ayla tersenyum nipis. Ayat terakhir itu hanya diucapkan didalam hatinya.
"Kalau abang penat. Pandailah abang rehat. Kan sayang ada, jadi penawar kepenatan abang" kata Luth. Diciumnya dahi Ayla penuh cinta.
"Dahlah jom makan nanti abang lambat balik office" ajak Ayla. Luth memeluk pinggang Ayla ketat.
"Rasa macam tak nak pergi office balik jer. Nak peluk sayang" rayu Luth nakal. Dengan pantas Ayla menepuk tangan Luth yang berada dipinggangnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
PILIHAN HATI
RomanceSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...
