Hi silent reader, jangan malu jangan segan, mohon vote and comment ya🤗
.
.
.
Petang itu Luth pulang dengan senyuman. Walaupun penat menghadap kerja namun apabila dia teringatkan isteri kesayangannya, Ayla. Penat itu beransur hilang. Apatah lagi kalau dia melihat Ayla didepan matanya.
Seperti biasa, pulang sahaja Luth dari kerja Ayla sudah di depan pintu menunggunya keluar dari kereta.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, abang penat?" Jawab Ayla sambil menyalam Luth, diambilnya beg kerja Luth. Luth pula seperti kebiasaannya, dicium dahi dan kedua pipi Ayla.
"Abang nak pergi mandi dulu atau makan?" Tanya Ayla teruja. Maklumlah hari ini dia mencuba memasak makanan kegemaran Luth, iaitu ayam masak merah.
Luth duduk di sofa, ditariknya Ayla untuk duduk di ribanya. "Rindu".
Ayla hanya diam. Sempat dijeling ke tangga rumah. Ni kalau Puan Salmah turun, malu lah dia dibahan Puan Salmah.
"Auch" Ayla mengaduh sakit apabila Luth terpegang salah satu jarinya yang luka terkena pisau.
"Kenapa?" Luth terus melihat wajah Ayla. Ayla hanya menggeleng. Ayla kan dah besar, mana boleh sikit-sikit nak mengaduh. Tanpa kata Luth terus membelek tangan Ayla. Mata menangkap luka yang agak dalam di pandangan matanya. Kalau cuma satu tak ada lah dia risau sangat, ini hampir semua jari di tangan kiri Ayla ada luka hirisan. Walaupun taklah dalam sangat tetapi ngeri untuk dilihat. Banyak sangat luka ni.
"Macam mana boleh luka ni sayang?" Tanya Luth prihatin. Ayla tersenyum dipeluknya leher Luth manja.
"Umai cuba masakkan untuk abang. Tapi tak tahulah sedap ke tak" terang Ayla. Luth menghela nafas perlahan.
"Sayang masak sendiri ke?"
"Taklah, mama ajar. Umai kan tak reti nak masuk apa dulu dalam masakan"
"Mama tahu tak tangan sayang luka ni?"
"Tak. Umai tak nak mama risau"
"Dah tu abang tak risaulah nampak tangan sayang macam ni?" Tanya Luth. Dibelainya rambut Ayla. Kesian budak ni.
"Abang risau ke?" Tanya Ayla polos. Luth membulatkan matanya.
"Budak ni kan. Boleh pula tanya macam tu. Of course lah abang risau. Kalau satu jari saja yang luka takpa, ni semua jari ni luka" omel Luth.
"Abang tak payahlah risau tengok ni" Ayla bangun dari riba Luth kemudian dia berpusing-pusing, buat lompat bintang depan Luth.
"Umai sihat lagi kan" tanya Ayla. Luth menggelengkan kepala, kalau dah budak tu budak juga.
"Sayang ni kan. Bergurau pula. Dah letak ubat belum ni?" Tanya Luth.
"Belum. Umai tak tahu mana nak cari ubat luka" Ayla tersengih. Luth sempat membesarkan matanya melihat Ayla sebelum dia bangun mengambil first-aid di dalam kabinet tv.
"Lain kali sayang tak payah masaklah. Abang tak suka tengok tangan sayang macam ni" kata Luth tanpa riak. Kalau memasak buatkan Ayla sakit, baik tak payah masak.
![](https://img.wattpad.com/cover/277679926-288-k262608.jpg)
YOU ARE READING
PILIHAN HATI
RomantikSetiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. S...